Sunday, April 22, 2012

Pelita ayam jadi peneman di kala malam...

Kampung Bukit Royong di Pahit Dalam,dalam DUN Pengkalan Hulu yang di diduduki lebih 35 tahun lalu. Sejak tahun 1974 peneroka datang ke sini menanam pokok getah dan pokok buah-buahan. Dan pada tahun 1985 lebih banyak peneroka berpindah masuk ke sini untuk bercucuk tanam,90 lot tanah perumahan (fasa 1) telah di dibuka, dan 20 rumah telah siap dibina di sana, tetapi hanya 12 rumah sahaja yang diduduki kerana tiada kemudahan bekalan eletrik dan hanya pelita ayam jadi teman mereka pada waktu malam di Kampung Bukit Royong ini.

Masalah yang di hadapi penduduk di Kampung Bukit Royong turut mendapat perhatian Penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu, Encik Lee Sing Long. Beliau telah melawat ke kampung ini serta mengumpul maklumat dari Ketua Kg Pahit Dalam, Ramlee B. Abdullah dan Mat Rofii B. Lebai Hasan setiausaha PAS Pahit Dalam, dan juga penduduk2 Kampung Bukit Royong.

Saudara Lee mendapati penghuni kampung ini telah membuat permohonan bekalan eletrik sejak tahun 2003 lagi. Mereka di beritahu oleh pihak pimpinan Umno/BN yang bekalan eletrik akan dimasukkan dan mereka juga di suruh memasang wayar sebelum Pilihanp Raya Umum ke-11 (2004).yang lalu.

Penduduk kampung merasa gembira dan semua rumah pun telah siap dipasang wayar dan kabel. Dan wang sebanyak RM300 setiap rumah telah pun dibayar kepada kontraktor yang di panggil oleh pihak berkuasa Umno/BN. Tetapi apabila mereka berhubung dengan pihak TNB Gerik selepas PRU 2004, mereka mendapati bahawa mereka telah ditipu oleh pihak yang kononnya dilantik oleh pihak Umno/BN, kerana projek bekalan letrik dikampung itu tidak pernah pun di luluskan.

Penduduk Bukit Royong masih tetap tidak berputus asa dan mereka meneruskan permohonan tersebut sehingga tahun 2008 apabila Pakatan Rakyat telah memenangi dalam pilihanraya ke 12 dan memerintah Negeri Perak, permohonan bekalan eletrik telah dibuat sekali lagi dan mendapat sokongan dari beberapa pihak, namun usaha itu tidak berjaya apabila berlakunya rampasan kuasa kerajaan sah Negeri Perak.

Penduduk Bukit Royong kini terpaksa berbelanja RM40 sebulan membeli kerosin untuk mendapat cahaya dari pelita. Malah satu keluarga terpaksa berbelanja membeli petrol sebanyak RM250 sebulan untuk menghidupkan generator. Masalah bertambah rumit bagi kanak-kanak yang bersekolah, mereka cuma ada cahaya dari pelita sahaja untuk membaca dan menulis pada waktu malam.

Lee menasihati penduduk Kampung Bukit Royong jangan menaruh harapan lagi pada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, kerana YB Tajol Rosli yang dulu pernah dilantik sebagai Menteri Besar Perak namun tetap gagal membela hak penduduk kampung ini. Ini adalah satu bukti yang kukuh bahawa Umno/BN hanya berkerja untuk mengaut keuntungan hasil rakyat, kayu balak di kawasan ini telah di diseleweng oleh mereka namun hak-hak rakyat telah mereka abaikan.

Berikutan masalah yang kalau di ikutkan cuma sekecil ini pun mereka tak mampu untuk selesaikan, saudara Lee Sing Long mengesa kerajaan Umno/BN Perak bertindak secara gentlemen dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, dan biarkan rakyat yang menentukan siapa yang lebih layak untuk memerintah Negeri Perak.



Saudara Lee bersama dengan penduduk2 kampung Bukit Royong

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...