Monday, July 9, 2012

Bahagian 1 : 100 dalil kenapa Najib tidak layak jadi PM..

Rosmah Mansor menjaja cerita kononnya dia lah bekas kekasih pertama Najib semasa mereka remaja dan masih di bangku persekolahan lagi.


Semasa Najib sedang menuntut di London pun, mereka masih menjadi pasangan kekasih dan menurut cerita yang di reka oleh Rosmah, setiap kali Najib balik bercuti di Malaysia, dia akan ke Seremban untuk berjumpa dengannya. Disebabkan mereka telah berkasih2an semenjak remaja lagi, maka perkahwinan mereka itu di katakan sesuatu yang mesti.


Rosmah Mansor memang canggih dalam mencipta cerita mengikut imaginasinya. Maklumlah, dia memperolehi Ijazah Sarjana di Amerika Syarikat yang entah kan betul ke tidak. Cerita Rosmah dan Najib berkasih2an sejak mereka masih belajar lagi sebenarnya dusta semata2


Hairan bagaimana seorang wanita yang kononnya terpelajar boleh berubah menjadi seorang pembohong besar. Dia berbohong hampir kepada semua orang bila dia berkehendakkan Najib menjadi suami dia.


Najib pulak sebaliknya semasa menuntut di London turut mempunyai seorang kekasih berbangsa melayu yang berasal dari Kuala Lumpur. Nama gadis ini terpaksa di rahsiakan atas permintaan dari ahli keluarga dia dan cukup hanya di kenali dengan nama timangan Tim.


Lama jugak la Najib dengan Tim ni berpacaran. Najib menurut cerita dari rakan2 dia, dia ni sukakan gadis yang lebih berumur dari dia. Tim lebih tua dari Najib malah Rosmah jugak sebenarnya 2 tahun lebih tua dari Najib.


Menurut kawan2 Najib lagi, Najib ni suka kepada 'Mama Sun', gelaran kepada ibu ayam. Mungkin kerana golongan mereka ni lebih tua dan berpengalaman. Najib amat suka kepada perempuan yang berpengalaman.


Masa belajar kat London dulu, Najib ni bukannya pandai sangat pun. Tim, teman wanita dia pada waktu tu yang banyak membantu. Dan mereka hidup macam pasangan yang dah berkahwin di sana. Nyata kenyataan Rosmah bahawa dia ialah kekasih pertama Najib adalah bohong semata2. Tim la yang sebenarnya merupakan kekasih pertama Najib.


Setelah tamat pengajian, Najib pun pulang ke Malaysia tapi hingga kini ramai yang tidak tahu sijil apa yang di bawa pulangnya. Dia kata dia ambil jurusan ekonomi tapi kalau mengikut acuannya kini, ekonomi la yang paling hancur sekali dalam sistem pentadbiran Najib. 


Mengikut cerita2 dari saudara2 Najib sebelah bapanya, Najib ni bukan la seorang yang cerdik. Dan Najib jugak tidak sebaik adiknya Johari.Johari dikatakan lebih bijak dari Najib dan menjadi harapan Tun Razak. Tetapi Najib pulak menjadi anak kesayangan ibunya, Toh Puan Rahah dan menjadi cucu kesayangan datuknya, Tan Sri Mohd Noah, Pengerusi Genting.


Dan kemasukan Najib untuk bekerja di Petronas adalah kerana ehsan dari Tengku Razaleigh Hamzah kerana hendak membalas budi Tun Razak dengan melantik Najib sebagai pegawai eksukutif dan merangkap pegawai khas beliau. Lantikan Najib tanpa temuduga itu telah menyebabkan ada pihak yang cuba untuk mengorek kelulusan dia namun gagal kerana hingga kini kelulusan dia masih menjadi misteri.


Berbalik kepada kisah Najib dan kekasih pertama dia yang sebenar, Tim, mereka sama2 balik ke Malaysia dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Pada mulanya ibu Najib kelihatan setuju dengan pilihan anaknya tetapi apabila Najib di pilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Pekan bagi menggantikan arwah bapanya, Toh Puan Rahah yang memang bercita2 tinggi mahu melihat anaknya membina kerjaya dalam politik berjalan lancar dan pasti akan menjadi orang besar suatu hari nanti, berusaha untuk memisahkan Najib dengan Tim kerana status keluarga Tim yang cuma rakyat biasa.


Bagi Toh Puan Rahah, jika Najib berkahwin dengan Tim, status keluarganya akan terjejas. Bagi dia, Tim tidak layak dan tidak sesuai dengan Najib. Tetapi Toh Puan Rahah lupa semasa Najib di London, Tim lah yang menjaga Najib, mengawal dan menjadi tutor percuma kepada najib. Keluarga Toh Puan Rahah dan Najib ni memang jenis mudah melupakan jasa orang terhadap mereka.


Toh Puan Rahah telah memaksa Najib dan Tim untuk memutuskan hubungan mereka. Najib sudah tentu tidak akan membantah permintaan ibunya dan Tim pulak menyedari hakikat kedudukan dia yang sebenar dan turut akur dengan cadangan yang telah di buat oleh ibu Najib walaupun hatinya begitu menyayang Najib.


Kini, kekasih pertama Najib sudah mempunyai keluarga sendiri dan aktif dalam perniagaan. Suami Tim jugak merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Mereka kini menetap di Kuala Lumpur dan hidup dalam keadaan rukun dan damai tidak seperti Najib.


Najib walaupun berstatus tinggi, ada kedudukan, berharta dan terkenal di dunia tetapi rumahtangga lintang pukang. Hingga identiti siapa suami, siapa isteri pun begitu mengelirukan rakyat. Siapakah PM yang sebenarnya, Najib atau Rosmah?


bersambung....


No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...