Saturday, July 21, 2012

Rakyat jangan salah pilih pemimpin, kata Najib

Tengah wa dok merayap dari pages ke blog2, akhirnya wa 'tersinggah' la dekat sini. Wa terjumpa artikel ucapan hebat dari Najib. So, wa copypaste la kat blog ni. Bukan senang wa nak sekali sekala puji PM Najib yang hebat dan cemerlang ni.


Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih pemimpin kerana boleh mengakibatkan keamanan negara tergadai sekali gus menyebabkan rakyat hilang nikmat untuk melakukan ibadat.


Perdana Menteri gambar berkata pemimpin sedemikian yang beliau sifatkan sebagai tidak berakal akan memporak-perandakan negara selain meragut kemakmuran rakyat yang dikecapi pada hari ini.


“Kalau kita salah pilih pemimpin dengan meletakkan orang yang tidak kena pada tempatnya maka nikmat kemakmuran itu mungkin terlepas dari kita “


Setakat orang itu baik sahaja itu belum cukup kerana ada orang yang cuba menampakkan dia baik tapi dia sebenarnya tidak baik ” katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada 57 buah masjid dan 170 buah surau di Parlimen Pekan sempena Ramadan di sini. 


Beliau berkata pemimpin yang berakal dan cemerlang adalah pemimpin yang berkemampuan untuk mentadbir negara membuat dasar-dasar negara menjana kekayaan dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar.


Mengambil contoh pemimpin yang tidak berakal, Najib berkata perkara itu dapat dilihat ketika Perhimpunan Bersih 3 0 pada 28 April lalu yang membawa pelbagai kesusahan kepada negara dan rakyat kerana sikap keras kepala dan kurang ajar pemimpin pembangkang.


“Ketika Perhimpunan Bersih 3 0 dulu sudahlah buat angkara dalam negara iaitu secara tidak aman yang paling parah buat demonstrasi di Tanah Haram di depan Masjid Nabi dan depan Masjidil Haram yang hampir mengakibatkan kuota haji kita ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi “


Kenapa pemimpin ini tidak guna akal. Kenapa Tuhan bagi akal dia tak guna. Kenapa semata-mata sebab politik dia sanggup melakukannya di tanah suci ” katanya.


Najib berkata tindakan bodoh pembangkang itu hampir menyebabkan jemaah haji Malaysia yang menanti sehingga 10 tahun untuk menunaikan haji terlepas peluang beribadat.


“Akhirnya yang perlu selamatkan keadaan adalah kerajaan saya kerana kita ada hubungan yang baik dengan Raja Abdullah dengan menggunakan saluran tertentu untuk jelaskan keadaan Alhamdulillah kuota haji kita tidak terjejas ” kata beliau. 


Najib dalam pada itu menyeru supaya rakyat mengambil barakah bulan Ramadan dengan memperbanyakkan melakukan amal ibadat dan jariah — Bernama.


Lu orang tengok dan baca ke pesanan dari PM Najib ni. Dia mintak supaya rakyat bijak untuk memilih pemimpin. Apakah dia masih lagi belum lagi sedar bahawa kesilapan memilih pemimpin itu telah lama berlaku. Tapi yang paling dahsyat, kesilapan kini yang terbeban di bahu rakyat dengan memilih seorang pemimpin yang masih belum berpendirian dan takut untuk berhadapan dengan rakyat dalam masa terdekat ni.


Malang bagi Malaysia jika benar seperti banyak dakwaan bahawa segala keputusan berkaitan dengan pentadbiran berada di tangan bini nya. 


Nampaknya PM Najib masih lagi terkesima dengan kesan yang di tinggalkan oleh BERSIH 3.0. Wa pelik bila kerajaan melalui SPR menolak dengan keras tanpa di bawa berbincang padahal usul yang hendak di perbincangkan itu adalah perbincangan untuk penambahbaikan sistem pilihanraya negara. 


Dan bila di pilih untuk di adakan di jalanraya, itu akan memalukan PM Najib. Bukan bantahan setakat di dalam negara, paling Najib terkezut bila bantahan terhadap dia di lakukan hingga ke kota London malah semasa dia sedang berucap, para penyokong BERSIH 3.0 bersorak hingga dia terpaksa meminta, merayu supaya mereka diam.


PM Najib ni sembang boleh la, pesan supaya rakyat jangan tersalah memilih pemimpin. Dia sendiri pun bukan contoh pemimpin yang baik, lagi mau kata kat orang lain. Sekecil2 tugas pemimpin untuk memimpin institusi keluarga dia pun hancur, negara pulak nak di pertaruhkan? Sorry beb!! Next PRU, the whole system kena tukar, bukan setakat pemimpin dan parti politik sahaja.

4 comments:

  1. tunggu drama bulan puasa pula :)

    ReplyDelete
  2. najib ni bercakap macam jkkk ulu tembeling...cermin dan telik diri sendiri la sebelum komen..no class pm,sombong sbb dilindungi kuasa,duit negara macam makbapak dia punya...buang saja pemimpin jenis penyamun ni..op lupa dengan bini sekali dari klcc kebawah!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Selama 54 tahun tersalah pilih pemimpin le rakyat semakin susah,nilai ringgit semakin susut,kuasa membeli semakin lemah..jadi PRU 13 nanti pilih lah pemimpin dari Parti yang lain pula..

    ReplyDelete
  4. PM style bercakap dia sama macam budak - budak yang bercakap. kita rakyat dari awal lagi dah memilih pemimpin yang salah. Pemimpin yang mentelality macam seorang budak bercakap. Kalau betulah dia seorang yang berfikiran dewasa, dia tak akan benda ini yang mana dia sendirilah pemimpin yang bermasalah.

    PRU akan datang saya tak nak lagi seorang PM yang berfikiran macam budak - budak memerintah negara sebalik kita nak pemimpin yang berfikiran dewasa yang tahu menjaga dan memahami masalah rakyat, bukan budak yang hari mahu minta suap daripada rakyat.

    Salemat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berada di Malaysia dan di seluruh dunia.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...