Monday, December 31, 2012

Media mainstreams makin cacamarba??

Dah 2, 3 hari jugak la wa tak berblog kerana sibuk dengan urusan kerja dan peribadi. Tapi wa dok jenguk2 FB sekejap2 untuk ikut perkembangan semasa tentang politik negara ni. Yang paling hot sekarang ni kat media mainstream isu amanat Haji Hadi yang di buat pada tahun 1981 nun.

Punya la lama punya kesah kini di korek balik untuk di jadikan modal oleh Umno sebagai salah satu senjata untuk menghadapi pilihanraya yang bakal tiba tak lama lagi sebab tempoh hayat pemerintahan Umno/BN akan berakhir.

Ucapan yang di cetak dan di framekan dikatakan sebagai amanat. Pada zaman tu mana ada media macam la ni. Jadi cetakan dan sebaran melalui risalah jer la yang mampu untuk di jadikan sebagai medium penyampai maklumat kepada orang ramai.

Thursday, December 27, 2012

Ulamak Muda Umno takut???

Ajer nye gila saranan yang di buat oleh orang yang diangkat oleh Umno sebagai ulamak muda ni. Ada ka patut dia suruh Pas keluar dari gabungan yang membentuk Pakatan Rakyat. Harapan untuk menumbangkan Umno/BN selama lebih dari 12 kali pilihanraya umum semakin jelas, takkan peluang tu nak di lepaskan begitu sahaja hanya kerana sentimen perkauman dan bukan agama. Klik sini

Bagi wa perbezaan ideologi antara PAS, PKR dan DAP bukan satu  masalah yang besar dan itu bukan penghalang untuk kerjasama di adakan. Bagaimana pulak kerjasama yang di amalkan oleh Umno yang bergabung dengan parti2 kompenan yang membentuk Barisan Nasional?

Tuesday, December 25, 2012

Penyalahgunaan Facebook Dalam Sindiket Pelacuran

Sindiket pelacuran kini menyalahgunakan laman sosial Facebook bagi menawarkan khidmat haram mereka dengan menyiarkan gambar wanita yang tidak terbabit dalam kegiatan itu menggunakan teknik pertindihan gambar, bagi menarik pelanggan. 
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit. 
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Sunday, December 23, 2012

Umno/BN Selangor mintak maaf??

Manusia ni kalau dah tertekan sangat, akan terserlah la sifat hodoh yang dulu cuba di sembunyikan dari pengetahuan semua lapisan rakyat.

Umno Selangor akhirnya mengakui segala kesilapan dan kemaslahatan lampau yang telah mereka buat di masa mereka memegang tampok pemerintahan negeri Selangor dulu. Ini diakui sendiri oleh penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. Boleh klik sini.

Sunday, December 16, 2012

Wow!! Ayat sedih Berahim Ali. Baru ada akai...

Adakah Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru? Penyandang kerusi tersebut nampaknya tak mau mengalah walaupun dia tak ada parti pun yang diwakilinya pada kali ni. klik sini

Tapi kali ni nada Berahim Ali sedikit berbeza bila dia tahu bahawa bodek macam mana sekalipun tetap jugak tak akan di beri laluan oleh Umno. Jadi ayat2 nak meraih simpati kembali menjadi permainan bila dia yang dilihat terlalu tipis peluang untuk menang dalam  PRU13 ni nanti. 

Saturday, December 15, 2012

Anwar: Peluang cerah PR memerintah, M'sia jauh di belakang negara-negara 'Arab Spring'

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada peluang yang baik bagi Pakatan Rakyat pimpinannya untuk menggantikan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, yang disifatkannya sebagai "autoritarian" dan jauh ketinggalan di belakang kebanyakkan negara-negara Tengah Timur yang baru-baru ini mengalami perubahan rejim kerana rakyat mereka bangkit menuntut berakhirnya pemerintahan yang mengamalkan rasuah dan zalim.
"Kita mempunyai jangkaan yang realistik, saya berani mengatakannya. Dalam pilihan raya 2008, kita telah menang majoriti mudah sebanyak 51% daripada undi. Kita kalah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di kalangan suku kaum pribumi. Sejak 4 tahun yang lalu, kita telah bekerja keras dan dapat menembusi kawasan tumpuan luar bandar …jadi sudah tentu, kemungkinan itu ada, "Anwar berkata semasa temu bual dengan Al Mayadeen TV dari Beirut yang dirakam di Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu dan telah disiarkan pada 12 Disember.

Wednesday, December 12, 2012

Umno Penang tak reti kira duit...

Umno/BN Pulau Pinang ni tak pandai nak kira ke? Nilai mana yang lebih besar? Kalau dulu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat buat rumah mampu milik yang berharga dalam lingkungan RM72,000, depa melalak mengatakan bahawa harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri terlalu tinggi. Sepatutnya berharga dalam lingkungan RM42,000 sahaja. Boleh klik sini untuk bacaan laporan dari portal berita pecacai tegar Umno.

Tuesday, December 11, 2012

Here comes The Mamak..

Dah makin kerap pulak mantan PM Tun Mamak Madey ni interframe dalam situasi politik negara. Kali bukan main lagi dia puji melangit Najib dengan bini keduanya Rosmah Mansor.

Tapi wa rasa Tun Mamak Madey ni ada double meaning kot. Mana tau dia buat lawak sarcastic supaya PM Najib dengan Rosmah berasa lega sikit memandangkan kebelakangan ni mereka begitu tertekan dengan isu kebangkitan rakyat yang mahu menuntut perubahan.

Boleh baca laporan pasai Tun Mamak Madey dok puji melangit PM Najib dan Rosmah kat sini dan kat sini. Tapi dalam masa yang sama Tun Mamak Madey ni tetap berkonfrontasi dengan Pak Lah, pengganti dia yang dia lantik sendiri dulu.

Pemimpin Fighter dan Pemimpin Pengampu.

Kat dalam kedua2 belah pihak samada dari pihak Umno/BN maupun Pakatan Rakyat, ada segelintir pemimpin yang kelihatan terbahagi kepada 2 kategori utama yang akan membarisi kepimpinan negeri kelak. Nak cerita pasal pemimpin Umno/BN yang berjiwa fighter kat sini rasanya tak payah kot sebab nanti akan di katakan promosi free jer pulak. Dah la MediaPerak digelar sebagai ejen Umno/BN bila keluar artikel yang menyesakkan nafas beberapa pemimpin parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.
Dalam PKR paling banyak fighter2 muda yang mampu menyerlah andai di beri peluang tapi apakah pimpinan yang otai akan memberi laluan kepada pemimpin2 muda yang bersifat radikal ni. Cerita pasal Parlimen Nibong yang mana pada mulanya bakal di tandingi oleh CheguBard akhinya bertukar menjadi kerusi yang bakal ditandingi oleh Timbalan Ketua Menteri 2, Dr Mansor Othman. Dah pelbagai acara dan program telah diatur dan di jalankan oleh CheguBard melalui SAMM, akhirnya orang lain yang mendapat labanya.

Monday, December 10, 2012

Najib dan Rosmah..

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...

Apa punya gila tatkala rakyat tengah terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kerajaan Malaysia boleh beli panda untuk tatapan rakyat Malaysia.

Mungkin panda dua ekoq tu simbol Najib dan Rosmah kut. Untuk tatapan anak bangsa bila Umno/BN pupus lepas PRU 13 nanti.

Klik sini

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...




Friday, December 7, 2012

IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun

PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen.


Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus sahaja.

Thursday, December 6, 2012

Pemimpin penipu, pecacai penipu, balaci double penipu..!!

Lagi ulasan wa pasal insiden di Gombak semalam. Barua Umno ni kata penyokong Pakatan yang mulakan dulu dan macam2 alasan lain yang budak tadika Kemas pun tak percaya.

Tak payah la nak buat muka belacan mintak simpati kononnya mereka yang di serang dahulu. Semua dah tau taktik Umno yang sering mendapat liputan media dan perlindungan dari pihak polis.

Bayangkan hingga kini pihak polis masih gagal untuk mengesan barua yang memulakan kekecohan semalam. Tapi wa rasa kalau yang memulakan tu dari pihak Pakatan, dah lama dah kena cekup merempat dalam lokap. Ni disebabkan ada perlindungan politik oleh barua2, maka pihak polis pun buat2 la tak nampak apa yang terjadi semalam sedangkan di sekitar tapak ceramah dah di kerumuni oleh para2 SB yang menyamar seolah2 penyokong Pakatan.

Wednesday, December 5, 2012

Siapa di sebalik Deepak Jaikishan dan Musa Hasan??

Tak pelik ke bila pendedahan demi pendedahan makin kerap di lakukan oleh 2 individu yang seolah2 cuba untuk mensabotaj Umno/BN yang di bawah pentadbiran PM Najib kebelakangan ni.

Wa rasa ada seseorang yang memainkan peranan penting untuk cuba menggagalkan persiapan PM Najib untuk menerajui Umno/BN dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.  

Orang yang paling wa syaki tak lain tak bukan ialah Tun Madey sendiri demi memastikan legasi dia diteruskan pulak oleh anaknya yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan.

Kenyataan Media AMK Selangor berkenaan insiden di Gombak semalam..

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menyelar tindakan biadap dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Gombak yang menganggu ceramah serta mencederakan orang awam yang hadir dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak di Perkarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara , Selangor Darul Ehsan.

AMK Selangor yang beberapa hari sebelumnya telah menerima maklumat bahawa Pemuda Umno Gombak berniat untuk membuat provokasi, cuma menjangkakan itu hanyalah khabar angin biasa yang hanya ingin dicetuskan bagi menghalang orang ramai menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Yb Haji Mohamed Azmin itu. Namun, Pemuda Umno Gombak akhirnya bertindak biadap apabila mula menganggu lalulintas dengan niat mewujudkan kekecohan kepada program anjuran Parti Keadilan Rakyat itu.

Ketua Pemuda Umno Malaysia bodoh tahap tertinggi???

Satu jer perkataan yang sesuai di gambarkan kepada Ketua Pemuda Umno iaitu menantu pak Lah ni, bodoh piang mengalahkan lembu NFC Kak Ijat!!!

Nak tanya kat Ketua Pemuda ni, insiden yang berlaku di Gombak tu semasa program siapa? Adakah program Umno? Nak mintak polis siasat siapa yang memulakan provokasi konon... Poodah!!

Semasa sebuk dengan Perhimpunan Agung Umno yang di paksa supaya rakyat menontonnya sebab disiarkan secara langsung di TV pecacai, tak ada seorang pun penyokong Pakatan Rakyat yang buat kacau di majlis yang penuh dengan segala macam bangsat punya acara. Tapi kenapa bila hanya program ceramah Pakatan, ada segelintir samseng Umno diarahkan supaya membuat kacau.

Tuesday, December 4, 2012

Perkara paling mengecewakan daripada Najib pada Perhimpunan Agung UMNO

Perhimpunan Agung ke-66 UMNO baru sahaja berakhir dengan penuh keyakinan dan tawa gembira, apabila Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin UMNO yang lain mengisytiharkan bahawa UMNO bukan sahaja bakal menang pada pilihan raya umum akan datang, tetapi akan memenangi kembali majoriti dua pertiga dan keempat-empat negeri Pakatan termasuklah Kelantan dan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, manusia hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan.

Proton tak menepati spesifikasi antarabangsa?



Wa bukan nak kondem Proton sebab wa pun pakai kereta Proton jugak tapi bila baca laporan yang kat sini, wa secara otomatiknya terfikir, apakah selama ini pihak Proton tak pentingkan ciri2 spesifikasi antarabangsa.
Bayangkan jika nak menembusi pasaran United Kingdom, pihak Proton terpaksa mempersiapkan model2 kereta Proton agar menepati spesifikasi dan citarasa standard pembeli kereta negara tu.

Dan yang paling penting yang tak di dedahkan, berapakah harga sebuah kereta model Proton yang di jual di negara luar termasuk Australia dan lain2 negara termasuk di UK ni.

Itu yang paling utama dan itu la jawapan yang sangat2 di nantikan oleh rakyat. Apakah lagi alasan tak masuk akal Proton untuk mengenakan harga yang cukup tinggi terhadap rakyatnya sedangkan menjual dengan harga yang cukup murah kepada negara luar.

Apakah ini namanya 'rakyat di dahulukan'? Sendiri mau ingat la geng!!!!!

Monday, December 3, 2012

Umno/BN bakal menang 2/3 majoriti..??

(gambar wa cilok dari Utusan Meloya)


PM Najib dah semangat gila babas punya dengan penuh yakin Umno/BN akan menang 2/3 majoriti dalam PRU 13 nanti. Klik sini.

Apa lagi, bubar la parlimen supaya pilihanraya boleh dibuat dan Umno/BN menang 2/3 majoriti seperti apa yang dia gebangkan tu. Takkan nak tunggu peluang 2/3 majoriti tu hilang macam tu saja kan.

Saturday, December 1, 2012

PAU 2012 membuktikan Najib lebih lemah dari Pak Lah

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf sebanyak 3 kali kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.
"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...