Wednesday, October 31, 2012

MP Umno/BN bantah AES??

Wahhhh!!! 

Ada Ahli Parlimen dari Umno/BN yang mahu perlaksanaan penggunaan kamera AES di tangguhkan buat sementara waktu kerana berpendapat bahawa perlaksanaan ini akan merugikan Umno/BN kerana kini mereka berhadapan dengan pilihanraya umum yang bakal menentukan nasib mereka selepas ini.

Dan Ahli Parlimen tersebut tidak lain tidak bukan ialah Bung Mokhtar Radin yang kini kelihatan semakin muda sejak berbini muda, bergelar artis lagi.

NFC : Dedahkan maklumat berkenaan projek tersebut salah?

Macam ni jer lasan yang di bagi oleh seseorang yang bertaraf menteri? Boleh klik sini. Dah la anak gangster boleh settle cara 'baik' kat luar mahkamah, ulasan pulak tahap budak tadika Kemas jer.

Menteri mangkuk ni kata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Tuesday, October 30, 2012

Setiausaha BN ada dokumen penting Pakatan Rakyat?

 Bila dokumen rahsia yang melibatkan strategi dan tektikal Umno/BN dah bocor dan jatuh ke tangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha BN merangkap ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor pun kelam kabut kata bahawa dokumen penting Pakatan pun ada di tangan dia.

Dia memberi amaran kepada Pakatan supaya jangan nak buat bising sebab dia yang ada dokumen Pakatan pun tak bising. Tak cerita pun kat sesapa sebab menanti waktu yang sesuai untuk buat pendedahan.

Monday, October 29, 2012

Hairie Othman nak kawin dengan anak Datuk?


Kalau betul seperti yang di laporkan oleh portal gossip hiburan Rotikaya ni, wa ucapkan tahniah jer la. Mungkin dia dah bertemu jodoh yang serasi.

Mengikut laporan portal tu, pasangan ni bakal di ijabkabulkan pada bulan November ni. Hairie dengan pasangannya, Dahlia Diana bakal mengadakan majlis mereka di Dewan Semarak Kayangan Felda, Kuala Lumpur.

Sunday, October 28, 2012

Tampal atas tampal..


Tengahari semalam wa sempat la pergi menziarahi sahabat wa dekat Kg Bikam, Sungkai. Dah lama tak jumpa lagipun wa hari ni free tak buat apa2 pun. So tak ada masalah la wa nak lepak sampai ke petang pun.

Wa hantar 'MEM' wa ke rumah mertua di Tapah dulu, lepas tu wa pegi la Sungkai sorang2 sebab Mem wa malas nak ikut. Yang wa nak cerita ni bukan pasal wa melepak or pekena lemang dengan laksa sampai sengkak perut tapi perjalanan wa ke Sungkai mengundang seribu persoalan.

Saturday, October 27, 2012

Bung Mokhtar pulak kena sound..

 PERKASA semakin hari semakin lantang membodek apa saja tindakan yang dibuat oleh pihak pemerintah terutama tindakan yang dibuat oleh PM Najib. Seolah2 apa sahaja yang dibuat oleh PM Najib tiada cacat cela nya walaupun merugikan melayu.

Terbaru, Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan pulak di sanggah oleh PERKASA bila dia mempertikaikan tindakan tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini. Klik sini untuk pencerahan. Malah kebanyakkan peluang bisnes yang di perolehi oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary ni adalah anugerah dari kerajaan persekutuan.

Friday, October 26, 2012

Sabah : Pakatan kecundang?


Bila wa baca laporan Malaysiakini kat sini, wa mula terpikir logiknya penganalisis politik dalam laporan portal tu. Ada pulak yang takut nak siar nama, tapi jadi penganalisis politik. Wa tak heran beb, sebab orang macam ni banyak, cuma nak jaga kepentingan peribadi dan takut nak nyatakan kebenaran.

Mengikut analisis tersebut, parti2 politik di Sabah masih belum begitu kukuh untuk menjalinkan kerjasama untuk menumbangkan Umno/BN dalam PRU 13 akan datang. Itu sebabnya Anwar Ibrahim turun ke Sabah baru2 ni kot. Untuk membuat percubaan menggabungkan ikatan kerjasama di antara parti2 yang condong menumbangkan Umno/BN.

Tapi itu la realitinya politician. Hari ni jadi kawan, besok pasti ada yang akan jadi musuh kerana sifat mahukan kuasa.  Dan tindakan yang cuba di buat Anwar ni wa sokong, cukup2 sokong jika ianya mampu untuk merampas kuasa dari Umno/BN melalui cara yang sah.

Cuma wa tak cukup konfiden selepas PRU 13, di takdirkan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, mampukah kerjasama sementara ini mampu untuk kekal. Sedangkan sebelum ni pun culture politik Sabah ni pelik sikit. Disetengah2 kawasan DUN, di tandingi sampai empat penjuru. Maknanya dalam satu kawasan tu pun sampai berpecah dengan begitu teruk sekali. Bayangkan cara nak satukan mereka ni dah kekal taat setia dalam perjanjian.

Tu belum kira dengan Jeffrey Kitingan yang nak parti dia bertanding di semua kerusi DUN di Sabah. Langsung nampak macam tak boleh berkompromi. Jangan la angkuh sangat. 

Anwar Ibrahim dengan pimpinan tertinggi parti ABU di Sabah wa harap dapat bekerjasama kalau nak menang. Perkongsian kuasa dan wa jamin, Sabah berhak di tadbir oleh rakyat Sabah sendiri. Yakinkan pimpinan Sabah bahawa perubahan yang akan berlaku tidak akan mencicirkan Sabah dan Sarawak yang selama ini di nafikan oleh kerajaan Umno/BN.

klik sini!! Thank you..

Thursday, October 25, 2012

Khir Toyo insaf, mohon maaf..

Muahahahahahahahahahaha..

Berkenaan tajuk kat atas tu, 'insaf' wa tak konfom, hanya sebagai penyedap tajuk tapi bab mohon maaf tu konfom betul. Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor yang sedangkan dalam proses rayuan dalam kes salaguna kuasa dalam pembelian tanah telah memohon maaf kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu. Klik sini

Permohonan maaf dari Khir Toyo di mahkamah semalam berpunca dari kenyataan fitnah yang mendakwa Ronnie Liu menghalang pihak berkuasa tempatan bertindak terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi sarang maksiat di Puchong. Tuduhan itu dibuat hanya dia bertanggungjawab ke atas portfolio pihak berkuasa tempatan.

Bayangkan kalau kes ni berlarutan, kemungkinan Khir terpaksa berhadapan pulak dengan kes saman dari pihak Ronnie. Dah la tak ada sebarang jawatan lagi samada dalam kerajaan maupun negeri, di dapati bersalah pulak dalam kes salahguna kuasa. Mana nak cekau duit lagi kalau kena pulak saman lagi kan.. Kan naya jer nanti. So, jalan termudah,minta maaf.

Bagi wa, tindakan Khir ni bijak jugak dalam situasi genting untuk menghadapi pilihanraya. Apa nak malu lagi, dah terdesak kan. Tapi ada jugak cubaan nak cover story kononnya permohonan maaf ini tak akan menjejaskan Umno dan BN Selangor. 

Sapa nak peduli lu punya cakap dah Khir oi!! Kalau dulu, mungkin ada para pengampu yang akan menurut apa saja perintah tapi la ni bila dah hilang segala keistimewaan, tak ada siapa pun yang nak peduli samada lawan mahupun sesama ahli parti Umno lu tu.

Bagi wa, permohonan maaf dari Khir Toyo ini macam cubaan untuk playsafe. Janji dia dapat lepaskan diri dan kurangkan sikit tekanan, konfom apa sahaja dia akan buat. Berbeza sungguh semasa dia di puncak kuasa kerajaan negeri Selangor dulu. Cukup garang dan tak boleh dibantah. Kini, hukum karma beb!!

Tak kisah la apapun, samada ikhlas ataupun tidak permohonan maaf tu. Sekurang2nya Khir Toyo mempunyai keberanian untuk membuat permohonan maaf walaupun berisiko. Walaubagaimanapun ianya tetap akan membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Ini politik, apa saja pun kalau boleh akan di politikan. Tak kira di pihak Pakatan mahupun Umno/BN asalkan ianya memberi political milege kepada pihak berkenaan.

Klik sini, thank you!!



Wednesday, October 24, 2012

Tak faham bahasa atau kurang cerdik?

Adoyai!!!!

Tu la pasal, ramai dah pesan jangan masuk 'kandang lembu', dia pi masuk jugak. Kan dah nampak betapa 'lembu'nya depa ni bila masih tak paham apa tujuan 2 peguam Perancis di bawa berjumpa dengan Ahli Parlimen Malaysia.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim dalam laporan Utusan Online, klik sini masih lagi cuba mengaitkan dengan isu lapok. Kedatangan mereka untuk menerangkan kedudukan sebenar kes skandal yang melibatkan 'spekulasi' kematian model cun dari Monggolia, Altantuya Sharibuu. Mereka berdua peguam ni pun tak terlibat dengan kes 'liwat' Anwar Ibrahim so, bagaimana pulak mereka nak beri penerangan? Kan pelik..

Wa paling suka petikan dalam suratkhabar jamban tu bila Ruslan Kasim kata 
"Untuk mencari kebenaran dan keadilan maka sebagai peguam, sepatutnya mereka mesti bersedia mendengar pandangan daripada kedua-dua belah pihak dan bukan hanya menelan apa sahaja yang diperkatakan oleh Anwar atau orangnya."
Ni nak bagitau kat suadara Ruslan Kasim, peguam berdua ni nak penjelasan skandal ni dekat Parlimen, so takkan dalam parlimen tidak ada wakil dari kerajaan Umno untuk membahaskan isu ni. Dan peluang ni sepatutnya di ambil oleh para MP Umno/BN untuk bertanya dengan lebih lanjut sumber2 mana yang menjadi rujukan kedua2 peguam ni.
Dah la tu, saksi2 yang nak panggil bagi pihak Umno untuk pertahankan Umno/BN pulak terdiri dari director2, actor2, konspirator2 filem porno yang kantoi. Tak ada kredibiliti la bhai..

Dan ini jugak boleh di jadikan peluang oleh kem PM Najib bagi membuktikan bahawa dia tak bersalah dan terlibat dengan skandal yang menggemparkan negara? 

Hingga kini motif pembunuhan model cun Monggolia itu masih menjadi misteri kerana kedua2 pembunuh yang mana mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada mereka tanpa motif sebenar, perancang atau dalang sebenar masih belum terbongkar kerana mereka hanya menurut arahan.

Apasal nak takut pulak kan? Kalau benar2 tak terlibat dan hanya fitnah pihak pembangkang maka ini la masa yang paling sesui untuk membuktikan nya. Wa rasa, bukan wa sorang jer rasa macam ni tapi penyokong2 Umno pun ada yang bermikiran macam ni cuma takut nak tonjolkan. Takut miss soruu ke Datuk2 MP Umno/BN semua..

PRU13 Umno kekal di Perak?


Mesti ramai di kalangan penyokong tegar Pakatan Rakyat la ni tengah betul yakin Pakatan mampu untuk merampas kembali takhta kerajaan negeri Perak dari Umno/BN selepas pilihanraya umum yang ke 13 yang bakal di adakan pada bila2 masa saja dari sekarang.
Tapi, apakah Pakatan benar2 mampu untuk melakukannya, bagi aku nampak macam samar2 jer selagi masalah dalaman parti dalam gabungan Pakatan tak ambil perhatian dengan segera. Masalah dalaman yang bagi aku cukup senang untuk di selesaikan jika pimpinan dalam Pakatan cukup2 tegas.
PAS, PKR, DAP dan termasuk jugak PSM di Sungai Siput. Kesemua mempunyai masalah dalaman dan di kalangan parti yang mampu untuk menghakis keyakinan rakyat Perak untuk kembali memberikan undi mereka kepada Pakatan.
Pakatan harus sedar bahawa kemenangan tipis dalam PRU 12 yang lepas bukan lah kerana faktor kekuatan Pakatan semata2. Kemenangan tersebut jika di ambil kira dari jumlah ahli2 yang berdaftar parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat pun baru cuma 25% sahaja dari jumlah pengundi berdaftar di Perak. Perak berjaya di tawan Pakatan dulu kebanyakkan undi datangnya dari pengundi atas pagar.
Jadi Pakatan harus sedar hakikat tu. Jangan mendabik dada kononnya rakyat sudah menyokong sepenuhnya sebaliknya kena kerja kuat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat yang ingin melihat dan menuntut perubahan. Bukan mahu melihat pimpinan yang bakal di angkat menjadi pemerintahan nanti berebut kerusi sesama sendiri. Bukan nak lihat di kalangan parti dalam Pakatan berebut kawasan Dun, Parlimen. Dan yang paling penting, rakyat bukan nak tengok future pemimpin yang bakal jadi jutawan segera kerana terlibat dengan bisnes yang bersangkutan dengan tender2 kerajaan persis Umno/BN.
Naik heran aku bila la ni dah mula nampak muka2 yang dulunya tak keterhadapan pun dalam berjuang kini dah tunjuk belang nak menjadi calon. Dulu banyak tempat yang kononnya tak berpotensi untuk menang kini menjadi idaman banyak pihak.  Sesama gabungan parti pulak tu. Sebagai contoh, aku bagi kawasan DUN Chenderiang sebab DUN ni tengah kontroversi sekarang ni.
Seperti pendedahan2 panas oleh Brader MSK isu Bah Tony dengan Ngeh Koo Ham, dulunya DUN ni tak ada sapa pun yang mahu tapi kini dah mula jadi rebutan bila muncul seorang tokoh yang berpengaruh di kalangan lokaliti di situ. Dah mula jadi rebutan antara DAP dengan PKR kerana seat tu dulu di tandingi atas tiket PKR.  Dan Bah Tony pulak ahli DAP, jadi DAP menuntut seat tu kerana calon favourite nya adalah ahli nya. Akhirnya Bah Tony keluar DAP  yang mana dah nampak macam dah boleh selesai dah isu ni tapi masih ada ‘bunyi’2 di belakang tu yang tak berapa sedap untuk di dengar. Begitu jugak parlimen Pasir Salak yang melibatkan PAS dan PKR.
Dalam PAS pun ada masalah dalaman jugak. Tidak takkan sampai DS haji Nizar boleh berbunyi kan? Jadi kepada sesiapa yang terasa dengan apa yang Haji Nizar katakan tu, berundur awal la supaya tak merencatkan hajat rakyat untuk membuat perubahan. Tak payah la berangan nak jadi pemimpin kalau akhirnya akan membawa masalah kepada Pas nanti jika tidak kredibel dan tidak di sukai oleh para pengundi setempat.
Dan dalam DAP la yang paling nampak sekali. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah memberi amaran kepada ahli dan pemimpinnya supaya tidak terlibat dengan bisnes jika mahu berpolitik tetapi di Perak ni, dua sepupu ni sudah tidak mengendahkan amaran yang di beri oleh Guan Eng. Aku rasa macam nak mintak pimpinan tertinggi Dap siasat perkara ni dengan setelusnya tetapi aku ni sapa? Rasa nak mintak semua yang terlibat undur diri cara terhormat tetapi mampu ka?
Krisis2 ni jangan ingat rakyat Perak tak memerhati. Jangan ingat sokongan dah maksimun. Rakyat sekarang bijak menilai dan sentimen parti bukan pilihan utama. Rakyat mahu calon yang kredibel, yang mampu untuk mengetengahkan suara mereka, yang amanah, yang mesra untuk senang berjumpa tanpa ada banyak karenah birokrasi. Dan jika ciri2 tu ada pada calon pihak lawan dan tidak pada calon Pakatan, nescaya pengundi tetap akan pangkah Umno.
Aku memang nak tengok perubahan kepimpinan negara terutamanya di pusat untuk menilai sejauh mana janji2 yang dibuat mampu untuk di realisasikan. Aku paham di negeri2 yang dikuasai oleh Pakatan sekarang ni terbatas perlaksaannya kerana menghadapi pelbagai sekatan dari kerajaan pusat. Dan aku rasa bukan aku sorang yang nak macam tu. Ramai lagi rakyat yang berpemikiran macam aku kot.
Mesti ramai di kalangan penyokong tegar Pakatan akan marah kat aku kononnya tak tau apa2 rahsia dan masalah dalam parti2 diaorang dan mendedahkannya pulak kepada umum. Tapi aku rasa ada hak aku untuk membuat teguran sebagai rakyat Perak yang mahu perubahan ini tidak terbantut angkara segelintir pemimpin di kalangan gabungan parti politik Pakatan Rakyat yang akan merosakkan cita2 Pakatan untuk kembali merampas Perak.
Sumber Berita Dari: mediaperak.net

Tuesday, October 23, 2012

Akhirnya Mami Shahrizat mengaku kalah..

 Ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya hari ni menyatakan dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon untuk bertanding mewakili Umno/BN bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Sumber boleh klik sini dan sini.

Semua tahu bahawa sebelum ini mereka berdua berseteru kerana berebut nak jadi calon Umno/BN bagi kawasan parlimen tersebut. Mungkin Mami Ijat dah mula sedar yang dia bukan lagi calon favourite bagi kerusi tersebut angkara skandal lembu yang sedang di hadapinya ketika ini.

Ayat cover line yang Mami Ijat keluar cukup2 terharu kerana katanya dia dah memberi sokongan kepada Nong Chik ni sejak 3 tahun lepas lagi tapi baru hari ini dia umumkan nya. Nak cover seolah2 rakyat kawasan parlimen tu tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua atau mungkin Mami Ijat dah sedar bahawa nama dia sudah tak tersenarai sebagai calon untuk kali ini.

Walaupun track record Mami Ijat di parlimen Lembah Pantai agak baik, namun hanya kerana lembu, maka peluang untuk dioa merampas kembali kerusi tersebut dari anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah terpadam terus.

Kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai memang sesuatu yang mengejutkan. Bayangkan seorang yang tiada pengalaman seperti Nurul Izzah sebagai MP mampu untuk menumbangkan calon favourite yang di katakan selamat.

Letak la sesiapapun kat lembah Pantai tu kali ini jika sentimen rakyat masih belum berubah, maka kemenangan yang di cari oleh Umno/BN nampak tipis. Dan PRU 13 kali ini akan membuktikan bahawa rakyat yang matang dan tidak terbatas sumber informasinya akan menolak Umno/BN buat selama2nya.


Monday, October 22, 2012

Chua Soi Lek idola penulis blog seks..

Selepas menyerang PAS dan memperlekeh Islam, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini boleh berbangga dengan aksi ranjangnya apabila menjadi idola penulis blog seks dan partinya kini juga mendapat sokongan daripada Perkasa.

Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual.

“Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi,” kata Tan dalam laman Facebooknya.

Tan dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan memuatnaiknya ke dalam blog mereka.

Komen Tan terhadap Chua, yang terkenal dengan video skandal seksnya dengan seorang wanita di bilik hotel yang tersebar kepada umum, seperti satu penampar teruk kepada MCA yang mengambil peluang di perhimpunan agong mereka untuk menghentam habis-habisan pemimpin PAS.

Selain itu, walaupun menghina hudud dan Islam bertubi-tubi, MCA hari mendapat sokongan daripada Perkasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertegas, “MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP” dan berkata penghinaan MCA terhadap hudud adalah “terpaksa”.

“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu. Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” kata Ibrahim yang dipetik laman FMT.

Skandal seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010 apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya.

Hujung minggu lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam.

"Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua.

“Saya boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk menontonnya,” kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi ucapan Nik Aziz.

Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa sumber dalaman Umno berkata Umno kini resah bahawa undi Melayu akan beralih kepada PAS selepas parti syaitan yang dikenali membiarkan orang seperti Chua menyerang ulama seperti Nik Aziz dengan biadap sekali.

“Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada HarakahDaily

Adun Teja, Chang Lih Kang kena lagi...


Cermin tingkap kereta Honda CR-V milik ADUN Teja, YB Chang Lih Kang dipecahkan di kediamannya di Taman Melor, Ipoh malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 ke 2.30 pagi semasa penduduk kebanyakannya sedang nyenyak tidur. Klik sini.

Ini merupakan kali ketiga kediamannya menjadi sasaran penjenayah kerana sebelum ini rumah beliau pernah dipecah masuk sebanyak 2 kali yang mengakibatkan beliau mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Chang yang tinggal bersama isteri dan ibubapanya tidak menyedari kejadian itu sehingga diberitahu oleh seorang jirannya yang juga seorang pegawai polis, mendakwa sempat melihat kelibat penjenayah itu cuba melarikan diri dengan motosikal sebaik menyedari perlakuan mereka diperhatikan. Jirannya itu juga memberitahu dia cuba mengejar penjenayah itu dengan keretanya tetapi gagal.

Bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana tiada apa-apa barangan miliknya sempat dilarikan penjenayah tersebut.

Dalam sidang media dengan wartawan pagi ini, beliau kecewa dengan kejadian jenayah yang semakin kerap berlaku hari ini malah mendakwa ini menunjukkan isu jenayah adalah isu yang serius yang tidak patut dipandang ringan oleh pihak berkuasa terutama kerajaan. Chang mempersoalkan tahap keselamatan orang awam di negeri ini dan mendakwa peruntukan sebanyak RM200 juta yang diluluskan kerajaan untuk tujuan keselamatan gagal memperbaiki persepsi masyarakat bahawa jenayah di negara ini masih terkawal, sebaliknya ia tidak menampakkan sebarang perubahan kadar jenayah. "Kejadian buat kali ketiga ke atas saya dan keluarga membuktikan tahap keselamatan orang ramai masih tidak terjamin", katanya.



Sumber : 
DM Deth Mustaine

Melalut, meraban tanpa fakta ke proksi penjajah ni??

Apakejadahnya PM Najib nak cabar DAP bertanding kat kawasan yang majoritinya orang2 melayu? Dah tak boleh berfikir dengan lebih rasional ke PM 1 Malaysia ni? Lu orang boleh baca laporan dalam Berita Hairan kat sini.

Lu tak payah la nak sembang tinggi sangat pm Najib oi! Kalau dah berasa kuat dan boleh menang dengan majoriti besar, lu bubarkan jer la parlimen supaya kita semua boleh tau sapa yang paling layak untuk di angkat menjadi kerajaan dengan melaui proses pembuangan undi.

Lagi satu, lu kalau anak jantan, lu pastikan proses pengundian di lakukan secara telus, jujur dan adil. Ada bran? Setakat retorik bercakap depan penyokong sendiri, sapa pun tak respect la bhai.

Dah makin melalut dengan idea haprak dah wa tengok PM Najib, laki Rosmah Mansor ni. Kalau dah majoriti melayu, dah tentu la wakil pun dari orang2 melayu. Apasal Umno tak bertanding kat kawasan majoriti orang2 cina? Kita pun boleh jer kata pulak majoriti orang2 cina dah tolak kepimpinan Umno/BN secara total. Ada bran ke Umno nak bertanding di kawasan orang2 cina? Jangan harap la beb, Umno mana ada teloq sejak dulu lagi. Pernah ke Umno bertanding menggunakan logo parti dia sendiri?

Nak harap Umno pertahankan hak2 melayu, memang dah terbukti hampeh. Cuba lu orang bayangkan nama Umno tu sendiri pun menggunakan gabungan dari perkataan Inggeris. Tu belum lagi kira perkara yang lain2. Sebagai contoh wa bagi banggunan Umno, iaitu PWTC. Pun menggunakan gabungan perkataan dari bahasa penjajah tu. Putra World Trade Centre. Banyak lagi la yang Umno ni mengagungkan bahasa penjajah ni. So, tak salah rasanya kalau Umno ni di gelar sebagai proksi penjajah tu.

Cukup2 la tu PM Najib oi! Umum jer tarikh pembubaran parlimen dalam masa terdekat ni kalau lu dengan parti lu serta gabungan parti2 lu tu anak jantan. Jangan hanya berani di depan penyokong sendiri jer tapi bila ajak berdebat, kecut habis lu punya teloq.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..




Sunday, October 21, 2012

PM najib dah jadi Tok Nujum pulak..

Wah!!! Ini sudah cangguh beb!!

PM Najib dah boleh tahu apa yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti. PM Najib awal2 lagi dah warning rakyat jika tak pilih Umno/BN, maka negara akan tergadai dan hancur angkara perbuatan PR.

PM Najib kata negara boleh hancur dalam masa 5 tahun jika PR berjaya menawan Putrajaya dan menjadi pemerintah yang sah dan rakyat tak akan berpeluang lagi untuk menukar kembali tampok pemerintahan negara kepada kerajaan Umno/BN.

Wa nak bagitau kat PM Najib, memang akan hancur, tapi bukan negara tetapi pemimpin2 Umno/BN yang rakus menjual harta negara kepada asing dan segala penyelewengan Umno/BN selama 55 tahun akan terbongkar.

Memang peluang untuk menukar kerajaan akan tertutup sama sekali kerana tembelang yang selama ini di tutup dengan begitu rapi akan terdedah jika Umno/BN gagal untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti. Jadi ramalan PM Najib tu memang betul dan tepat cuma faktanya sahaja berbeza.

Tak payah la PM Najib nak retorik sangat sedangkan untuk berhadapan dengan Presiden Porno MCA pun dia tak berani. Penghinaan dari MCA tu membuatkan PM Najib membisu seolah2 merestui apa yang di lontarkan oleh Presiden MCA yang begitu biadap bercakap soal Islam.

Inikah PM yang dapat membela umat Islam di kalangan orang2 melayu? Jangan harap la beb!!

Untuk menegur rakan dalam gabungan BN pun dia tak berani, jadi apa rasional dia mampu untuk menahan asakan yang akan bertambah hebat pulak dari negara luar. Perebutan Pulau Batu Putih boleh di jadikan sebagai contoh dimana hingga kini Malaysia masih gagal untuk membuat rayuan di mahkamah antarabangsa untuk kembali menuntut hak ke atas pulau tersebut.

Jadi PM Najib tak payah la nak jadi tok nujum pulak untuk meramal apa yang akan terjadi jika PR pulak yang memerintah negara nanti. Apa yang pasti, segala kebobrokan Umno dan sekutunya akan di korek hingga ke akar umbi untuk mengutip kembali harta negara yang telah di milikan menjadi harta peribadi.

Musa Hasan yang semakin kontroversi..

Bila dah semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13 ni, tiba2 nama bekas KPN, Musa Hasan menjadi begitu popular. Mula2 dengan kes saman terhadap Anwar Ibrahim yang ditarik balik tanpa penjelasan. Atau lebih tepat lagi, diselesaikan secara rahsia antara mereka.

Wa yang pelik tu, Musa Hasan bagi warning supaya jangan pertikai keputusan tersebut kerana ianya masalah peribadi antara dia dengan Anwar Ibrahim dan orang lain tak payah masuk campur. Apa yang rahsia sampai orang lain tak boleh mabik tahu pun wa tak tau la. Terlalu peeribadi mungkin.

Terbaru cerita Musa Hasan nak buat sidang media di Thailand berkenaan kes pembunuhan model cun dari Monggolia, Altantuya Sharibuu. Apasal nak buat sidang media sampai ke Thailand? Kat Malaysia dah tak selamat ke? Takkan bekas KPN pun takut dengan ugutan kan?

Tapi bila perkara ni terdedah, Musa Hasan menafikan wujud perkara tu. Timbul kemusykilan bila pihak Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) sendiri memuat naik ke laman mereka mengakui bahawa Musa Hasan mahu mengadakan sidang media berkenaan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu di kelab tersebut.

Mungkin Musa Hasan berasa tak selamat bila perkara ini terdedah. Wa  cuma mintak kalau dia ni seorang yang berani dan jujur, mengapa mesti takut untuk nyatakan kebenaran. Atau mungkin dia berasa sudah tidak selamat memandangkan kebangkitan rakyat dalam menghadapi PRU 13 nanti, momentum rakyat untuk menukar kerajaan semakin terserlah. 

Jadi kalau kerajaan yang ada sekarang ni tumbang, tak mustahil kes tersebut akan di korek semula dan beliau seterusnya akan menjadi sasaran kerana kes tersebut berlaku semasa dia masih laggi memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Daripada di sabitkan kemudian, lebih baik dia selamatkan diri dia dari sekarang, itu pendapat wa la tapi apa pun kita tunggu kerana kebenaran bakal terserlah jugak nanti. Mana mungkin bangkai gajah mampu di tutup begitu sahaja.

Saturday, October 20, 2012

Mami Shahrizat cabar Anwar??

 Mami Ijat yang tengah kelam kabut pasal skandal 'lembu' sempat lagi nak cabar Anwar Ibrahim  supaya menemukan Datuk S. Nallakaruppan dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk bertemu dengan 2 orang peguam Perancis yang bakal di bawa oleh Anwar untuk memberi taklimat terkini berkenaan isu skandal Scorpene di parlimen dalam masa terdekat ni.

Sumber berita boleh klik sini dan sini untuk keterangan lanjut.

Wa nasihatkan kat Mami Ijat ni lebih baik dia tumpukan kepada kes 'lembu;nya yang sedang berjalan sekarang ni. Dah makin kalut sampaikan menampakkan bahawa dia seorang ibu dan isteri yang tak bertanggungjawab. Lagi mau sibuk dengan hal2 orang lain.

Mami Ijat ni nak dua peguam dari Perancis itu tahu dan mendapat maklumat mengenai kegiatan sambilan Anwar? Wa nak kata Mami Ijat ni bangang macam lembu, memang dah lembu dah pun. Dua peguam tu di bawa untuk bagi penerangan yang membabitkan kepentingan negara sementara cadangan Mami Ijat ni pulak melibatkan kepentingan peribadi. Kan kedua2 tu mempunyai entiti kepentingan yang berbeza.

Rakyat la ni bukan nak dengar cerita lucah tapi rakyat nak tahu kemana hilangnya wang negara dalam skandal Scorpene yang melibatkan kehilangan wang negara dalam jumlah yang teramat besar.

Mami Ijat bagitau gesaan dibuat agar dua peguam tersebut perlu tahu perkara-perkara yang dibangkitkan rakyat terhadap Anwar konon nya. Ada ke rakyat Malaysia yang dok mendesak supaya peguam Perancis tu tahu konspirasi terancang yang dibuat oleh para konspirator dalam negara ni? 

Nanti bertambah malu la Malaysia bila dua peguam tu tahu bahawa undang2 Malaysia ni terpilih. Jika bersangkutan dengan pihak pembangkang, maka undang2 akan dikenakan secepat yang mungkin namun jika melibatkan pak menteri, maka akan ada penangguhan hukuman seperti yang di alami oleh Khir Toyo dan jugak seorang MP Umno yang dah dijatuhkan hukuman tapi ditarik balik sementara menanti keputusan rayuan di mahkamah. 

Tu belum lagi di korek kes amah Indon yang dah kaya raya dalam sekelip mata yang dulunya ada skandal dengan Pak Menteri. Dulu cuma amah tapi la ni dah mampu pulak ambik amah utk kerja dengan dia pulak.

Friday, October 19, 2012

Konfom PM Najib takdak teloq..


PERKASA yang macam cibai pun berani nak sanggah kenyataan dari Presiden MCA, dan malang sungguh Malaysia ni ada PM yang tak ada teloq langsung bila berhadapan dengan cina MCA.

Bayangkan PM Malaysia langsung tak bersuara bila Presiden MCA mempermainkan Islam secara terangan. Sepatah haram tak berani nak tegur rakan dia dalam BN ni. Memang bacul tahap teruk dah ni. Ingat takut kat Rosmah jer, rupanya dengan cina porno ni pun dia kecut jugak.

Takut hilang sokongan dari cina MCA punya pasal sampaikan sanggup menjadi manusia bacul sampai macam tu sekali.
 
Kali ni PM Najib memang betul2 tersepit, nak lantang bersuara bagi warning kat MCA, takut hilang sokongan cina porno bersama kuncu2nya. Diam menikus pulak menghiris perasaan orang2 melayu Islam yang masih lagi dibodohkan dalam Umno. Jadi, jawapan selamat buat masa ni bagi PM Najib ialah mendiamkan diri jer la. 

PERKASA melalui setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali pulak kata haram umat melayu Islam dalam Umno bagi undi kat MCA. Kalau kat MCA dah haram, kat Umno/BN pun turut sama la haram sebab Umno bersekongkol dengan MCA. Tak gitu?


La ni nampak tak siapa yang betul2 jadi barua? Dok sebuk sangat pasal Karpal Singh anti Islam tapi yang terang lagi nyata dan sahih anti Islam ialah sahabat sebantal Umno dalam BN, MCA. Baru ada akal sapa2 yang sebelum ni dok lantang sangat kata kat Karpal Singh tu.

Sekurang2nya DAP pun masih menghormati pendirian sahabat dia dalam Pakatan Rakyat berbanding MCA yang terlalu sombong dan berani pulak mengugut Umno. Ugutan MCA ibarat bom jangka kepada Umno. Kalau tak ikut, alamatnya MCA akan mencecet tinggalkan BN, maka terkapai2 la PM Najib nak mintak bantuan dan sokongan dari kaum cina yang sekarang ni memang dah tinggal ciput jer lagi yang masih menyokong BN.

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Padan muka lu PM Najib. Hukum Karma terlalu cepat berlaku kat lu. Lu bakal jadi PM Malaysia yang pertama terima mandat tanpa memenangi pilihanraya.

Tahniah! Malaysia bakal jadi hub hiburan lucah terlampau..

Memang Malaysia ni dah terbalik wa cakap lu. Kalau ada blog yang sikit menghentam raja ataupun pemimpin Umno/BN, bukan main lagi SKMM ni bertindak. Tangkap sana, tangkap sini. Saman sana, saman sini.

Tapi bila ada pelajar Malaysia yang buat blog lucah, mungkin video lucah pun ada kot berdasarkan gambar yang di upload dalam blog mereka tu, SKMM buat pekak badak jer. Tak ada tindakan yang di ambil.

Alasan yang SKMM ni bagi memang tahap cibai punya alasan. Takut masa depan 2 orang pelajar Malaysia ni terjejas jika di dakwa. Kalau lu orang tak percaya, lu cuba klik sini dan kat sini.


Apa punya hamjad Menteri yang jaga SKMM bila dia kata dia serahkan pada orang ramai untuk menilai tindakan yang dah dibuat oleh 2 orang pelajar terlampau ni. Dia orang nak mengongkek pun Menteri ni serah pada orang ramai untuk menilai samada boleh terima atau tidak? Hilang akal ke Menteri ni? Ke akal dia dah di bawak lari oleh amah Indon ke Indonesia nun.

Ke blog tu pun Menteri ni suka singgah? Sebab tu dia tak mau ambik action, nanti kena delete pulak blog tu kan. Baik lu ngaku, lu suka singgah situ erk???

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Dua ekoq pelajar yang 'horny' tak kira masa tu bernama Alvin Tan Jye Yee dan makwe dia pulak bernama Vivian Lee. Anak sapa la yang rendah akhlak mengalahkan binatang ni. Bukan malu 1 Malaysia la weyh.

Tapi wa sikit pun tak heran sebab video lucah la ni dah boleh masuk kat dalam berita perdana dah pun. Budak2 pun dah boleh tengok cerita lucah, cuma tunggu jer depan TV. Kalau nasib baik, ada la cerita lucah dalam warta berita.

Dan dengan wujudnya blog lucah rakyat Malaysia ni, maka sasaran Malaysia untuk menjadi hub hiburan lucah melampau akan mencapai sasarannya menjelang 2020 nanti.

Wa ucapkan tahniah kat Menteri yang jaga SKMM ni dan seluruh warga SKMM yang terpalit sama dalam isu ni kerana telah membuktikan bahawa SKMM hanya berani bertindak kepada rakyatnya berbangsa melayu sahaja dan mengsahihkan jugak bahawa SKMM hanya berani membuat dakwaan terpilih.

Thursday, October 18, 2012

Nak cepat PRU13, sila ikut tips ni..

Wa rasa ramai di kalangan kita yang dah tak sabar2 menanti tarikh pemgumuman pembubaran parlimen yang menjadi hak eksklusif PM Najib@Rosmah Mansor. Semua rakyat ternanti2 dengan penuh debaran siapa yang bakal mendapat mandat untuk ke Putrajaya selepas selesai pembuangan undi.

Tapi ianya masih menjadi misteri kerana tahap keyakinan PM Najib@Rosmah belum mancapai peratusan yang tinggi. Tu pasal la PRU 13 masih tetap menjadi teka teki, isu yang paling membuntukan rakyat demi membuat keputusan yang bijak.

Wa cadangkan kita semua amalkan tips ni jika kita semua mahu PRU 13 di adakan dalam masa terdekat ni.

Memula sekali kita kena puji kepimpinan PM Najib@Rosmah ke tahap yang paling maksimun. Kalau boleh pujian tu bagi nampak real supaya tak kelihatan seperti memperli pulak. Kalau perli, maka makin lambat la PRU 13 akan di adakan.

Member2 yang buat printing T Shirt tu kalau boleh kita print T Shirt muka Najib dengan Rosmah banyak2 dan edarkan bagi semua anak muda pakai. Pakai tau, jangan buat kain lap kaki pulak. Lepas tu kita buat press conference menyatakan sokongan gila babi kepada pimpinan PM Najib@Rosmah. Kalau boleh buat lebih gila dari babi sampai babi pun naik pening dengan sokongan yang di terima PM Najib@Rosmah secara tiba2 tu.

Tips seterusnya, kalau ada ceramah anjuran Umno/BN dan penceramahnya terdiri dari kalangan katak lompat terutama Hasan anak Ali dan Zul Kulim, kita penuhkan kerusi yang selalunya kosong tu. Kesian pulak wa tengok dengan penceramah barua Umno ni bila asyik bercakap dengan kerusi jer setiap kali ceramah.

Kat rumah kita pulak, kita gantung bendera Umno. Paling kurang setiap satu rumah satu bendera. kalau penuh keliling rumah lagi canggih bhai.. Kat kereta pulak, kita tampal stiker Umno. tak kira la macam mana bentuk stiker nya janji mencerminkan penyokong Umno totoks.

Wa cadangkan lagi, paper Utusan yang dah jadi suratkhabar lama, yang dijual untuk buat recycle dan bungkus nasi lemak sebab takdak sapa nak beli tu kita borong bagi habis setiap hari. Kalau boleh elok sampai jer paper tu kat kedai2, kita borong semua sekali.

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat pulak jangan kita pergi. Biar penceramah Pakatan Rakyat pulak yang bercakap dengan pokok sebab ceramah PR selalunya tak di sediakan kerusi. Maklum la, dana tak berapa nak cukup untuk sewa dewan. Lagipun kalau apply dewan pun konfom tak dapat punya. Awal2 lagi dah tentu kena reject walaupun sewa yang di kenakan dua kali ganda mahal berbanding Umno/BN yang rasanya tak payah pun bayar sewa.

Lepas tu kita kutuk kaw2 pulak Pakatan Rakyat, tak kira la kat FB ke atau kat mana2 saja. Dalam blog pun boleh, kalau rajin buat fitnah cam PapaGomo buat tu.Tapi dosa lu tanggung sendiri la.

Apa saja isu yang di bangkitkan Pakatan Rakyat kita sanggah, terutama isu Scorpene yang melibatkan nama PM Najib@Rosmah dengan Zahid Hamidi tu. Kalau boleh kita buat demo mendesak Pakatan berhenti mainkan isu tu lagi. Kita pakat ramai2 turun demo ala2 BERSIH. Biar penuh jalanraya. Don't worry, konfom tak kena tear gas dengan water cannon punya.

Amacam? Ada berani ke geng2 semua nak buat macam tu. Kalau nak tunggu PM Najib@Rosmah nak umumkan tarikh pilihanraya dalam keadaan suasana politik yang dok ada sekarang ni, maka sampai kesudah la PM Najib ni tak berani. Takut kehilangan kuasa yang dah seperti telur di hujung tanduk. Eh!! PM Najib@Rosmah ni ada telur ka??

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..



Wednesday, October 17, 2012

Suara untuk Suaram..

Apabila tiada ketelusan, apabila semuanya ternyata kabur, apabila kredibiliti pemerintah berada pada tahap yang paling rendah, persepsi, yang lazimnya berasaskan khabar angin, cerita kedai kopi dan media alternatif, menjadi segala-galanya.

Lihat sahaja masalah jenayah. Semasa rakyat mula khuatir akan kebajikan dan keselamatan diri mereka, pemerintah dengan gah mendabik dada mengenai statistik pencegahan dan penurunan kadar jenayah yang kononnya membanggakan.

Apabila statistik tersebut dipertikaikan dan data yang bertentangan disiarkan, pihak pemerintah memberikan alasan dan bukannya penjelasan yang munasabah.

Hal tersebut kemudiannya dengan segera diketepikan oleh media arus perdana yang dikawal pemerintah dengan harapan rakyat akan melupakannya.

Namun sudah tentu rakyat tidak lupa. Peningkatan kadar jenayah dapat dilihat setiap hari oleh rakyat, mengakibatkan rakyat tidak mempercayai penjelasan pemerintah.

Lihat juga kes penahanan beberapa orang pemuda baru-baru ini akibat perbuatan mereka menghalakan punggung serta memijak gambar-gambar pemerintah.

Kelakuan mereka ini dikatakan biadab oleh sesetengah pihak dan, lebih serius, perbuatan yang harus didakwa, tanpa penjelasan mengapa, bawah akta yang terkutuk, Akta Hasutan.

Apabila ditekankan yang tiada tindakan seumpamanya diambil terhadap kelakuan yang lebih biadab oleh juak-juak kerajaan terhadap pihak pembangkang, barulah dengan segera pihak berkuasa kononnya bertindak terhadap samseng-samseng ini.

Atau itu yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa walaupun masih belum ada pihak yang direman atau digari dan diheret ke balai polis atas kesalahan kencing pada gambar Nik Aziz Nik Mat serta membakar poster Lim Guan Eng dan pemimpin BERSIH, Ambiga Sreevanesan. Sekali lagi tiada ketelusan dan keraguan rakyat kian menebal.

Kini, Suaram pula diserang bertubi-tubi

Ada pula ura-ura bahawa semua yang terjadi sebenarnya hasil kerja orang dalam parti untuk menjatuhkan pemimpin tertinggi mereka.

Atau mungkin sememangnya ramai dalam kalangan pucuk pimpinan yang sudah sangat terdesak kerana leher mereka semakin dijerut oleh skandal kapal selam Scorpene. Tambahan pula, pilihan raya semakin hampir.

Oleh sebab itu, mereka mula mengganas secara membabi buta. Mungkin untuk menutup segala pekung di dada. Apapun sebabnya, serangan berterusan terhadap Suaram, walaupun boleh diduga, adalah sangat menjengkelkan, sangat menjijikkan, dan menunjukkan kedangkalan ilmu serta ketandusan idea pihak pemerintah.

Tidak kurang daripada enam agensi, Bank Negara, Kementerian Dalam Negeri, polis, Pendaftar Pertubuhan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dilaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap Suaram. 


Jelas bahawa ini taktik pemerintah untuk menghentam Suaram dengan segala senjata yang ada. Ia seakan-akan menggunakan kereta perisai untuk membunuh semut. 

Namun, walaupun dengan serangan yang bertubi-tubi, masih belum ada pendedahan yang menggemparkan dibuat.

Selain daripada anggapan liar mengenai transaksi yang `meragukan' seperti yang dilaporkan oleh media Internet, tuduhan paling berat yang dilemparkan terhadap Suaram ialah menerima dana daripada organisasi asing Jerman dan yang dimiliki George Soros yang dianggap penyangak oleh pihak-pihak tertentu.

Jika benar pun dakwaan ini, apa pula salahnya mereka menerima dana tersebut?

Organisasi terbabit, termasuk yang dikaitkan dengan George Soros, bukanlah kumpulan penjenayah.

Dan seperti Suaram, mereka juga sememangnya amat prihatin tentang persoalan hak asasi manusia.

Mereka mempunyai rekod baik dalam menyumbangkan dana kepada organisasi masyarakat yang terlibat dalam kerja-kerja amal dan yang mementingkan hak asasi di serata dunia.

Apa pun, kekalutan dan dakwaan mengenai penyumbang dana dari luar ini perlu dihentikan. Mitos yang sering disajikan kepada rakyat ialah setiap perkara yang datang dari luar, terutamanya dana asing, bersifat jahat.

Jika ini benar, hampir separuh daripada kajian yang dilakukan di universiti-universiti tempatan misalnya terpaksa dihentikan. Realitinya, agensi antarabangsa, antarakerajaan, dan bukan kerajaan banyak menyediakan dana supaya aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan di serata Malaysia.

Hal ini telah menjadi satu kelaziman semenjak wujudnya beberapa universiti, institusi kajian dan badan bukan kerajaan.

Sesungguhnya, tanpa dana dari luar, ramai rakan-rakan setugas saya terpaksa pulang ke England.

Selain itu, pelaburan asing yang masuk ke dalam negara setiap hari menunjukkan betapa negara kita amat bergantung kepada dana asing. Suka atau tidak, inilah yang dikatakan globalisasi.

Oleh itu, kerjasama daripada pihak luar amat diperlukan kecuali jika negara kita mempunyai dana dan kepakaran yang mencukupi. Malangnya, kebelakangan ini, di atas sebab-sebab yang mungkin hanya pemerintah dapat jelaskan, peruntukan yang diperlukan di dalam negara ini boleh dikatakan agak kekurangan.


Ini menyebabkan kemampuan diri negara terjejas. Ini menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada sumber-sumber lain.

Kita boleh kuat bercakap tentang ketuanan dan segala lain yang karut, menolak semua dana asing serta kembali ke zaman pra-peradaban yang hubungannya dengan dunia luar, yang `kita' anggap penuh kejahatan dan sangat terbatas.

Kita akan sentiasa berasa selamat seperti katak di bawah tempurung dengan pemikiran bahawa hanya kitalah dunia sebenar, kita sajalah yang penting.

Yang jelas, penerimaan dana asing ialah realiti yang munasabah. Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Suaram selama ini pasti akan menghargai usaha murni yang dilakukannya untuk memperbaiki masyarakat.

Pelbagai kajian dan penerbitan yang dihasilkan terus digunakan oleh ahli akademik dan pemerhati dalam dan di luar negara.

Di Malaysia mahupun luar negara, Suaram mempunyai reputasi pengkritik bebas yang berani mengutarakan isu-isu pencabulan hak asasi manusia, gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sesungguhnya, ini semua isu-isu yang pemerintah, melalui program transformasinya serta slogan `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' dan berjanji untuk menyelesaikan... walaupun mungkin mereka maksudkan penyelesaian di hayat yang lain.

Adakah mereka benar-benar percaya bahawa dengan mendakwa Suaram, mereka akan berjaya menutup mulutnya atau pandangan badan-badan bukan kerajaan yang lain yang menunggu untuk meneruskan perjuangan Suaram?

Adakah mereka fikir mereka dapat menjatuhkan Suaram dengan menakut-nakutkannya serta mengganggu dan menyerangnya dalam satu ketika di mana ramai rakyat Malaysia sedar bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena?

Adakah juga mereka tidak sedar bahawa ramai rakyat Malaysia sedang mempersoalkan mengapa organisasi lain yang mereka anggapkan benar-benar melakukan kesalahan, seperti National Feedlot Corporation tidak diserang sedemikian, sedangkan Suaram yang menjadi sasaran?

Ya, Suaram, yang 'secara kebetulan' merupakan organisasi yang mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang mampu meranapkan pemerintahan BN.

Jika pemerintah menggunakan ugutan dan penindasan sebagai penyelesaian kepada segala permasalahan seperti ini, nescaya strategi ini akan gagal.

Ramai rakyat Malaysia telah muak dengan taktik kotor seperti ini. Mereka - kami - jelas mempunyai pandangan buruk terhadap rejim yang sekali lagi berusaha untuk menutup mulut sebuah organisasi kecil yang berterusan mendedahkan salah laku kerajaan.

Sebuah organisasi yang bakal mendedahkan perkara-perkara yang buat masa ini menakutkan beberapa ahli politik tertinggi dalam rejim ini.

Sebuah organisasi yang sesungguhnya satu daripada banyak lagi.


Sumber : Rom Naim, Malaysiakini

Umno kecut dengan SUARAM??

 Isu SUARAM terima dana dari manusia yang di gelar penyangak oleh Tun Madey, George Soros dah senyap bila Tun Madey dengan PM Najib sendiri dah kantoi. Kini isu baru pulak yang cuba di kaitkan dengan SUARAM ialah isu nak bawa 2 lawyer dari Perancis untuk bagi taklimat isu skandal Scorpene di Parlimen Malaysia.

Boleh klik sini dan sini untuk baca laporan yang disiarkan dalam portal berita pecacai milik Umno dengan lebih lanjut.

Wa nak tanya, apa kesalahan jika cuma mintak penjelasan lanjut tentang kes skandal yang melibatkan wang negara yang dah ghuyub angkara komisen yang bernilai jutaan RM tu. Apakah menjadi kesalahan dan ancaman kepada negara hanya kerana kita ingin tahu apa perkembangan lanjut berkenaan kes tersebut.

Yang wa nampak, Umno tak berani nak sangkal sendiri isu ni sebab ianya melibatkan pemimpin tertinggi negara, jadi terpaksa  la gunakan NGO yang mesra Umno untuk menggambarkan bahawa perbuatan itu menggugat keselamatan negara. Pelik kan??

Apakah menerangkan perkembangan semasa berkenaan kes tersebut di parlimen menggugat keselamatan negara atau menggugat kedudukan Umno di mata rakyat? Atau Umno takut perkara tersebut di ketahui dengan lebih lebih di kalangan ahli parlimen termasuk yang dari Umno sendiri.

Maklum la, Tun Madey sendiri yang kata yang masih bersama Umno ni bodoh2 belaka termasuk la diri dia sendiri. Jadi kalau penerangan berkenaan isu ni dibuat, mungkin ahli parlimen Umno yang bodoh2 ni akan cerdik sikit dalam membuat penilaian. Mungkin itu maksud ancaman kepada keselamatan negara@Umno kot.

Buat la laporan polis banyak mana pun, sikit pun tak menakutkan rakyat yang dahagakan kebenaran. Bangkai gajah kalau di tutup sekalipun, bau nya tetap akan keluar jugak. Jadi tak payah la nak ugut2 rakyat dengan laporan polis yang ntah apa2 entah tu. Kalau tak salah, mengapa pulak mesti nak merasa takut dengan perkembangan terkini kes tersebut kan??

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Nampak benor takutnya Umno dengan bayang2 sendiri.







My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...