Thursday, October 25, 2012

Khir Toyo insaf, mohon maaf..

Muahahahahahahahahahaha..

Berkenaan tajuk kat atas tu, 'insaf' wa tak konfom, hanya sebagai penyedap tajuk tapi bab mohon maaf tu konfom betul. Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor yang sedangkan dalam proses rayuan dalam kes salaguna kuasa dalam pembelian tanah telah memohon maaf kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu. Klik sini

Permohonan maaf dari Khir Toyo di mahkamah semalam berpunca dari kenyataan fitnah yang mendakwa Ronnie Liu menghalang pihak berkuasa tempatan bertindak terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi sarang maksiat di Puchong. Tuduhan itu dibuat hanya dia bertanggungjawab ke atas portfolio pihak berkuasa tempatan.

Bayangkan kalau kes ni berlarutan, kemungkinan Khir terpaksa berhadapan pulak dengan kes saman dari pihak Ronnie. Dah la tak ada sebarang jawatan lagi samada dalam kerajaan maupun negeri, di dapati bersalah pulak dalam kes salahguna kuasa. Mana nak cekau duit lagi kalau kena pulak saman lagi kan.. Kan naya jer nanti. So, jalan termudah,minta maaf.

Bagi wa, tindakan Khir ni bijak jugak dalam situasi genting untuk menghadapi pilihanraya. Apa nak malu lagi, dah terdesak kan. Tapi ada jugak cubaan nak cover story kononnya permohonan maaf ini tak akan menjejaskan Umno dan BN Selangor. 

Sapa nak peduli lu punya cakap dah Khir oi!! Kalau dulu, mungkin ada para pengampu yang akan menurut apa saja perintah tapi la ni bila dah hilang segala keistimewaan, tak ada siapa pun yang nak peduli samada lawan mahupun sesama ahli parti Umno lu tu.

Bagi wa, permohonan maaf dari Khir Toyo ini macam cubaan untuk playsafe. Janji dia dapat lepaskan diri dan kurangkan sikit tekanan, konfom apa sahaja dia akan buat. Berbeza sungguh semasa dia di puncak kuasa kerajaan negeri Selangor dulu. Cukup garang dan tak boleh dibantah. Kini, hukum karma beb!!

Tak kisah la apapun, samada ikhlas ataupun tidak permohonan maaf tu. Sekurang2nya Khir Toyo mempunyai keberanian untuk membuat permohonan maaf walaupun berisiko. Walaubagaimanapun ianya tetap akan membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Ini politik, apa saja pun kalau boleh akan di politikan. Tak kira di pihak Pakatan mahupun Umno/BN asalkan ianya memberi political milege kepada pihak berkenaan.

Klik sini, thank you!!



1 comment:

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...