Hujan sepanjang hari petang semalam dan keadaan basah padang Stadium Kelana Jaya,tidak menghalang kira-kira 700 hadirin memeanuhi kawasan konsert 'BERSIH Rocks' malam tadi.
Walaupun kehadiran penonton "tidak seperti yang diharapkan", namun Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata konsert itu sebagai cara untuk "menggelorakan" tuntutan NGO itu yang masih belum dilaksanakan.
"Saya fikir semangat untuk melanjutkan perjuangan itu amat penting. Dan saya datang dengan semangat itu dan akan terus menyalakannya untuk memperjuangkan lapan tuntutan BERSIH," katanya ringkas sebelum mendeklamasikan sebuah puisi.
Konsert itu bertujuan mengingatkan rakyat tentang lapan tuntutan NGO yang masih belum dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekalipun jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) telah mengemukakan syor mereka di Parlimen.
Perkara itu turut dipertegaskan oleh seorang lagi pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga yang mengingatkan kerajaan supaya menunaikan semua tuntutan NGO itu sebelum pilihan raya umum yang ke-13 dan tidak ada sebab untuk tidak menunaikannya.
Dalam ucapan ringkasnya di konsert itu, Ambiga berkata "kecurigaan dan kesilapan" dalam sistem pilihan raya termasuk dalam senarai daftar pemilih wajib dihentikan dan tidak diteruskan.
"Kita mahu mendirikan Malaysia yang (rakyatnya) menghormati agama dan bangsa dan (mahu) Malaysia dinobatkan dengan nilai integriti, ketelusan dan bertanggungjawab.
"Pemimpin (perlu) bertanggungjawab kepada kita, beradab, bersopan dan bertamadun... Lagi cepat mereka sedar, lagi baik. Jangan layan (kita) macam kanak-kanak.
Katanya, konsert itu merupakan satu perayaan untuk mengingatkan rakyat kepada tuntutan mereka melalui seni, lagu, musik dan paluan gendang.
"Kita mahu Malaysia bersih, pilihan raya yang bersih... BERSIH Rock bukan sahaja untuk hari ini, tapi untuk setiap hari," katanya yang disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Kedua-dua pengerusi bersama BERSIH itu seterusnya menerima cenderahati berbentuk baju BERSIH 2.0 dengan kesan tapak kasut FRU dan polis serta kesan darah.
Konsert itu berlangsung dalam dua sesi - petang dan malam - membariskan lima kumpulan muzik independen termasuk penyanyi solo yang menghiburkan dan meraikan hadirin yang rata-ratanya memakai baju dengan warna rasmi NGO itu.
Di luar stadium pula, penganjur turut membuka bazar jualan buku, t-shirt, dan cenderahati dan juga kaunter untuk mendaftar pengundi baru sejak petang lagi.
Antara artis atau kumpulan yang membuat persembahan pada konsert yang bermula jam 8 malam tadi ialah penyanyi blues terkenal Ito, Julian Mokhtar and The Gang, Republic of Brickfields, kumpulan punk rock Dum-Dum Tak, Nik Jidan, Atama dan Ray Cheong.
Penonton kelihatan terhibur dengan persembahan Ito dan kumpulannya yang menyanyikan lima buah lagu antaranya tiga buah lagu 'evergreen' mereka - 'Si Baju Kebaya', 'Oh Mak Siti', dan 'Apo Nak Dikato'.
Hadirin kelihatan bersorak, bertepuk dan turut sama menyanyikan lagu berentak blues itu beramai-ramai dengan mengikut tempo muzik yang didendangkan.
Sebelum itu, penonton turut menari tarian sumazau apabila Atama - penyanyi kelahiran Sabah - menyanyikan beberapa buah lagu yang berentak hip-hop yang 'diadun' bersama rentak tarian itu.
Manakala penyanyi jalanan yang terkenal dengan lagu dan lirik berunsur protes, Nik Jidan turut menyanyikan lagu 'Anak Muda Bernama Teoh' - lagu tema filem dokumentari bertajuk 'Jatuh' yang turut ditayangkan sebelum konsert bermula.
Beliau turut mendendangkan lagu 'Asal Bukan Umno' - juga mengundang tepukan gemuruh daripada penonton yang turut menyanyikan lagu itu bersama Nik Jidan.
Belum bersurai, lapan individu muncul di atas pentas dengan membawa poster tuntutan gabungan NGO tersebut – dengan diiringi persembahan api oleh dua orang anak muda.
Turut hadir memberi sokongan konsert itu beberapa pemimpin DAP dan PKR antaranya dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, dua Exco Kerajaan Selangor dari DAP Ronnie Liu dan Teresa Kok serta dua ahli parlimen Loh Gwo Burne dan Tony Pua.
Sumber : FB Ahli Mesyuarat Tingkap
Live22: A Leading Provider of iGaming Slots
2 weeks ago
Konsert ini mendapat sambutan???? hahahaha
ReplyDelete