Monday, November 19, 2012

Tak cukup demokratik lagi?

Sebaik tamat pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, saya menjeling ke susur masa twitter. Mencari tweet Obama mengumumkan kemenangan beliau yang dikatakan turut berserta gambar beliau mendakap isteri. Mungkin Romney yang tewas juga mendakap isterinya untuk menenangkan diri. Dengarnya di Malaysia, ahli politik yang kalah atau menang jarang sekali mendakap isteri.

Barangkali ada ahli politik itu tak mampu, bak kata pepatah “Nak peluk gunung tangan tak sampai”. Ada sesetengah pula mahu peluk benda lain. Ingat lagi sewaktu BN tewas di Selangor pada 2008, melompat mereka  ke pejabat pentadbiran cuba memeluk erat fail-fail untuk dimusnahkan. Apa yang ada dalam fail itu, Tuhan lebih tahu.


Belek punya belek ternampaklah tweet Donald “You’re Fired!”Trump yang dulunya pernah kata mahu menjadi calon Presiden. Marah betul beliau dengan kemenangan Obama, atau mungkin keseluruhan pilihan paya Presiden. Dalam amukan beliau di twitter, beliau mengatakan pilihan raya presiden itu adalah penuh penipuan dan Amerika Syarikat bukanlah demokrasi.

Bukan main marah pak cik tu. Tetapi apabila beliau selar Amerika Syarikat bukanlah demokrasi, pedasnya patut terkena pada Malaysia. Ibarat cili api yang ditonyoh ke mulut akibat kuat mencarut. Kenapa?

Kalau Amerika Syarikat itu bagi Donald Trump tidak cukup demokrasi, barangkali beliau akan meroyan mengoyak-ngoyak sut mahalnya jika mengambil bahagian dalam politik Malaysia.

Amerika Syarikat yang memberi peluang setara kepada kedua-dua calon Presiden berkongsi dasar-dasar mereka kepada pemilih dikatakan tidak demokratik. Apa pula jenis pemerinatahn di negara yang parti pemerintahnya berusaha sedaya upaya menutup ruang politik pihak lawan, sehingga pihak lawan terpaksa merayap mencari jalan alternatif seperti tikus di lorong pula?

Calon Presiden cukup gentlemen untuk berdebat membahaskan dasar mereka sebelum pemilihan, dituduh tidak demoktarik oleh Trump. Kepala negara yang tidak berani berdebat (malah memerintah tanpa mandat sendiri) pula pemerintahan jenis apa?

Tetapi mujurlah Donald Trump hidup di Amerika Syarikat. Kalau di Malaysia mungkin beliau akan ditempelak oleh kerajaannya supaya bersyukur. Bersyukurlah dengan demokrasi yang ada, yang lebih baik daripada negara di ceruk Asia Tenggara tu.

Di satu sisi lain, banyak kita boleh belajar daripada melihat perkembangan politik negara lain. Membuka mata kita untuk melihat apa yang boleh kita tambah baik di sini. Dalam kita mengkagumi betapa gentlemen dan matang tindak tanduk ahli politik di sana. Dalam kita mengkagumi betapa politik di sana bermain sekitar isu dasar dan idea, bukan apa di dalam kain batik ahli politik.

Jangan berhenti sekadar kagum dan mengeluh betapa politik Malaysia ini jauh bezanya. Akan tetapi turut sertalah menjadi agen perubahan.

Jadilah sebahagian daripada perubahan yang kalian inginkan.


P/S : Kalau Donald Trump ni kat Malaysia ka, wa berani jamin dah lama dah Mr Donald Trump ni masuk Hospital Tanjung Rambutan. Politik Malaysia lagi gila dari politik Amerika Syarikat  nun...!!!

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...