Posting yang wa cilok dari Malaysian Insider kat sini mendapat komen yang pro dan kontra dengan situasi semasa politik tanahair terutama yang bergolak sedikit dalam Pakatan Rakyat. Wa ingat sesaja jer wa nak share benda tu sebagai koleksi biasa, rupanya ramai yang tengah tunggu masa nak luahkan apa yang patut dan tak patut dilakukan di saat2 genting macam ni.
Wa copy paste kan jer la komen2 tu kat sini untuk lu orang nilaikan sendiri kelayakan seseorang pemimpin tu samada layak atau tidak untuk diangkat menjadi seorang ketua kerajaan @ PM.
Seperti ibarat dalam perlawanan lumba lari, tika sudah hampir sampai garisan penamat yang merentangi jalan, dan Pakatan berada dalam posisi terbaik 1, 2, 3, malangnya ada rakan yang membentes kaki rakan lain hingga menyebabkan semuanya tersungkur dan pihak lawan yang ketinggalan di belakang mampu memintas dengan selesa tanpa perlu bersusah payah. Apakah ini yang bakal berlaku nanti? Harap2 jangan la ada pimpinan dari ketiga2 parti dalam Pakatan yang cuba2 untuk sabotaj gerakan rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada kali ni..
Sedarlah diri tue..........sedangkan negeri sendiri kamu tiada kredibiliti bila terbukti hanya boleh bertahan satu penggal sahaja. Kerana mabuk kuasa, kamu reka dasar itu dan ini tanpa memperdulikan sentimen penganut agama lain. Inikan pula nak pegang jawatan PM? Sebenarnya rakyat Terengganu sendiri menyampah dgn dasar TGHA. Lantas menghumban PAS slps tamat satu penggal. Hakikatnya rakyat Terengganu sayang PAS..........masalahnya mereka hanya menunggu saat jatuhnya TGHA.
Lain kali jer laa TGHA. Kena belajar banyak-banyak dulu sbb jawatan Perdana Menteri bukan semudah jawatan yg kamu pernah sandang dulu.
Wak Tukiran Paidi...
Kalau tak tahu apa sebab yang sebenar kenapa kerajaan PAS Terengganu dapat sepenggal je lebih lu diam-diam layan rock...
Kalau nak komen berdasarkan keterangan dengar cakap ni kat mahkamah memang tak laku.
SEBAGAI POLITIKUS DAN AGAMAWAN, WAK SBG VETERAN MCM TGHA, HARUSLAH MENGAMBIL PENDEKATAN YANG BAIK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH CALON BERTINDAN DAN BUKANNYA BERUCAP DENGAN MENGAIBKAN RAKAN KITA DALAM PAKATAN RAKYAT DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI.
Kalau ikut perkembangan politik negara, xsyak lagi TGHHA mmg PAS di bawah pimpinnnya amat sensitif kalau ada pihak yang memperlekeh hukum hudud. Dlm isu pertindanan calon, TGHHA dgn angkuh menjelaskan tujuan PAS meletakkan calon di kawasan yg dipertandingkan juga oleh rakan dlm PR kononnya sbg penyelamat dan menuduh ada calon lain parti lain dlm PR sbg pengedar pil kuda dan lain-lain lagi.
Mungkin dlm bab agama, aku mmg xlayak berbicara dan kalau dibandingkan dgn ilmu agama yg ada pada TGHHA. Aku cuma nak ulas sepekara bahawa di atas kepala TGHHA tue bukanlah baseball cap. Ianya adalah manifestasi seorg yg sudah mencapai tahap ilmu dan peradaban Islam yg tinggi. Namun agak malang dan kecewa terhadap TGHHA melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap rakan-rakan dlm PR yg juga beragama Islam tanpa Secukup saksi dan bukti seperti dinyatakan dlm syarak dlm bab hudud.
Pada hakikatnya, rakyat Terengganu xde beza dgn rakyat Kelantn. Mereka sayang PAS. Namun melihat sikap TGHHA yg terlalu extreme tanpa mengira sensitiviti penganut agama lain di Terengganu, walaupun berat, mereka terpaksa menghukum PAS stlh selama satu penggal TGHHA menerajui kerusi Menteri Besar.
Kenapa rakyat Kelantan xmenghukum TGNA seperti rakyat Terengganu lakukan trhadap TGHHA? Sbbnya pendekatan TGNA terhadap penganut agama lain jauh lebih diplomatik drp TGHHA. Jawatan sebagai Presiden PAS nyata membuat TGHHA angkuh dan xmenghormati pemimpin-pemimpin lain samada dlm PAS atau 9akatan Rakyat.
Aku sokong DSAI jadi PM kalau PR menang PRU 13. Bagi TGHHA, seperti kata Tukiran Paidi, lain kali jer laa. Kena belajar banyak . Sdgkan di negeri sendiri cuma boleh bertahan sepenggal, inikan pula nak jadi Perdana Menteri?
Demi Allah, sekiranya ditakdir aku sempat utk mengundi dlm PRU 13 nanti, aku tetap pangkah PAS di kawasan aku di Kelantan.