Sunday, July 15, 2012

Amuk JPM : Makin pelik dengan kenyataan laki Dhada..


Wa memula malas nak ambik pot pun pasal isu ni tapi bila dah makin kalut dan celaru, terlintas jugak dalam kepala otak wa, apa sebenarnya motif yang mereka ni mau dengan mengamuk tak tentu pasal dekat pejabat JPM tu. Kalau nak kata depa tu nak gulingkan kerajaan, PAS dan gabungan dalam Pakatan Rakyat lagi lama dah dok buat benda tu. Tapi buat dengan cara yang betul la. Melalui proses peti undi dan bukan dengan mengamuk tak tentu pasal dan punca.


Lu orang semua boleh baca kenyataan suami Dhada dalam Sinar Harian ni. Makin bertambah pelik bila seorang yang berstatus suami boleh pulak membiarkan isterinya pergi dengan lelaki lain siap bawak senjata tajam lagi. Dah la tu, tak halang pulak malah dia sendiri pulak boleh pi hantar isteri dia dengan lelaki tu pergi ke tempat kejadian.


Bila dah kecoh 1 Malaya, boleh pulak buat statement macam nak mintak simpati supaya dia dan isterinya tidak dipersalahkan  dalam kejadian ni. Tak tau la pulak mungkin ada yang percaya dengan cakap mamat yang tengah tersepit ni.

Suami Dhada dalam kenyataan yang dia buat dalan Sinar ni, nampak sayang bebenar dengan isteri dia malah dia kata dia takut keselamatan isteri dia bila bersama dengan Khalil Afandi tapi masa dia hantar depa ni pi Putrajaya, boleh pulak. Kenapa dia tak laporkan saja kepada pihak polis apa yang telah Khalil dan isteri dia nak buat di Putrajaya. Kenapa dia tak menghalang isteri dia dari terlibat sama dengan kejadian ni.


Dan yang paling musykil, bagaimana dia sendiri boleh pulak pi tidor kat rumah Khalil pada hari kejadian? Takkan di sebabkan takut dengan ugutan dari Khialil, dia boleh pulak pi tidor kat rumah orang yang dia takutkan tu?

1 comment:

  1. ya betul..nape x report kat polis, x kan la selama 4 hari x leh nak bawak isteri dan anak keluar dr rumah khalil..pegi ubatkan isteri yang dah nampak sangat nuzsyuk, derhaka.. napa sebagai ketua keluarga x dapat nak bezakan antara baik dan buruk???????? isteri nak pindah kat rumah khalil pun masih si suami ikutkan...kalau si isteri dah kena pukau ke..khayal ke..ting tong ke...anda sebagai suami dan ketua keluarga kena bimbing dia kejalan yang lurus...kalau benar pun anda sayangkan isteri anda tak kan lah benda2 yang tak patut dilakukan oleh orang islam anda setujui( bermalam di rumah yg anda sendiri x kenal langsung)selepas isteri anda ceritakan yang si khalil ni dah kenal anda semasa dlm kandungan lagi,menyuruh anda solat dimalam hari saja...bukankah itu satu petanda yang sangat PELIK DAN MENCURIGAKAN...sepatutnya anda, isteri dan anak wajib keluar dari rumah khalil secepat mungkin...adakah susah sangat nak keluar dr rumah khalil..tak kan la khalil x pernah keluar rumah selama anda tinggal dirumahnya?????? maafkan saya kalau saya katakan anda sebenarnya PENGECUT,QUEEN CONTROL, dan LEMBAB....persoalannya...kenapa anda TIDAK BERTINDAK SECEPAT MUNGKIN??????????

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...