Tuesday, April 10, 2012

apakehey nya baru 3 tahun dah lingkup?

Ni cerita yang baru jer kengkawan wa kat kampung wa bagi info. Tangki air yang membekalkan air bagi pelajar2 yang belajar kat MRSM Pengkalan Hulu pecah walhal sekolah tu baru jer beroperasi selama 3 tahun. Kejadian tu berlaku pada hari Sabtu lepas.


Persoalan kini yang menjadi kemusykilan utama penduduk kat kampung wa la ni, kualiti bahan binaan yang digunakan oleh kontraktor yang di lantik tu. Takkan baru 3   tahun jer tangki air dah boleh pecah. Bagaimana pulak kualiti bahagian2 lain dalam kawasan MRSM tu.


Pihak berwajib khususnya JKR yang meluluskan projek sekolah berkenaan takkan main lepas tangan bila tangki air yang membekalkan air bersih kepada pelajar2 kat situ pecah.


Paling sedih bila pelajar2 kat sekolah tu diarah untuk bercuti selama 10 hari kerana tiada bekalan air hanya disebabkan kecuaian kontraktor.


Keselamatan pelajar harus menjadi keutamaan dan jangan hanya mementingkan keuntungan semata2. Difahamkan projek MRSM ni menelan belanja yang cukup tinggi dan menguntungkan kontraktor yang berjaya memperolehi tender.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...