Friday, May 3, 2013

Hasutan sudah menjadi perkara biasa....


Ni cerita petang tadi masa wa kat opis nak balik kerja. Wa nampak la uncle guard India kat tempat opis wa tu tengah lepak kat kerusi kat luar opis. Hari pulak hujan, so wa saja jer la nak menghasut nak tau uncle ni sokong belah mana.

Perghhh...

Mula2 tu macam tak mau cerita la sangat tapi bila wa kata kali ni nak undi kasi UBAH la, terus dia keluar habis semua fakta dan apa saja yang dia tau pasal politik Malaysia.

Uncle ni pencen Navy, dan masa dia dalam tugas dulu, katanya sekali pun dia tak pernah mengundi. Ini la kali pertama dia nak mengundi setelah mendaftar 2,3 tahun lepas. Dia kata, masa dalam servis dulu, nama dia ada untuk mengundi tapi kertas undi dia tak pernah tengok. Bayangkan la wa yg muda bertahun2 dari dia pun dah 3 kali mengundi. Dia first time.

Fakta menarik yang dia kongsi dengan wa pasal teori RAHMAN dan usia persaraan. Dan lebih buat wa tertarik, bila dia maki Najib sebab buat pilihanraya bulan MEI sebelum tarikh berlakunya TRAGEDI 13 MEI.

Teori RAHMAN rasanya semua dah tau dan faham bahawa Najib mewakili N dan merupakan PM terakhir dari Umno/BN. 

Usia persaraan yang dia jelaskan, pihak kerajaan yang buat akta pencen berumur 55 tahun dan pilihan option setahun menjadi usia 56 tahun Sama la jugak dengan Umno/BN. Sepatutnya tahun lepas lagi PRU13 diadakan menjadikan genap 55 tahun Umno/BN memerintah Malaysia. tapi di beri option lagi setahun sebelum cukup usia wajib persaraan. So, kali ni kita pencen kan Umno/BN selamanya..

Tapi bila dia ceritakan mengapa PM Najib sengaja pilih bulan MEI untuk buat pilihanraya, wa jadi terpegun jugak. Tarikh pembuangan undi pada 5 MEI, keputusan pada 6hb dan jika Umno/BN tumbang, kemungkinan masa tu berlaku kekacauan dan kemungkinan percubaan untuk mewujudkan suasana seperti tragedi 13 MEI bakal berulang.

Wa terfikir logik jugak apa yang disampaikan oleh uncle ni. Petang dalam suasana yang hujan yang mulanya tujuan wa untuk menghasut dah jadi macam ceramah kelompok bila dah makin ramai yang datang dan mendengar dan memberi penjelasan demi penjelasan hinggakan dah jadi macam kelompok penyokong Pakatan semuanya..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Awas Umno/BN!!! Hasutan kini berlaku di mana2....

1 comment:

  1. Ayuh rakyat Malaysia. Tunaikan tanggungjawab kita esok di peti undi. Keluarlah mengundi awal pagi. Kemudian sama2 kita pantau dan menjadi rukun tetangga PRU13 supaya tiada warga asing pengundi hantu yang berani datang tunjuk muka untuk menipu kita dengan sama2 membuang undi. Kita tidak mahu nasib negara ini ditentukan oleh warga Filipino, Nepal, Bangla, Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Laos, India atau Indon. Jangan berani menipu lagi. Enough is enough.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...