Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 : Kenapa tetap di Dataran Merdeka??

Firstly, salute dan congrats kepada semua peserta Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 kerana telah terlibat dalam mencipta sejarah baru dalam negara kerana membuktikan bahawa rakyat berhak bersuara dan suara rakyat tak mampu untuk di sekat walau dengan apa cara sekalipun. Dengan water cannon, dengan tear gas, even dengan cara melanggar mereka dengan kereta kerajaan yang sudah tentu lah akan merugi dan membazirkan duit rakyat.


Persoalan kenapa Dataran Merdeka tetap menjadi lokasi utama untuk berhimpun bagi menyuarakan hak rakyat walaupun telah di beri option oleh pihak kerajaan atau lebih tepat lagi Umno/BN untuk berhimpun seperti Stadium Merdeka dan Stadium Nasional. Kenapa pihak BERSIH 3.0 tetap berkeras untuk berhimpun di Dataran Merdeka walaupun sudah diketahui pihak berkuasa telah memagar lokasi tersebut hingga menggunakan barb wire.


Disini la kelebihan yang ada pada BERSIH 3.0. Keputusan yang dah dibuat dan dipersetujui oleh JawatanKuasa Penganjur untuk berhimpun di situ cukup2 firm. Cukup2 utuh hingga sebarang rundingan tidak mampu lagi untuk mengubah pelan asal yang telah di persetujui bersama.


Bukan kedegilan untuk berhimpun tu yang menjadi keutamaan tapi ini membuktikan bahawa BERSIH 3.0 teguh dalam membuat tuntutan mereka. Tiada rundingan yang mampu untuk mengubah tuntutan yang telah dibuat. Tuntutan untuk melihat pilihanraya negara ini diadakan dengan cara telus dan adil tetap tidak berganjak walau sedikit pun. 



Walau bermacam2 janji manis yang telah dibuat oleh SPR dan pihak berkuasa hingga mewujudkan PSC di Parlimen pun tidak mampu untuk memujuk dan meruntuhkan semangat juang untuk melihat negara ini menjalani proses pilihanraya yang lebih telus dan adil.


Pemilihan Dataran Merdeka turut membuktikan tuntutan rakyat bukan flip flop, bukan bacul seperti PM Najib yang tidak kukuh pendirian. Tiada sebarang rundingan yang mampu untuk mengendurkan semangat rakyat. Tiada mekanisma dan cara lain lagi bagi menyejukkan hati rakyat melainkan menurut tuntutan BERSIH 3.0 dan rasanya tuntutan ini tidak melanggar undang2 negara dan sudah tentunya tidak bercanggah dengan tuntutan agama. 


Tetapi kenapa pihak kerajaan atau lebih tepat Umno/BN terlalu takut, terkedu dan terkesima dengan tuntutan2 ini? Kenapa tuntutan2 ini cuba dihalang walaupun tujuannya sepatutnya sama2 diraikan. BERSIH 3.0 bukan menuntut pihak Umno/BN meletak jawatan atau melepaskan kuasa yang dipegang. Bukan menuntut mereka untuk mengakui kesalahan dan kesilapan mereka menguruskan negara. 


Dalam perhimpunan ini, cara pihak berkuasa menangani situasi ini pulak cukup2 menyedihkan ramai pihak. BERSIH 3.0 bukan memusuhi pihak berkuasa terutamanya polis tapi pihak atasan yang memberi arahan yang sepatutnya di persalahkan. Sudah la sekarang ini institusi ini di pertikaikan integritinya, ditambah pulak dengan cara menangani BERSIH 3.o ini menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap mereka sedangkan mereka hanya menjalankan tugas yang telah diarahkan.


Persepsi rakyat terhadap mereka semakin mengecewakan. Institusi yang diharap untuk menjaga keamanan sendiri telah memulakan siri kucar kacir dalam negara. Dan keadaan ini yang paing patut di salahkan ialah Tun Madey. Era Tun Madey la campurtangan ahli politik dalam institusi kepolisan semakin hancur. Bahkan sistem kehakiman negara pun kini kelihatan tidak telus. Kini siapa atau institusi mana lagi yang nak diharapkan untuk menjaga keamanan negara?


Oleh yang demikian, perubahan perlu dilakukan segera. Perubahan yang dituntut kalau boleh bukan lah melalui kekerasan ataupun rampasan kuasa. Kita tetap berharap agar tetap ada ketelusan dan keadilan dalam menjalani proses pilihanraya. 


Walaupun PM dan kuncu2nya bersikap retorik, tetapi kita tetap berusaha dan berharap agar ada sedikit sinar dalam menjalani proses pilihanraya kat negara ni supaya proses itu benar2 mencapai piawaian yang kita harapkan. Kini segalanya ditangan rakyat untuk membuat perubahan walaupun pasti akan tetap kucar kacir jika proses peralihan ini berlaku dalam PRU13 nanti. Dan rakyat harus bersedia dengan provokasi2 yang lebih dahsyat jika perkara ini berlaku nanti.


p/s : Provokasi menjadikan Perhimpunan Aman ni bertukar menjadi kecoh nampaknya berjaya di lakukan oleh pihak yang mahu lihat keadaan huru hara. Mainan jiwa manusia di kedua-dua belah pihak bagi mereka langsung tiada nilainya. Manusia begini harus di perangi habis-habisan...





1 comment:

  1. kami dari keluarga noreh getah udah lama kena tipu dan terus ditipu tanpa ada sedikit perasaan malu oleh mereka yang konon kononya membela nasib kami.kami generasi keempat sudah tidak mahu diperbodohkan lagi.kami cucu cicit bangun melawan untok hak kami,hak tok nenek kami,hak mak abah kami lebihan lagi hak agama kami.pemimpin bn/umno/apco hidup kaya raya apa yang ada pada kami itu pun masih ingin dipergadaikan.kami tidak akan mengalah walaupun hakikatnya kami amat dhaif dan lemah.keyakinan pada allah swt.menegakkan kebenaran serta keadilan yang kami tuntut akan tidak berputus arang.dataran merdeka menjadi saksi tanpa mengira bangsa atau agama kami akan terus bangun melawan akan tetap kami lawan.ya allah!! berilah kami kemenangan,amin.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...