Friday, April 27, 2012

Rampasan tanah : Penganiayaan terhadap orang2 melayu...

Wa sebenarnya dah lama dah nak hightlightkan isu ni. Memandangkan wa terlibat dalam kemalangan pada pagi Isnin lepas, hasrat tu tertangguh buat sementara waktu. Pengumpulan maklumat dan info2 penting dah dibuat bagi mengetengahkan isu ni. Isu bagaimana tanah TOL yang diusahakan oleh penduduk di Pengkalan Hulu di rampas tanpa sebarang notis dan pampasan yang setimpal dengan apa yang telah di usahakan oleh mereka.
Tanaman penduduk yang telah di musnahkan


Pada pagi 13 April lepas, tanah TOL milik kerajaan negeri yang di usahakan oleh lebih 15 keluarga di Kampong Padang Tamat, Pengkalan Hulu telah di musnahkan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu tanpa sebarang notis dan pampasan. 


Mengikut apa yang di fahamkan, pihak Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak mempunyai hak untuk menolak tanah tersebut. Yang berhak ialah dari Pejabat Tanah Pengkalan Hulu. Dan apabila pihak Pejabat Tanah di majukan solan oleh wakil aktivis masyarakay, Saudara Lee Sing Long, pihak Pejabat Tanah tak tahu menahu tentang perkara ini.


Alasan pengambilan tanah dikawasan tersebut adalah untuk di majukan sebagai jalan pintas untuk ke Kampong Kuak Hulu yang telah pun di bina satu jalan yang agak besar beberapa tahun lepas. Dan pembangunan untuk membuat jalan pintas baru ini dipercayai mempunyai udang disebalik mee. 


Mungkin isu penduduk Kampong Kuak Hulu berdemo pada Hari Raya Haji tahun lepas tak di ketahui oleh umum. Hanya penduduk sekitar sahaja yang tahu. Penduduk kampong berdemo kerana terdapat pembalakan yang mengancam ekosistem penduduk kampong.


Saudara Lee menunjukkan tanah yang telah di tolak oleh jentolak
Dan pembinaan jalan pintas ni rasanya berhubung kait jugak dengan aktiviti pembalakan. Apabila sesebuah kawasan hutan nak di majukan, maka pengeluaran kayu balak pun akan menjadi terget utama. Siapa yang dapat, pasti tersenyum besar la sebab sebelum ni penduduk membantah aktiviti pembalakan. Jadi ini mungkin alasan untuk aktiviti pembalakan di jalankan semula tanpa dapat di bantah lagi oleh penduduk.


Kerana ketamakan sesetengah individu yang terlibat, 15 keluarga di Kampong Padang Tamat pulak yang menjadi mangsa. Tanah yang dah diusahakan telah dirampas dengan cara yang cukup tidak bermaruah. Lebih sedih lagi penduduk yang dirampas haknya itu terdiri dari orang2 melayu.


Berikutan dengan isu tanah yang telah dirampas dengan alasan untuk pembangunan ini, Saudara Lee Sing Long telah mendapatkan pandangan dari pihak peguam untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang berwajib. Dan laporan polis oleh pengusaha2 tersebut telah pun di buat.


Laporan polis oleh penduduk
Dan info terbaru yang wa terima, disamping untuk dibuat jalan pintas, tanah tersebut turut dikatakan untuk menempatkan 3 buah kedai milik 'kroni' yang rapat dengan Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Sebuah kedai hardware, sebuah nursery dan sebuah kedai makan. Nasib 15 keluarga yang teraniaya tu, langsung tak diperdulikan.


Diharap bantuan khidmat guaman dari pelbagai pihak bagi memastikan hak penduduk yang teraniaya dapat di perjuangkan. Jangan anggap penduduk kampong senang untuk di tindas tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

1 comment:

  1. diorang pembela melayu lah! itulah caranya untuk membela melayu...kihkihkih

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...