Steady la Tok Guru Nik Aziz... Wa memang respect kat TGNA ni sebab hampir 20 tahun lebih kena serang dengan Umno dengan bermacam tohmahan untuk menjatuhkan kredibiliti dia sebagai Menteri Besar yang amat disenangi dan dikagumi oleh seluruh rakyat Malaysia kebanyakkannya.
Bubar besok ke bila ke Tok Guru kata PAS dah ready. Klik sini untuk berita dari surat khabar pecacai tegar Umno yang tak insaf2 lagi. Anytime Bro Najib! Wa takdak hal punya. Dan wa yakin seluruh rakyat Malaysia pun dok tunggu tarikh keramat tu untuk membuat pilihan siapa yang paling layak mentadbir negara.
Contoh pentadbiran negeri2 Pakatan Rakyat sedikit membuktikan bahawa Pakatan pun mampun mentadbir dengan baik. Malah lebih baik lagi bila Laporan Audit Negara mengesahkan nya.
p
So, sama ada PAS, PKR, DAP dah sedia atau tidak, bukan itu persoalan utama. Yang jadi tanda tanya yang amat mencemuihkan ialah bila Bro PM Najib ada telur mau bubar Parlimen supaya pilihanraya diadakan dengan segera. Mandat dah habis dah bro PM Najib oi!!!!!
muahahahahahahahahahahaha....
Atau mungkin gambar yang macam kat atas ni terlalu banyak di sebarkan melibatkan seluruh negara bila mana kini PAS bukan sahaja di dokong oleh orang2 Islam tetapi mendapat sokongan yang padu dari kaum2 utama lain. Sudah tak menghairankan bila kini kita nampak orang India bermegah dengan memasang bendera PAS dengan relahati dan menggunakan duit sendiri. Tu yang sampai kini bro PM Najib tak berani nak umum tarikh parlimen bubar walaupun tempoh mandat untuk Umno/BN memerintah telah tamat mengikut perkiraan tarikh PRU12 yang lepas. Sibuk mau tau pihak lawan dah sedia ke belum. Mau tau sedia ke belum, kasi bubar la parlimen dulu..
muahahahahahahahahahahahahaha....
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??