Wednesday, December 12, 2012

Umno Penang tak reti kira duit...

Umno/BN Pulau Pinang ni tak pandai nak kira ke? Nilai mana yang lebih besar? Kalau dulu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat buat rumah mampu milik yang berharga dalam lingkungan RM72,000, depa melalak mengatakan bahawa harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri terlalu tinggi. Sepatutnya berharga dalam lingkungan RM42,000 sahaja. Boleh klik sini untuk bacaan laporan dari portal berita pecacai tegar Umno.


Tapi baru2 ni PM Najib umumkan pulak jika Pulau Pinang berjaya dirampas kembali oleh Umno/BN dalam pilihanraya akan datang, mereka akan membina rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang melalui syarikat yang di lantik oleh pusat. Yang kelakar tahap kategori lawak nak mamposnya, rumah yang bakal Umno/BN buat ni berharga dalam lingkungan bawah RM200,000 ke RM300,0000. Boleh klik kat sini, jugak dari sumber berita yang pro kepada Umno/BN.

Kalau dah RM72,000 dulu Umno/BN kata rakyat Pulau Pinang tak mampu nak beli sebab terlalu mahal, apakah dengan harga baru yang ditawarkan oleh Umno/BN dengan kadar yang boleh buat orang miskin hilang akal dengan harganya dan mampu pulak rakyat Pulau Pinang untuk membelinya?

Harga mampu milik bagi Umno/BN rupanya dalam jumlah yang melebihi hampir suku juta RM. Memang mampu pun rakyat Pulau Pinang jika camni. Mampu tengok jer la.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Berdegar2 sembang kencang PM Najib yang bila di ajak berbincang untuk penjelasan@debat akan hilang keberaniannya. Menikus tanpa berani membahaskan apa sahaja yang dibentangkannya. Bagaimana kita nak nilai keikhlasan dia andai dia bersikap bacul tanpa berani tampil untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Apapun janji Umno/BN kepada rakyat Pulau Pinang ibarat mencurah air di daun keladi, dah tak meninggalkan bekas dihati rakyat Pulau Pinang lagi kecuali sekumpulan ,mamak2 yang mengaku melayu yang lebih tulen dari melayu asal. Kumpulan mamak2 padukang ni la yang selalu menimbulkan kekecohan bila kehendak mereka tak di penuhi oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Nak tau lagi fakta2 dan kisah2 kerajaan pusat pimpinan PM Najib hasil legasi Umno dok kelentong rakyat Pulau Pinang boleh klik kat sini.



2 comments:

  1. Bhai Madie...

    Lu bukan tak tau yang ahli UMNO Penang tue memang pening... tahap bangang nak mampus... jadi tak terkezut lar.... hahaha

    Itu baru yang kat Penang... belum tengok yang kat Negeri lain... hahaha

    ReplyDelete
  2. Ya juga bah kan di SABAH semasa si PM Najib Melawat Kawasan Pendalaman di Keningau dia ada umum kan RM250 juta untuk menaik taraf kan sistem perpaipan dan perawatan air kepada rakyaat pendalaman,tapi yang lucunya Pengumuman RM 250 juta itu bukan lah sebagai peruntukan pembangunan tetapi di katogarikan sebagai PINJAMAN untuk kerajaan negeri daripada kerajaan pusat,sedang kan SABAH ada lah pengeluar SAWIT yang terbesar dimalaysia,Pengeluar Minyak,banyak sudah cukai yang dambil oleh Kerajaan Pusat dari sabah,betul-betul lah BN ini menipu rakyaat sabah,berapa tahun lah Negeri sabah mahu bayar itu RM 250 juta,kalau 10 juta satu tahun mungkin mencecah 25 tahun baru habis....

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...