Laporan dalam Sinar Harian 02hb April 2012 |
31hb Mac yang lepas, wa turut serta bersama2 dengan aktivis2 alam sekitar dari Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAAS) membuat himpunan Selamatkan Teluk Rubiah. Himpunan ni dikira berjaya dengan kehadiran lebih 300 orang aktivis dan penduduk kampung berhampiran yang sayangkan alam sekitar dari dicemari.
Sebelum gerakan ni bermula, kita semua tanpa sedar bahawa tanah di kawasan ini telah tergadai kepada syarikat dari Brazil untuk dibuat tempat perprosesan besi yang terbesar di Asia Tenggara. Dan kita patut berterima kasih kepada aktivis yang menggerakkan gerakan ni.
Semasa perhimpunan tu, dalam hujan yang agak lebat, para aktivis sedikit pun tidak merasa ianya menjadi halangan. Dan seperti biasa, roadblock untuk ke tempat yang dijadualkan untuk perhimpunan tu pun turut diadakan. Wa tak salahkan pihak polis sebab mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Cuma sedikit terkilan apabila ada dikalangan aktivis yang nak ke tempat tu ditahan. Selain dari tu, pihak polis memberikan kerjasama yang amat baik.
Kehadiran pimpinan parti politik dari Pakatan Rakyat termasuk mantan MB, DS Nizar seperti membakar semangat para aktivis dan bacaan sajak oleh Dr Muhaimin Sulam seperti memberi nafas baru bahawa teluk Rubiah mampu di selamatkan. Wa yang ada kat situ pun jadi berkobar2 bila mendengar sajak yang disampaikan oleh Dr Muhaimin tu.
Kat sini wa tempelkan gambar2 yang sempat wa rakamkan semasa perhimpunan tersebut.
pimpinan PR termasuk Adun Tronoh, YB V.Sivakumar |
Vale Corporation yang dah mula beroperasi |
Pintu masuk dihadapan Vale Corporation |
Aktivis dari PSM yang ditahan |
Penganjur@Geng Media Perak |
Para aktivis yang tak memperdulikan hujan |
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??