“Besar kemungkinan dalam bulan Mei,” satu sumber memberitahu Malaysia Chronicle.
Kelmarin, Naib Presiden PKR Azmin Ali mengecam PSC sebagai gagal, dan mengusulkan satu notis kepada Speaker Parlimen untuk pindaan dibuat kepada laporan akhir PSC.
“Ini supaya Spekar boleh ambil perhatian kepada niat kita untuk meminda usul yang akan di bentangkan berkenaan laporan PSC, dan melampirkan laporan kecil kepadanya,” kata Azmin.
Pada 9 Julai 2011, Bersih berjaya menganjurkan kan satu rally Walk for Democracy, walaupun menghadapi berbagai halangan dan sekatan dari pihak polis atas arahan PM Najib Razak.
Kerajaan Umno BN begitu takut untuk membersihkan proses pilihanraya, termasuk Suruhanjaya Pilihanraya yang berat sebelah, isu pengundi hantu, penipuan meluas dan senarai pengundi meragukan yang mana Najib sendiri enggan membenarkan ianya di audit secara bebas. Ketakutan ini jelas hinggakan Najib selaku PM mengharamkan pemakaian t-shirt kuning Bersih di seluruh negara pada waktu itu.
Najib turut menghukum 6 orang ahli Parti Sosialis Malaysia termasuk MP Sungai Siput, Michael Jeyakumar kerana kononnya berfahaman komunis dan berpakat dengan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Ketika Bersih 2.0, walaupun banyak sekatan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, semangat rakyat Malaysia tetap membara, mengatasi rasa takut kepada ugutan dari pihak kerajaan. Dan lebih 500,000 rakyat Malaysia telah mengejutkan dunia dengan semangat cekal dan membara.
Rakyat tidak takut berdepan dengan pihak polis bersenjata, enggan berganjak, walau di sembur air asid, menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar seluruh dunia.
Pemerintahan Najib di kecam kerana tidak menghiraukan rakyat, mendapat kritikan dari badan NGO antarabangsa dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Malah Ratu England turut menunjukkan sokongan kepada penunjuk perasaan Bersih 2.0 dengan memakai pakaian berwarna kuning ketika menerima kunjungan Najib dalam satu lawatan rasmi Najib sebaik sahaja selepas protes aman tersebut.
Bersih 2.0 juga merupakan titik tolak kepada rakyat Malaysia luar negara, yang mengadakan rally kecil-kecilan di merata negara tempat mereka tinggal. Bagaimana pulak sambutan terhadap Bersih 3.0 nanti masih jadi tanda tanya, tapi tidak mungkin Najib berani buat kesilapan bodoh yang sama sekali lagi.
Bagi rakyat Malaysia, Bersih 2.0 sama seperti pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang merupakan satu kejutan besar. Sesuatu dalam jiwa masyarakat kita bergolak. Bosan dengan 55 tahun pemerintahan BN, satu –satunya kerajaan yang mereka tahu sejak merdeka dari penjajahan British. Rakyat kini inginkan perubahan.Mereka mahukan pembaharuan drastik.
Apapun berlaku dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, yang dijangka tahun ini, rakyat akan terus menyatakan hasrat mereka untuk perubahan dan pembaharuan tetap melalui peti undi.
PRU 13, dimana Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim mempunyai lebih peluang untuk menang, dan dijangka bakal menjadi pilihanraya yang paling kotor dan paling mencabar dalam sejarah negara.
Pemerhati berkata Bersih 3.0 perlu dianjurkan demi untuk menyedarkan rakyat bahawa penipuan berleluasa oleh kerajaan sekarang akan menghalang niat rakyat yang mahu melihat perubahan dalam tampok pemerintahan negara. Sejarah baru bakal tercatit dengan tepat dan permintaan rakyat kali ini perlu ditunaikan.
Dicilok dan diedit dari Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??