Thursday, May 10, 2012

Panel Penasihat Bebas : Pengerusi yg dilantik pun bekas polis??

Pembentukan panel bebas bagi menyiasat punca sebenar kekecohan yang berlaku semasa Perhimpunan BERSIH 3.0 beberapa minggu lepas dilihat baik tetapi para panel yang dilantik kesemuanya kelihatan berat sebelah. Kesemua panel yang dilantik merupakan orang kuat kepada Umno/BN terutama pengerusinya yang merupakan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.


Dimana logiknya bila bekas Ketua Polis dilantik untuk menyiasat salah laku yang telah dilakukan oleh institusi yang pernah diketuai oleh dia suatu masa dulu. Apakah ada jaminan bahawa dia akan berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya nanti. 


Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel lain terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.


Fungsi panel bebas ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kekecohan yang berlaku semasa perhimpunan yang dijadualkan aman itu berlansung. dan penubuhan panel bebas ini jugak bertujuan untuk menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah2 tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.


Akan tetapi, apakah panel ini nanti akan bersikap telus kerana yang terlibat sebagai panel sudah awal2 lagi kelihatan berat sebelah. Tiada langsung ahli panel yang mewakili pihak BERSIH, jadi pandangan dari pihak BERSIH awal2 lagi sudah dikesampingkan.


Jangan nanti akan ada yang mempertikaikan kewujudan panel bebas ini. Kelihatan panel ini diwujudkan hanya sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat bila mana kekejaman dan salahguna kuasa oleh polis secara terangan direkodkan oleh orang ramai dan banyak pendedahan yang telah dilakukan melalui medium lain terutamanya YouTube.


Kekerasan terhadap orang awam dan wartawan termasuk wartawan antarabangsa dikecam hebat bukan hanya di Malaysia malah turut serta adalah negara2 luar. Ini mungkin sebab utama panel bebas ini ditubuhkan kerana mendapat kecaman dari dunia luar. 

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...