ULASAN Kerana mendedahkan rasuah dan pelbagai salah guna kuasa, Suara Rakyat Malaysia (Suaran) rlu diburu hingga ke lubang cacing.
Itu tulis Penolong Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Berhad Datuk Zaini Hassan.
Bagaimanapun, harus diingatkan, terdapat pelbagai nas daripada al-Quran dan hadis yang mengingatkan manusia supaya tidak terperangkap dengan gejala fitnah.
Firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman! Kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu." (Al-Hujurat, ayat 6)
Selain itu, perkara sama diungkapkan dalam pelbagai hadis, termasuk riwayat Bukhari, Muslim, Abu Hurairah dan Ibnu Abi Dunya.
Berdasarkan perkembangan semasa, Utusan Malaysia perlu memastikan Umno dan BN terus berkuasa dengan memastikan bahawa DAP terus dimomokkan sebagai parti yang bekerjasama dengan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan.
Berkuasa seperti Robocop
Setelah gerakan awal Utusan untuk menguasai minda orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya bahawa DAP itu parti rasis gagal, mereka juga kecundang apabila terpaksa membayar saman fitnah dan memohon maaf secara terbuka atas kepada pemimpin-pemimpin parti itu.
Maka Utusan perlu melaksanakan gerakan baru untuk memalitkan DAP sebagai dalang di sebalik tindakan NGO yang telah lama melaksanakan gerakan menyelamatkan Malaysia dari pemimpin Umno dan BN.
Gerakan-gerakan ini sebenarnya bukanlah baru kerana ia telah dilaksanakan pada pilihan raya umum 1999, di mana pelbagai analisis yang dibuat menunjukkan DAP akan menguasai Pulau Pinang maka tindakan yang dilaksanakan bagi memastikan pengundi-pengundi perlu menolak DAP.
Maka Utusan melaksanakan gerakan dengan memalitkan DAP dengan mengunakan penulisan yang menakut-nakutkan pengundi seperti “KM dengan kuasa”.
Pada masa itu filem RoboCop memang terkenal maka penulisan Utusan terarah, DAP berkuasa maka akan lebih berkuasa daripada Robocop.
Dan ia disusuli dengan gerakan di peringkat akar umbi bahawa sekiranya Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP maka Rejimen Askar Melayu akan memasuki Pulau Pinang, akan diisytiharkan darurat di Pulau Pinang serta pelbagai lagi yang menakut-nakutkan pengundi.
Akhirnya pengundi takut dan menyebabkan DAP kalah teruk di Pulau Pinang.
Walaupun analisis awal menjangkakan DAP dapat menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah antara 16 hingg 19 kerusi, tetapi sebaliknya berlaku apabila hanya memenangi satu kerusi DUN.
Menakut-nakutkan Melayu dengan DAP
Tindakan itu menyaksikan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga kalah dalam pilihan raya tersebut walaupun ramai berpendapat kekalahan itu disebabkan kerjasama DAP dan PAS.
Walaupun ia menyumbang sedikit sebanyak dalam kekalahan DAP tetapi ia bukanlah sebab utama.
Kekalahan sebenar kerana gerakan untuk memalitkan bahawa pemimpin DAP akan lebih berkuasa dari Yang di-Pertuan Agong, sultan dan pemimpin Melayu lain.
Utusan memulakan gerakan ini semula untuk pilihan raya umum ke-13 dengan memulakan gerakan-gerakan bagi memastikan pengundi merasa takut dengan DAP.
Kini DAP bukan sahaja dipalitkan sebagai sebuah parti yang rasis tetapi kini dicop pula sebagai parti yang amat berkuasa daripada PAS dan PKR.
Itulah mainan Utusan untuk mengelirukan pengundi dan pembaca-pembaca akhbar tersebut.Rencana-rencana atau penulisan Utusan pada masa akan datang juga dijangka seangkatan dengan apa yang ditulis oleh Zaini Hassan.
Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=423642851015343&set=a.207211052658525.49548.100001088963570&type=1&ref=nf
Live22: A Leading Provider of iGaming Slots
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??