Friday, December 7, 2012

IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun

PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen.


Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus sahaja.

Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun.

"Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum.

Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun.

Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi.

"Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.

"Ini sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta," katanya.


**Sumber

P/S : PKR pun nampak macam masih nak kekalkan peranan IPP dalam menguruskan bekalan tenaga elenktrik kepada rakyat ke? Kenapa perjanjian yang di buat ketika zaman Tun Madey ni  tak di mansuhkan terus. Tak pun TNB di ambil alih kembali oleh pihak PR andai berjaya menawan Putrajaya nanti.

Kan ke sudah menjadi tanggugjawab pihak pemerintah untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik  kepada rakyatnya.

Wa amat berharap agar ada usaha untuk mengambil kembali semua badan2 yang dulunya milik kerajaan yang telah di swastakan ketika era Tun Madey bertujuan untuk mengaut keuntungan atas keperluan asas rakyat dan menjadikan kroni2 kaya dalam sekelip mata sedangkan rakyat terhimpit dengan kos bebanan sara hidup yang semakin meninggi. 

4 comments:

  1. Setuju..! Hapuskan segala penswastaan karut marut ini, yang sebenarnya, penswastaan ini, pemimpin sesuka hati guna duit tanpa melalui perbendaharaan so pakat main amik duit tanpa mesyuarat..untuk tujuan politik sebenarnya. Itu lah penswastaan yang di momok kan kepada rakyat...

    ReplyDelete
  2. Dasar penswastaan yang di perkenalkan Tun Mamak Madey ialah dasar membuat untung atas keperluan asas kepada rakyat yang mana kerajaan yang di lantik yang sepatutnya menyediakan sumber asas secara minumun bayaran kepada rakyatnya.

    Bukan membuat untung kerana mau tak mau, keperluan asas terpaksa jugak di bayar oleh rakyat kerana itu yang terpenting dalam keperluan kehidupan.

    ReplyDelete
  3. Apa makna swasta tu? Konon nya segala gala nya cepat, terurus,senang dan memudahkan, itu hanya sebagai retorik untuk menghalalkan penswastaan,penswastaan ini untuk supaya memudahkan bagi pihak atasan amik duit tanpa melalui protokol keewangan,tak perlu melalui perbendaharaan. Yang heran nya setiap kali pasti ada kenaikan contoh terdekat ada lah TOL, TNB,bila ini semua nya naik mula lah harga barangan di pasaran ikut naik. Contoh : Telur Ayam..imagine berapa harganya sekarang? Bertukar PM pasti kenaikan ada, malah beberapa kali harga barangan naik mendadak...kasihan sungguh rakyat terbanyak yang miskin menanggung beban ini. Hidup penuh dengan HUTANG....!!!!Pihak Atasan mana fikir benda macam nie...!

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...