Monday, July 9, 2012

Siapa jantan??

Dari hujung tahun lepas sampai pertengahan tahun ni masih belum lagi menampakkan yang PM Malaysia, PM Najib tak berani nak umumkan pembubaran parlimen bagi pilihanraya umum ke 13 diadakan. Dah pelbagai pemberian berupa gula2 piilihanraya telah di beri, namun tahap momentum sokongan kepada Umno/BN yang menerajui kerajaan masih belum memuaskan hati PM Najib dan gerombolannya.


Semakin lama dibiarkan rakyat tertanya2 bila pilihanraya akan diadakan, semakin banyak pendedahan2 yang melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan dan Umno yang telah didedahkan yang menjadikan PM Najib bertambah kecut untuk mengadap YDP Agong bagi memohon perkenan untuk membubarkan parlimen.


Kesedaran yang tinggi dikalangan rakyat menjadi penyebab utama kenapa sokongan yang diberikan kepada Umno/BN semakin hari semakin hilang. Apa saja pemberian akan di terima dengan tangan terbuka kerana rakyat tahu, sebagai seorang warganegara, mereka berhak untuk mendapat bantuan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan yang di pilih oleh mereka sendiri. Apa guna jika kerajaan yang dilantik gagal dalam usaha untuk membangunkan rakyat seterusnya secara otomatiknya akan membangunkan negara. Apa guna jika negara maju sedangkan rakyatnya pulak merempat.

Akibat terdesak dengan momentum kebangkitan rakyat, PM Najib yang mengepalai puak gerombolan terpaksa mengerahkan semua badan berkanun dan pihak berkuasa untuk mengikut telunjuk dan memanipulasi apa sahaja yang boleh memberi kredit kepada mereka. Paling hancur kredibiliti jabatan kerajaan yang telah diperkudakan oleh PM Najib sekarang ialah Suruhanjaya Pilihanraya SPR),  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia(PDRM).


Kewujudan akta2 baru yang dilihat seperti cubaan untuk menyekat kebangkitan rakyat telah di perkenalkan dalam keadaan tergesa2. Akta Perhimpunan Haram, Akta Hasutan, Akta SKMM dan lain2 lagi dilihat seperti cuba untuk menyekat maklumat dari disampaikan kepada rakyat. 


Walaupun diugut dengan pelbagai akta baru, namun ianya masih lagi belum mampu untuk mematikan niat rakyat dalam mencari kebenaran yang sebenarnya. RTM, TV3, Astro. Berita Harian, Utusan dan macam2 lagi akhbar mainstream masih gagal untuk menghasut rakyat untuk membenci Pakatan Rakyat yang akan menjadi pesaing yang paling sengit dalam PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...