Sunday, July 15, 2012

Musa Hassan: Orang politiklah yang banyak merosakkan negara..

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, mengenai polis Cawangan Khas (SB) yang dikatakan hanya memberikan tumpuan untuk memantau aktiviti politik berbanding memerangi jenayah.
“Polis menjaga keamanan dan keselamatan semua dan mana-mana orang yang jaga keselamatan negara, dia perlu memantau.
“Itu bermaksud, pemantauan-pemantauan perlu dibuat bukan sahaja kepada penjenayah-penjenayah, termasuk juga kepada orang-orang politik yang nak merosakkan negara dan yang selalunya merosakkan negara ini orang politiklah” kata bekas KPN itu semasa diwawancara oleh The Malaysian Insider semalam.
Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR baru-baru ini, Dr Wan Azizah turut mempersoalkan tentang mengapa masih belum ada maklumbalas dari Menteri Dalam Negeri tentang persoalan yang beliau bangkitkan minggu lepas.
“Mengapakah pihak SB melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah?
“Rakyat dan PKR akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab,” kata Dr Wan Azizah lagi.
Menurut bekas KPN, ahli-ahli politik tidak kebal dari undang-undang baik dari parti kerajaan mahupun pembangkang.
“Tidak betul dakwaan dia (Wan Azizah) itu, polis memantau semua perkara termasuklah ahli-ahli politik sekali.
“Kalau dia (orang politik) buat sesuatu yang menggugat keselamatan negara, kita (polis) perlu bertindak.
“Orang politik tidak kebal dari undang-undang baik dari pembangkang mahupun kerajaan,” kata Musa lagi.
P/S : Betul kah apa yang di ucapkan oleh bekas KPN ni? Jika betul kenapa Ketua Menteri yang di tuduh merogol budak bawah umur di lepaskan dan pengadu pulak yang di sumbat ke dalam penjara?
Jika benar seperti apa yang di katakan oleh bekas KPN ni, kenapa Menteri yang kantoi bawak duit berjuta2 RM dalam briefcase tak di dakwa atas kesalahan penggubahan wang haram?
Jika benar seperti apa yang di dakwa oleh bekas KPN ni. kenapa semasa dia memegang jawatan kerajaan dulu tiada tangkapan yang di buat terhadap ahli politik berstatus menteri yang melakukan salahguna kuasa dan terlibat dengan rasuah/politik wang?
Dan kenapa semasa dia menjadi KPN dulu tiada tauke2 Ah Long yang di tangkap yang mana di belakang mereka ini ialah dari kalangan ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pemerintah?
Ishhhhh... banyak lagi la kemusykilan yang hingga kini tak terjawap tatkala dia masih berkuasa semasa dalam kerajaan dulu...

1 comment:

  1. masa dia jd berjawatan dlu dia lupa konsep amar makruf nahi mungkar dlm melakukan tugas. bila dimalukan kontrak tak disambung tanpa diberitahu lebih dulu,baru lah tersedar yg diri itu tidak dikahendaki, kesal! muka tak malu!

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...