Friday, July 27, 2012

Syabas: Air punya pasal, bikin kontroversi..


Macam biasa Selangor sentiasa mencetuskan kontroversi. Ini semua gara-gara MB Selangor Tan Sri Khalid yang berjiwa rakyat.

Tak lama dulu kes sampah kat Selangor. Sampai berlonggok-longgok sampah kat tepi jalan di bumi Selangor tak ada siapa nak ambil untuk pergi buang.

Kat Jeram tempat orang tua aku tinggal sampai busuk kat tepi jalan. Alhamdulillah selesai apabila Kerajaan Negeri Selangor ambil alih pengurusan sampah dan bagi kontrak terus pada syarikat-syarikat yang bertanggungjawab untuk mengutip sampah di setiap daerah dalam Negeri Selangor. Sekarang ni dah kecoh pasal air pulak dah.



Dah lebih 50 tahun UMNO/BN perintah Malaysia tak pernah sekali pun terlintas kat benak fikiran mereka nak beri air percuma pada rakyat. Tiba-tiba bila Pakatan Rakyat menang di Selangor, Tan Sri Khalid di lantik jadi MB dan dia umum beri air percuma kepada seluruh rakyat Selangor sebanyak 20 cubic padu maka terperanjat beruk lah seluruh pemimpin UMNO/BN. Macam satu bom dah meletup, maka seluruh pemimpin UMNO/BN fikir habis lah riwayat mereka di Selangor. Memang tak dapatlah UMNO/BN nak tawan balik Selangor. Jadi isu air dan SYABAS ini adalah talian hayat terakhir UMNO/BN untuk tawan semula Selangor dari Pakatan Rakyat.


Orang yang bijak, baik dan bagus macam MB Khalid ni memang ramai orang terutamanya orang-orang UMNO/BN tak suka. Sebab bagi mereka orang macam ni menyusahkan mereka. Tapi orang UMNO/BN ni orang yang baik sesama mereka pun, mereka tak suka jugak. Dulu Selangor ada MB Datuk Harun Idris. Datuk Harun Idris baik serta bagus dan berjiwa rakyat. Datuk Harun dari UMNO berjiwa Melayu jadi dia beri tanah pada orang Melayu, Kg Cheras Baru, Kg Malaysia Tambahan, Kg Baru, Kg Dato’ Keramat, Kg Kongo (Bandar Tun Razak) sekarang ini, semua usaha Datuk Harun untuk bagi tanah pada orang Melayu di Kuala Lumpur. Tapi ramai jugak orang UMNO/BN yang tak suka dengan Datuk Harun walaupun rakyat terutama orang Melayu suka dengan Datuk Harun. Mereka fitnah dan bantai Datuk Harun macam-macam sampai Datuk Harun jatuh. Ramai orang Melayu terutamanya rakyat Selangor yang kecewa.


Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan orang nya baik hati, bagus,warak dan berjiwa rakyat. Orang UMNO/BN tak suka jugak. Mati kutu puak-puak UMNO/BN kat Kelantan sebab mereka tak boleh nak buat apa-apa dan nak cilok apa-apa yang patut pun mereka tak dapat. Tapi rakyat Kelantan suka dengan Tok Guru malahan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum suka dengan Tok Guru. Orang yang berjiwa rakyat memang lah rakyat suka.


Kesimpulannya UMNO/BN ni memang tak suka dengan orang yang bagus, baik hati dan berjiwa rakyat kerana bagi UMNO/BN orang spesies ini semua nya menyusahkan mereka. Bagi UMNO/BN mereka lebih suka dan terlebih gemar dengan orang yang jahat, zalim dan suka menyusahkan orang kerana orang-orang macam ni senang mereka nak pegang dan kawal. Kalau nak apa-apa pun senang sebab mereka sehaluan dan dah sama-sama jahat.


Tapi aku percaya dan seluruh rakyat Selangor pun percaya MB Khalid, Insyallah akan berjaya juga selesaikan isu air kat Selangor ni. MB Khalid ni aku tengok dia ikhlas berjuang untuk rakyat dan tak nak apa-apa imbuhan sebab dia pun rasanya semua dah ada dan dah cukup. Macam Tok Guru Nik Aziz dia tak nak apa-apa kat dunia ni dan bagi Tok Guru semua nya dah cukup untuk dia dan keluarga nya di dunia ini. Mereka ni lah pemimpin yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan ALLAH. Tak lah macam pemimpin UMNO/BN yang sentiasa tak pernah cukup. Akhir sekali aku cadangkan MB Khalid anjurkan solat hajat peringkat Negeri mohon pada ALLAH terutamanya pada bulan Ramadhan ini supaya air Selangor, ALLAH bagi pada rakyat Selangor bukan pada UMNO/BN dan kroninya.


Sumber : Beban Negara

Wednesday, July 25, 2012

KTMB : Promosi Umno/BN yang dah nak lingkup..


Memang terdesak tahap kritikal dah Umno/BN kali ni. Sampaikan kat keretapi pun depa pulun habis tampal iklan macam iklan along nak cari pelanggan. Dah tu bila di tanya, melenting pulak koordinator BN Selangor ni..


Kalau orang dah tanya, jawap jer la. Takkan tu pun nak marah kot. Dah memang menjadi tugas wartawan untuk bertanyakan soalan. Kalau tak tanya, nanti kata fitnah pulak.


Persoalan yang ditanya, iklan itu tajaan siapa? Itu pun susah nak jawap. Bukan main senang lagi dia alihkan isu ni kepada Presiden KTMB. Yang si presiden ni pun baik jugak dia punya tipu muslihat. Kalau nak tanya soalan, boleh emailkan kepada dia. Nanti dia jawap melalui email. Kan ke bangang jugak tu.


Mungkin bila dah di email, soalan tu boleh di rujuk kepada kuasa yang lebih atas. Baru jawapan tu dianggap relevan sebab dah mendapat kelulusan dari pihak atasan untuk menjawapnya. Ke kena mintak restu dari laki PM Najib dulu, jika di perkenankan, baru boleh di beri kepada wartawan yang bertanya.


Yang paling wa heran, program dibuat di stesen KTMB, kurma yang di beri kepada orang ramai pulak tertera logo BN. Yang ni program KTMB ke program Umno/BN? Duit yang digunakan pulak duit KTMB ke duit Umno/BN? ehhhhhh!!!! Umno/BN ada duit ke??


Lu orang boleh rujuk kat sini dan lu orang nilaikan la sendiri betapa terdesaknya kini puak2 gerombolan..

Tuesday, July 24, 2012

Apa fungsi sebenar SYABAS?

Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.
Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.

Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.

Segala infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.

Oleh kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja SYABAS.

Apabila tiba waktu untuk membayar hutang, SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar hutang Tan Sri Rozali Ismail.

Pada waktu yang sama, Tan Sri Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.

Secara ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.

Seperti kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.

Hebat hebat.

Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.

Syukurlah Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Segala usaha Tan Sri Rozali untuk menaikkan tarif air telah ditolak mentah-mentah. 



Sumber : Laksamana Bukit Bintang

Saturday, July 21, 2012

Rakyat jangan salah pilih pemimpin, kata Najib

Tengah wa dok merayap dari pages ke blog2, akhirnya wa 'tersinggah' la dekat sini. Wa terjumpa artikel ucapan hebat dari Najib. So, wa copypaste la kat blog ni. Bukan senang wa nak sekali sekala puji PM Najib yang hebat dan cemerlang ni.


Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih pemimpin kerana boleh mengakibatkan keamanan negara tergadai sekali gus menyebabkan rakyat hilang nikmat untuk melakukan ibadat.


Perdana Menteri gambar berkata pemimpin sedemikian yang beliau sifatkan sebagai tidak berakal akan memporak-perandakan negara selain meragut kemakmuran rakyat yang dikecapi pada hari ini.


“Kalau kita salah pilih pemimpin dengan meletakkan orang yang tidak kena pada tempatnya maka nikmat kemakmuran itu mungkin terlepas dari kita “


Setakat orang itu baik sahaja itu belum cukup kerana ada orang yang cuba menampakkan dia baik tapi dia sebenarnya tidak baik ” katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada 57 buah masjid dan 170 buah surau di Parlimen Pekan sempena Ramadan di sini. 


Beliau berkata pemimpin yang berakal dan cemerlang adalah pemimpin yang berkemampuan untuk mentadbir negara membuat dasar-dasar negara menjana kekayaan dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar.


Mengambil contoh pemimpin yang tidak berakal, Najib berkata perkara itu dapat dilihat ketika Perhimpunan Bersih 3 0 pada 28 April lalu yang membawa pelbagai kesusahan kepada negara dan rakyat kerana sikap keras kepala dan kurang ajar pemimpin pembangkang.


“Ketika Perhimpunan Bersih 3 0 dulu sudahlah buat angkara dalam negara iaitu secara tidak aman yang paling parah buat demonstrasi di Tanah Haram di depan Masjid Nabi dan depan Masjidil Haram yang hampir mengakibatkan kuota haji kita ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi “


Kenapa pemimpin ini tidak guna akal. Kenapa Tuhan bagi akal dia tak guna. Kenapa semata-mata sebab politik dia sanggup melakukannya di tanah suci ” katanya.


Najib berkata tindakan bodoh pembangkang itu hampir menyebabkan jemaah haji Malaysia yang menanti sehingga 10 tahun untuk menunaikan haji terlepas peluang beribadat.


“Akhirnya yang perlu selamatkan keadaan adalah kerajaan saya kerana kita ada hubungan yang baik dengan Raja Abdullah dengan menggunakan saluran tertentu untuk jelaskan keadaan Alhamdulillah kuota haji kita tidak terjejas ” kata beliau. 


Najib dalam pada itu menyeru supaya rakyat mengambil barakah bulan Ramadan dengan memperbanyakkan melakukan amal ibadat dan jariah — Bernama.


Lu orang tengok dan baca ke pesanan dari PM Najib ni. Dia mintak supaya rakyat bijak untuk memilih pemimpin. Apakah dia masih lagi belum lagi sedar bahawa kesilapan memilih pemimpin itu telah lama berlaku. Tapi yang paling dahsyat, kesilapan kini yang terbeban di bahu rakyat dengan memilih seorang pemimpin yang masih belum berpendirian dan takut untuk berhadapan dengan rakyat dalam masa terdekat ni.


Malang bagi Malaysia jika benar seperti banyak dakwaan bahawa segala keputusan berkaitan dengan pentadbiran berada di tangan bini nya. 


Nampaknya PM Najib masih lagi terkesima dengan kesan yang di tinggalkan oleh BERSIH 3.0. Wa pelik bila kerajaan melalui SPR menolak dengan keras tanpa di bawa berbincang padahal usul yang hendak di perbincangkan itu adalah perbincangan untuk penambahbaikan sistem pilihanraya negara. 


Dan bila di pilih untuk di adakan di jalanraya, itu akan memalukan PM Najib. Bukan bantahan setakat di dalam negara, paling Najib terkezut bila bantahan terhadap dia di lakukan hingga ke kota London malah semasa dia sedang berucap, para penyokong BERSIH 3.0 bersorak hingga dia terpaksa meminta, merayu supaya mereka diam.


PM Najib ni sembang boleh la, pesan supaya rakyat jangan tersalah memilih pemimpin. Dia sendiri pun bukan contoh pemimpin yang baik, lagi mau kata kat orang lain. Sekecil2 tugas pemimpin untuk memimpin institusi keluarga dia pun hancur, negara pulak nak di pertaruhkan? Sorry beb!! Next PRU, the whole system kena tukar, bukan setakat pemimpin dan parti politik sahaja.

Hutang Malaysia berpotensi jadi bom jangka??


Hutang Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421 billion menunjukkan risiko fiskal bahawa sekiranya ekonomi negara ini tidak diuruskan secara berhemah, ia boleh mencetuskan keadaan ekonomi yang teruk, kata pakar analisis ekonomi hari ini.


Mereka berkata sementara hutang kerajaan yang kini berada di paras 54 peratus dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang kedua tertinggi di Asia, tidak akan memberi impak kepada ekonomi negara dan kadar kredit setakat ini, tetapi bakal memberi keadaan yang tidak menentu kepada pasaran global, sekaligus bakal menjadi risiko untuk pelbagai isu dalam masa sekarang.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berkata tidak akan membenarkan hutang kerajaan mencecah 55 peratus KDNK, kerisauan ini meningkat apabila pinjaman yang disokong pihak kerajaan mula dipinjam dan sudah meningkat kepada 65 peratus KDNK, iaitu melebihi dari paras selesa bagi sesetengah penganalisis.
Ketua penganalisis ekonomi RAM Ratings, Yeah Kim Leng berkata bahawa sementara hutang Malaysia dianggap sebagai sederhana, ia juga perlu berhati-hati dalam kemungkinan kadar hutang mula melintasi “angka tertinggi” disebabkan terlalu banyak kos pinjaman.
“Sentimen pasaran yang tidak menentu boleh jadi sangat menyukarkan,” kata Yeah.
“Jika sentimen pasaran tidak memihak kepada Malaysia, ia boleh menyebabkan kadar pinjaman menjadi terlalu tinggi dan pelabur akan menarik kembali modal keluar”
Beliau turut menambah sekiranya pengurusan dilakukan secara berhemah, maka hutang negara akan menyebabkan daya tahan ekonomi negara semakin lemah jika mempunyai kejutan ekonomi kuat seperti kegawatan ekonomi pada hari ini.
“Ini bukan hanya soal pertumbuhan ekonomi, tetapi kemampuan ekonomi untuk bertahan,” katanya lagi.
Menurut angka yang diberikan dalam Laporan Ekonomi dari kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa hutang negara telah meningkat dua kali ganda dalam masa kurang dari lima tahun, dari RM247 billion pada tahun 2007 kepada anggaran RM421 billion kepada tahun 2011, dengan pendapatan hanya meningkat kepada 31 peratus atau dari RM140 billion kepada RM183 billion dalam tempoh yang sama.
Sebagai perbandingan, dari 2001 hingga 2005, kadar hutang hanya meningkat dari RM121.4 billion kepada RM189 billion, peningkatan hanya 56 peratus.
Pinjaman yang disokong kerajaan meningkat secara mendadak dari tahun 1985 hingga 2010 iaitu dari RM11 billion kepada RM96 billion, peningkatan 8.7 peratus setiap tahun.
Cheong Kee Cheok, penyelidik senior dari Universiti Malaya di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran berkata bahawa hutang negara yang kini 55 peratus KDNK tidaklah begitu membahayakan jika dibandingkan dengan Greece, akan tetapi dia membayangkan bahawa hutang akan terus meningkat.
“Peningkatan kadar hutang sepanjang tahun-tahun ini sangat merisaukan dan setakat ini, saya tidak nampak sebarang kesungguhan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan walaupun kadar sumber pendapatan tidak berkembang. Ini kerana kita mempunyai Petronas,” katanya lagi.
Wan Saiful Wan Jan, ketua eksekutif dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata senario politik memainkan peranan mengapa Malaysia terus bergelut dengan hutang yang meningkat.
Dia menegaskan bahawa perbelanjaan defisit adalah “perkara yang tidak sepatutnya”, melainkan kerajaan cuba memikirkan jalan terbaik untuk menangani hutangnya.
Hanya sedikit sahaja tindakan dari pihak kerajaan untuk menanganinya kerana ahli politik hanya sibuk menunggu pilihan raya akan datang.
“Ahli politik akan menggunakan wang untuk mereka memenangi pilihan raya,” tambahnya lagi.
Dia bukan sahaja mengkritik kepada pentadbiran Najib tetapi mendapati janji Pakatan Rakyat lebih teruk lagi.
“Pakatan Rakyat berkata mereka boleh membiayai perbelanjaan dengan menghapuskan rasuah, tetapi jika mereka mahu bertanggungjawab, mereka harus tahu bagaimana untuk membayar hutang bukannya menutup ruang untuk perbelanjaan,” katanya lagi.
Rekod fiskal kerajaan sudah mula menunjukkan impak kepada keyakinan pelabur disamping menunjukkan kelemahan atas mata wang negara serta peningkatan pengeluaran bon kerajaan.
Walaupun kerajaan Malaysia menawarkan pendapatan lebih dari Singapura atau Amerika Syarikat, pelabur terus menarik balik pelaburannya dan menyebabkan nilai ringgit jatuh dalam beberapa minggu ini.
Negara dengan kadar kredit yang kuat seperti Switzerland menawarkan pendapatan yang tinggi kerana kekuatan ekonominya, manakala negara seperti Itali dan Sepanyol mempunyai masalah kerana mempunyai risiko yang tinggi.
Walaupun Malaysia tidak dalam kategori seperti Sepanyol dan Itali, keadaan menunjukkan pelabur lebih banyak menukarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika dan Singapura dalam masa ketidaktentuan walaupun Sekuriti Kerataan Malaysia (MGS) menawarkan 3.4 peratus keuntungan berbanding 1.5 peratus bagi bon kerajaan Singapura dan Amerika Syarikat dalam masa 10 tahun.
Ini bermakna para pelabur masih ada keraguan terhadap kemampuan Malaysia untuk membayar balik hutang serta pengeluaran matawang asing seterusnya menjadikan matawang ringgit jatuh dalam masa 14 tahun berbanding dolar Singapura dan nilai matawang semakin merosot.
Dengan kedua-dua hutang dan perbelanjaan defisit antara yang tertinggi di Asia berbanding KDNK, ia akan menjadi lebih sukar bagi kerajaan mengurangkan perbelanjaan, sama ada meningkatkan cukai atau memotong perbelanjaan, tindakan yang semuanya tidak menjadi popular di kalangan rakyat.
Penyelamat ekonomi Malaysia ialah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara disamping pendapatan dari minyak dan gas.
Pendapatan dari hidrokarbon bagaimanapun diancam dengan harga yang tidak menentu kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil.
Sekiranya berlakunya lagi krisis ekonomi global, tidak dapat dipastikan bagaimana ruang fiskal dalam pentadbiran Najib dapat melakukan tindakan merangsang ekonomi kerana terikat dengan perbelanjaan defisit dan sentiasa dibelenggu dengan hutang.
Satu lagi isu ialah hutang RM96 billion akan terus meningkat dalam masa akan datang dan ada laporan menganggarkan peningkatan ini mungkin meningkat ke RM100 billion dalam beberapa tahun akan datang.
Malah, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga terpaksa mengurangkan perbelanjaan hutangnya, dengan menjual RM2.5 billion bon Islamnya untuk membiayai lebih banyak perbelanjaannya untuk peningkatan para pelajar ke universiti.
Skim PTPTN walaubagaimanapun berada dalam keadaan kontroversi dimana hanya 84 peratus pelajarnya membayar balik pinjaman setakat Februari tahun ini.
Untuk ketika ini, para pelabur masih lagi mahu membeli bon dari kerajaan Malaysia untuk digunakan untuk pembangunan negara.
Persoalan samada harga petroleum terus turun, atau kadar defisit yang masih lagi tinggi, dan kenaikan kadar liabiliti mungkin akan mengganggu keyakinan mereka.

Sumber : The Malaysian Insider

Thursday, July 19, 2012

Chedet tanya, apa bukti dia diktator??

Wa copy pastekan laporan dalam Malaysiakini cerita tentang Tun Madey yang bertanya kat orang ramai apa bukti yang mengatakan bahawa dia adalah seorang diktator, sama seperti beberapa diktator yang akhirnya tumbang di Timur Tengah. Tapi dalam ruangan komen, tak ada pulak satu komen pun. Wa nak komen, kena login dulu. Pakai password pulak. Kena create akaun kat situ baru boleh komen ke wa pun tak tau.


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan tinjauan ke atas pengunjung blognya untuk mengenalpasti sama ada beliau dilihat sebagai seorang diktator.

Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc/blog itu meminta pengunjung menyatakan perkara yang telah dilakukannya sehingga disamakan dengan sifat dan perbuatan seorang diktator.

"Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi perdana menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator?"
NONEKatanya, beliau sebelum ini menerima banyak gelaran termasuk "Mahazalim" dan "Firaun" yang dicipta oleh musuh politiknya.

Malah perkara itu juga sering ditanya oleh orang yang tidak bermusuh dengannya.

"Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator," katanya.

Mahathir seterusnya meminta pembaca membandingkan dirinya dengan beberapa bekas pemimpin negara lain yang pernah merangkul gelaran sama, termasuk bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang didakwa membunuh beribu ahli Ikhwan Muslimin dan mengumpul harta kekayaan yang besar.

"Musuh Mubarak tidak dibenarkan berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa bicara dan dihilangkan," katanya.

Mahathir berkata, tiada kebebasan bersuara atau akhbar bebas di bawah Mubarak dan jawatan presiden itu tidak pernah ditandingi orang lain selama 30 tahun Mubarak menjadi presiden.

Mahathir juga membariskan nama bekas presiden Romania Nicolae CeauÅŸescu, bekas pemimpin Libya Muammar Gadaffi serta bekas presiden Iraq, Saddam Hussein.

Tidak ketinggalan, pengasas parti Nazi Jerman, Adolf Hitler yang pernah bertanggungjawab mendirikan pemerintahan kuku besi di negara itu.

"Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator?," soalnya lagi. 



Kat bawah ni wa copy pastekan beberapa komen2 yang ada kat dalam Malaysiakini dari komentar2 yang mahu menyatakan atau menjawap balik pertanyaan yang telah di lontarkan oleh orang ramai..


Agak2 korang, komen yang macam gini boleh lepas masuk tak ke dalam blog Tun Madey??



Nurul Ashikin ·  Pengulas Tertinggi · Bekerja di Allah SWT

1. Kawal kebebasan media. Sepatutnya media harus dibiarkan bebas menulis tanpa kawalan dari kerajaan. Baik suratkhabar mahupun tv.

2. Kawal kakitangan kerajaan. Sepatutnya kakitangan kerajaan diberikan hak untuk memangkah sesiapa sahaja yang mereka sukai meskipun bukan calon dari bn.

3. Kawal pemikiran politik pelajar. Sepatutnya pelajar diberikan sepenuh kebebasan untuk melibatkan diri dengan mana2 parti sekalipun. Hak mereka selaku rakyat malaysia dan kebebasan untuk menyokong.

4. Bentuk persepsi negatif ke atas kelantan. Sepatutnya bn hormati sahaja keputusan rakyat kelantan memilih pas selama 23 tahun untuk mentadbir kelantan. Tetapi apa yang bn buat ialah semai kebencian 13 negeri lain ke atas kelantan sehingga benih2 kebencian itu menjadi jitu hasilnya wujud puak2 yang benci kelantanese tak tentu pasal.

5. Bentuk persepsi negatif ke atas pembangkang. Sepatutnya bn berlapang dada menerima perbezaan dalam berpolitik. Katakan jika PR fitnah, maka perjelaskan bahawa itu fitnah. Jika PR bawa isu yang relevant, terima dan bincangkan kelemahan bn. Bukan tutup kesalahan dan fitnah PR supaya PR dilihat jahat dan biadap.

Andai diberikan ruang, masa dan kesempatan, nescayalah lebih dari ini lagi aku boleh menulis. Dahulunya aku juga salah seorang yang mengkagumi mahathir, dulu2 sebelum aku nampak apa yang ada disebalik topeng. Oleh kerana aku dah nampak, maka segala kekaguman itu lenyap. Apa yang tinggal hanyalah respect, tetapi kagum? Maaf, sudah tidak mampu kerana aku tidak mahu mengidolakan penipu.

Basir Parto ·  Pengulas Tertinggi · Un. Putra Malaysia
Memang jalankan pemerintahan secara kuku besi dan zalim.buktinya 3 TPM dipecar cara yg tersusun, Ketua hakim di pecqt juga cara tersusun, Mufti di pecat cara tersusun juga, kuasa raja di kurangkAN...ertinya semua yg boleh menandingi kuasa PM .Mahadir akan laksanakan pemecatan dan pengurangan kuasa, kuasa mutlak hanya pada PM mamak Kutty...

Lurus Bendul ·  Pengulas Tertinggi · umur 47 tahun
Nazi Hitler menbunuh Yahudi !! Mahatir menbunuh mamali!!!.... tak mengunakan Tempoh bertenang!! .. tiada SOP, tiada ISO, taida Safety & health !! dalam isu mamali!!!

Ammierto Bangi ·  ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
Jutaan tahniah kepada Tun kerana anda kini berada dalam senarai bersama Benito Mussolin, Adolf Hitler, Idi Amin dan Francisco Franc. Tentu sekali senarai ini diketuai oleh Firaun.

DzulSharif Dzul ·  Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi
Diktator bukan hanya membunuh, tapi bertindak kejam kpd musuh poltik juga diktator....hanya dia sahaja yg betul pun pemikiran diktator juga..malaysia rosak bermula zaman MAMAK la hingga kini sukar nak pulih...diteruskan olh lintah2 darat seterusnya...

ترمذي حسن ·  ·  Pengulas Tertinggi
zaman mahathir 1981-2004

1) Pembunuhan penduduk Memali
2) Operasi Lalang
3) Perpecahan Umno baru dan SM46
4) Pemecatan Ketua Hakim Negara, campur tangan madey dalam keputusan dan pelantikan hakim.
5) Operasi IC di Sabah.
6) Menindas dan menyekat pembangunan di Kelantan.
7) Menghapuskan imuniti Raja2 Melayu.
8) Pemecatan TPM Anwar Ibrahim dengan mereka2 kes2 salahlaku seks. Pepecahan kali 2 Umno.
9) Menyekat dan menukar Royalti Minyak Terengganu kepada Wang Ihsan (1999-2004).
10) Menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan anak2nya.
11) jenayah yang paling besar menghalang pelaksanaan Hukum Hududullah daripada dilaksanakan di Kelantan (1993) dan Terengganu (1999).

Mohd Sharmizan ·  Pengulas Tertinggi · Sek men keb guar perahu
Tun adalah org baik hati, lemah lembut, rajin, bijaksana, peramah.. Tun dah puas ati..?? Ok, lani Tun jgn dok merepek bnyak sgt.. p lah buat ibadat bnyak sket.. kubur dah pggil 2...

Perlu seimbang antara undang-undang dan privasi media sosial

Kepentingan memelihara kedaulatan undang-undang dan privasi media sosial perlu mempunyai keseimbangan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf hari ini.

Beliau berkata sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi pihak berkuasa menjalin kesefahaman lebih mendalam dengan penyedia media sosial dan memahami dasar komersial yang mendasari penggunaan aplikasi media sosial.
NONE"Malaysia amat prihatin tentang jenayah yang dilakukan dan perbuatan mengenepikan undang-undang kerana kepandaian menggunakan aplikasi Internet dan media sosial kadangkala boleh mencipta 'kelubung anonimiti'.

"Kelubung anonimiti ini boleh mencetuskan pelbagai masalah sosial seperti perbuatan membuli dan mengganggu melalui alam siber.

"Malangnya, tidak ada cara difinitif untuk mengira jumlah kes ini kerana kita tahu bahawa bukan semua mangsa melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa, dan bagi yang membuat laporan pula, mereka jarang mendapat pembelaan secara undang-undang kerana unsur anonimiti yang terdapat dalam Internet.

"Oleh itu, penjenayah siber sering terlepas begitu saja daripada kesalahan yang mereka lakukan," katanya ketika merasmikan Forum Meningkatkan Keberkesanan dan Keselamatan Media Sosial ITU-Asean di sini.

Kamaruddin berkata ruang siber bukanlah tempat yang bebas daripada undang-undang, kerana perkara yang menjadi kesalahan di luar talian juga merupakan kesalahan di dalam talian.

"Begitu jugalah, undang-undang yang terpakai dalam dunia fizikal, juga terpakai dalam dunia maya," katanya.

Beliau berkata kini jumlah pengguna Facebook merangkumi antara 3.2 peratus hingga 58.8 peratus penduduk di 10 negara anggota Asean.

"Saya percaya peningkatan jumlah pengguna media sosial di rantau ini akan mendorong penyedia media sosial bersikap lebih responsif terhadap isu yang dihadapi negara anggota Asean, terutama dalam menguatkuasakan undang-undang kita masing-masing," katanya.

Forum dua hari itu memberi fokus terhadap pelbagai aspek penggunaan media sosial, daripada segi kesannya terhadap kehidupan seharian dan peranannya dalam komunikasi risiko dan krisis, hinggalah kepada mendepani cabaran berhubung kawal selia dan pendekatan.

Selain penggubal dasar dan pengawal selia dari 10 negara anggota Asean, forum dua hari itu turut disertai wakil daripada industri, golongan akademik dan penyedia media sosial dari seluruh rantau ini.



Sumber : bernama


P/S : Baca dan faham betul2 apa mesej yang cuba untuk di sampaikan tu? Amaran ke atau ugutan?

Wednesday, July 18, 2012

Khidmat samseng diperlukan untuk memastikan kemenangan Umno/BN??

Walaupun kita sekarang ini hidup di zaman serba maju, namun masih ada lagi rakyat kebanyakkan yang masih lagi berpemikiran seperti orang yang tak bertamadun dan bermaruah. Maruah cukup murah, hanya sekadar sekeping duit bernilai RM 50 dan sehelai T-Shirt. Itu nilai yang dibayar bagi mengupah seorang samseng.


Yang samseng ni pulak, langsung tak pandai nak menilai apakah tindakan yang dibuat itu betul atau salah disisi agama dan undang2.


Perkara begini bukan lagi baru malah dah berulang kali terjadi, namun pihak berkuasa bertindak seperti ada double standard. Ada beberapa siri serangan berbentuk fizikal ketika Pakatan Rakyat mengadakan program siri2 ceramah di seluruh negara. Boleh klik kat sinisinisinisini dan jugak sini. Itu hanya beberapa siri serangan yang di laporkan oleh media bukan mainstreams. Ada siri2 yang lain yang tidak di laporkan dan jugak tak sempat wa nak copy dan link kan dekat sini.

Wa dah naik meluat tengok kan tingkah laku si samseng yang hanya bertujuan untuk mewujudkan suasana kurang selesa di kalangan rakyat. Ugutan untuk menakutkan rakyat andai terlintas dalam hati untuk mencuba berubah angin dengan memangkah Pakatan Rakyat boleh terbantut andai terpengaruh dengan ancaman yang dibuat samseng. Kononnya negara akan huru hara andai berlaku peralihan kuasa dan melayu akan kehilangan kuasa adalah satu bentuk dakyah yang berniat jahat hanya kerana takut pekung yang lama terperam dalam akta OSA di bongkarkan andai kuasa sudah tiada lagi di genggaman.


Jika dulu, pihak Pakatan atau pembangkang hanya ada Kelantan untuk dijadikan bench mark kecekapan pentadbirannya tetapi kini sudah ada 4 buah negeri lagi yang boleh dijadikan bench mark ketelusan dan kecekapan pentadbiran malah telah menjadi negeri2 yang terbaik dari semua segi aspek pentadbiran nya. Ini diakui sendiri dalam Laporan Audit negara yang lalu.


Dari sudut ekonomi dan pentadbiran, nyata Umno/BN tidak mampu untuk menyaingi Pakatan, jadi senjata fitnah dan samseng digunakan bagi menjatuhkan pihak lawan. Terbaru ada laporan dari blog yang pro Umno mendedahkan terdapat skandal liwat ke 3 yang akan  di gemparkan dalam masa terdekat ni. Umno tak serik2 dengan permainan lucah membabitkan mahkamah. Apakah Umno benar2 ketandusan isu untuk menyerang Pakatan Rakyat hinggakan isu yang rakyat muak dan jijik ini bakal di pertontonkan kembali menerusi pelakon yang baru tapi masih menggunakan skrip yang lama?

Dr M mula mencabar Najib: Sijil KTAR hanya untuk undi BN??

Melayu bodoh telah disebabkan kumpulan etnik utama tunduk kepada tuntutan-tuntutan kumpulan minoriti, yang termasuk pengiktirafan kerajaan terhadap sijil TARC (Kolej Tunku Abdul Rahman), kata bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Dia berkata pengiktirafan itu adalah untuk mendapatkan undi daripada orang Cina yang secara tidak langsung seolah - olah mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, bahawa populariti nya sudah merundum. Apakah pendirian MCA atau Gerakan terhadap kenyataan ini apabila UMNO menjangka kedua-dua pihak untuk menyampaikan undi bagi orang Cina untuk BN?
Adakah Mahathir yang sekian lama bertapa di UMNO sedar apakah perasaan ribuan pelajar miskin yang belajar di TARC?Mereka merupakan pelajar yang tidak mendapat tempatdi mana-mana institusi pengajian tinggi awam di negara ini.
Kenyataan Mahathir bukan sahaja menyakiti hati orang Cina tetapi juga telah meletakkan Najib dalam keadaan serba salah. Najib tahu bahawa Mahathir mampu melumpuhkan karier politiknya.
Kenyataan tidak bijak Mahathir ditambah pula sikap berdiam diri Najib, hanya akan menjadi euforia sementara bagi MCA. Graduan KTAR tidak boleh terlalu yakin bahawa sijil mereka kini akan diiktiraf tanpa pertelingkahan akibat perbezaan pendapat daripada puak-puak ekstrim UMNO. Ia sebenarnya adalah gimik pilihan raya oleh Najib untuk mengumumkan "berita baik" untuk KTAR, yang kini telah bertukar menjadi "berita buruk" untuk MCA.
Untuk mengiktiraf sijil KTAR akan mengambil masa yang panjang dan tidak mungkin akan selesai pun selepas pilihan raya. Ia mungkin tidak akan menjadi kenyataan apabila pelbagai alasan boleh direka-reka kemudian untuk menafikan pengiktirafan ini.
Malangnya, pengiktirafan dan menarik semula pengiktirafan kolej-kolej adalah cara UMNO menafikan peluang kaum minoriti dalam pendidikan dan peluang pekerjaan dengan kerajaan. Pada tahun 2005, kerajaan Malaysia menarik semula pengiktirafan terhadap ijazah perubatan CSMU (Crimea State Medical University).
Pada masa itu, terdapat kira-kira 1118 pelajar Malaysia yang mengikuti kursus di pelbagai peringkat di universiti dan mereka kebanyakannya dari kaum bukan Melayu.
CSMU dikenali dengan pendidikan berkualitinya dan setakat ini telah menghasilkan lebih 50 000 graduan perubatan yang telah mendapat pekerjaan di seluruh dunia.Mereka telah memenuhi standard sekolah perubatan dengan nisbah satu pensyarah kepada 10 orang pelajar dan dengan fakulti dan kemudahan kelas pertama.
Tidak ada tempoh tangguh yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada CSMU, tetapi, Universiti Malaya telah diberi notis lima tahun sebelum penarikan semula pengiktirafan ijazah perubatan oleh Majlis Perubatan Am United Kingdom pada awal 80-an.
Penolakkan pengiktirafan CSMU memberi gambaran tidak baik kepada kerajaan Malaysia, kerana ia memberi kesan kepada ribuan rakyat Malaysia yang kebanyakannya bukan Melayu belajar di universiti yang mantap perubatan ini.
Kemarahan dan kekecohan tentang pengiktirafan sijil KTAR adalah lagak ngeri publisiti politik untuk pilihan raya. MCA berharap akan memenangi undi kaum Cina dengan "pengesahan" oleh Najib. Tetapi ‘Bos tua’ telah tampil ke hadapan dan mengambil langkah dengan memanggil orang Melayu bodoh kerana mempertimbangkan untuk mengiktiraf sijil KTAR.
Dia adalah tidak lain bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir yang dilaporkan telah berkata bahawa Melayu "bodoh" kerana mahu mengiktiraf sijil TARC. Kenyataan itu menunjukkan semangat fobia kaum sekaligus sikap perkauman, dan tamparan kepada Najib dan MCA.
Ia bukanlah suatu yang bijak bagi seorang lelaki yang telah memerintah negara selama 22 tahun sebagai PM untuk membuat satu kenyataan yang bersifat perkauman yang keji dan tidak masuk akal. Tetapi ini adalah skim tipikal politik untuk mendapatkan sokongan Melayu pada UMNO dan dalam kes ini untuk menafikan KTAR apa yang sudah sekian lama sepatutnya menjadi hak mereka. Kenyataan yang cukup keji dari bekas seorang PM dan apa pulak pendirian Najib di atas isu ini?
Najib dilihat sebagai PM yang lemah dan juga terkenal kerana dasar flip-flop. Dia takut jika Mahathir berubah fikiran terhadapnya sama seperti apa yang dilakukannya kepada Abdullah Badawi, Perdana Menteri kelima negara. Kemungkinan besar, Najib akan mengikut kata Mahathir. Apa tidaknya, PM "de facto" sekarang ialah Mahathir dan bukan Najib!
Mahathir sebenarnya menarik tali menguasai Najib sehingga dia menjadi bisu. Isu pengiktirafan KTAR, telah menjadi penipuan politik dan MCA hanya perlu duduk dan menonton drama ini sehingga ke penghujungnya.
"Kenyataannya yang tidak matang dan sama sekali tidak rasional datang daripada seorang bekas Perdana Menteri negara yang telah memerintah selama 22 tahun membuat rakyat memandang rendah kepadanya," kata seorang pengundi Cina. Dia tidak layak untuk bercakap bagi mana-mana pihak pada usia sebegitu, "katanya.
Tetapi orang Cina tidak bodoh sama sekali. Orang Cina tahu bahawa rancangan kerajaan untuk mengiktiraf sijil KTAR adalah tidak lebih daripada helah untuk membeli undi. Setelah selesai pilihan raya, seluruh isu akan disapu di bawah karpet.
Semua drama ini hanya membuktikan bahawa di bawah BN, dasar pendidikan sentiasa ditentukan oleh politik UMNO. Ini telah bertambah buruk sejak 1981 apabila Mahathir mengambil alih sebagai PM.
Orang Melayu bukanlah "bodoh" tetapi pemimpin mereka telah menjadikan mereka fikir bahawa mereka memang "bodoh". Orang Melayu hari ini sudah bijak. Terdapat juga orang Melayu yang berpendapat selepas 55 tahun merdeka, tiada kolej atau sekolah-sekolah di negara ini perlu diwujudkan untuk satu-satu kaum sahaja.
Mereka bukan hanya mahu bersaing dengan bangsa mereka sendiri tetapi dengan pelajar kaum lain juga dalam bidang pendidikan.
Generasi Melayu sekarang sudah keluar dari kepompong lama yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka kini mudah memahami apa yang dilakukan ke atas mereka oleh UMNO.Mereka pandai, pintar dan telah mencapai kemajuan berfikir sejak merdeka.
Retorik perkauman yang hina dan pertelingkahan angkara Mahathir telah menunjukkan bahawa dia tidak pernah menjadi seorang pemimpin yang ikhlas. Ini semua adalah kepura-puraan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai PM sehingga ke hari ini.
Atas sebab inilah selain UMNO, terdapat sekurang-kurangnya dua parti-parti politik lain yang mewakili mereka sekarang, PAS dan PKR. Mereka inginkan perubahan yang UMNO tidak boleh berikan kepada mereka.
KTAR telah ditubuhkan pada 24 Februari 1969 dengan sokongan Persatuan Cina Malaysia (MCA). Kolej yang beroperasi dengan subsidi daripada Kerajaan Malaysia sebanyak 50 peratus untuk perbelanjaan modal, 50 peratus lagi ditanggung oleh Pemegang Amanah. Kerajaan sememangnya patut memberi subsidi kepada Kolej kerana orang Cina juga membayar cukai pendapatan.
Kolej ini telah dinamakan selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman, musuh politik Mahathir pada suatu masa dahulu.
KTAR tidak mempunyai kuota kemasukan dan terdapat pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik. Pelajar Cina yang miskin, Melayu, India dan Orang Asli juga turut belajar di Kolej ini. Ia bukanlah sebuah institusi Bumiputera sahaja seperti UiTM. Hartawan Cina, Melayu dan India tidak akan menghantar anak mereka ke KTAR.
Hanya golongan miskin yang akan masuk ke institusi ini kerana yuran pengajiannya yang murah. Mengapa perlu Mahathir bersikap begitu terhadap pengiktirafan sijil KTAR?
Mahathir memang anti kepada kaum Cina kerana dia mempunyai tanggapan bahawa dengan mengiktiraf sijil KTAR ini akan memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar Cina untuk mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan.
Adakah terdapat sebarang perbezaan di antara perakuan yang dikeluarkan oleh universiti awam dan KTAR? Mengapa hanya graduan dari universiti awam sahaja yang mendapat pekerjaan dengan kerajaan? Ini jelas merujuk perkauman dan diskriminasi. Walau bagaimanapun, adakah dia sedar bahawa graduan KTAR lebih berminat untuk bekerja di sektor swasta daripada mengharapkan pekerjaan dengan sektor kerajaan?
Mahathir boleh yakin bahawa kebanyakan orang Cina tidak akan peduli untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam di negara ini, kerana terdapat peluang yang sangat tipis kepada mereka untuk berjaya.
Apakah Mahathir tidak pedulikan perasaan golongan miskin di kalangan bukan Melayu? Orang-orang Cina yang miskin tetapi berkelayakan telah dinafikan tempat di universiti dan kolej awam telah memberi peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran mereka di KTAR. Begitu juga dengan orang Melayu yang mendaftar di UiTM.
Tahukah dia bahawa pemegang diploma KTAR adalah yang paling dicari oleh sektor swasta berbanding dengan pelajar diploma dari kolej-kolej lain di Malaysia?
KTAR mempunyai reputasi, kerana inilah kebanyakan graduan mereka diperlukan dan dimahukan dalam sektor swasta. Kebanyakan syarikat menggaji graduan KTAR kerana prestasi kerja yang cemerlang. Mereka terbukti mempunyai budaya kerja yang baik, disamping boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Malah, permintaan bagi graduan ini begitu tinggi sehingga ramai yang telah direkrut oleh syarikat walaupun belum mendapat keputusan peperiksaan akhir lagi. Ramai yang telah pergi untuk melanjutkan ijazah mereka dan kini bekerja di sektor swasta yang ditubuhkan di dalam dan luar negara.
Diploma Lanjutan KTAR dalam Sains, Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan dan Diploma Lanjutan Perdagangan diiktiraf amat sesuai untuk melanjutkan Ijazah Kepujian di Sheffield Hallam University UK dengan kredit. KTAR telah banyak mengadakan hubungan kerjasama dengan universiti-universiti di UK termasuk Sheffield Hallam University, Liverpool John Moores University dan Birmingham City.
Tidak boleh dinafikan, graduan KTAR sememangnya berkualiti. Pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu mendapatkan pendidikan di tempat lain telah mendapatkannya di KTAR dengan bantuan beberapa orang kaya Cina dan juga kerajaan. Tetapi sekali lagi Mahathir fobia yang orang Melayu tidak boleh bersaing dengan Cina dalam bidang pendidikan.
Apa yang telah dilakukannya sebagai Perdana Menteri di negara ini selama 22 tahun untuk memajukan orang Melayu? Dia tidak berfikiran praktikal kerana menganggap orang Melayu berfikiran lembap dan inilah yang telah mencacatkan sistem pendidikan di negara ini.
Dasarnya yang menyempitkan pemikiran orang Melayu di institusi Melayu sahaja telah menjadikan ramai orang Melayu yang telah lulus tanpa mampu bersaing dengan kaum lain dan mereka akhirnya mencari pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Ramai graduan Melayu tidak mampu untuk menguasai bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.
Inilah merupakan dilema orang Melayu pada hari ini yang disebabkan oleh pemimpin UMNO, terutamanya Mahathir. Jika pemimpin UMNO telah melakukan sesuatu yang cukup untuk orang Melayu, mereka tidak perlu bimbang jika kaum minoriti akan mengatasi keupayaan majoriti dalam pendidikan.
"Ia adalah dasar pendidikan UMNO yang gagal dan memberi malang kepada orang Melayu," kata seorang pendidik tempatan.
Mahathir, bagaimanapun, tidak perlu menabur fitnah kepada orang Melayu sekarang. Masyarakat Melayu pada masa ini tidak perlu mengeksploitasikan hak majoriti mereka untuk mengukuhkan kuasa atas sebab-sebab yang mementingkan diri sendiri. Tanggapan ramai orang Melayu terhadap UMNO adalah rasuah dan kekurangan akauntabiliti dari segi kewangan yang telah melemahkan daya saing negara.
Ia bukan lagi politik Melayu lawan Cina, tapi politik bagi kumpulan-kumpulan Melayu yang sudah bijak pandai. Adalah lebih baik jika Mahathir fokus untuk berdiskusi tetang endemik rasuah yang telah melumpuhkan UMNO dan bukannya membazirkan masa mempolitikkan pendidikan.
Pada zaman Mahathirlah rasuah dan penyalahgunaan kuasa mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan sebelumnya. Dia sebenarnya telah merosakkan UMNO sehingga tidak boleh dipulihkan semula.
Orang Melayu sekarang juga boleh melihat standard pendidikan yang jatuh pada hari ini. Ia semua akibat dasar flip-flop UMNO yang telah merosakkan kualiti pendidikan, beberapa ahli politik yang lebih berminat dalam agenda peribadi mereka sendiri daripada masa depan negara. Mahathir malangnya masih berada pada zaman lampau dimana orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Dengan majoriti yang memegang kuasa tidak bermakna bahawa mereka akan didiskriminasi oleh kaum minoriti. Jika Mahathir masih anggap bangsa Melayu hanya boleh kekal melalui dasar pendidikan yang mediskriminasi, maka dia telah gagal memajukan orang Melayu setelah 22 tahun tempoh pemerintahannya.
Mahathir tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Beribu-ribu pelajar miskin yang bijak di Malaysia yang tidak mendapat tempat di universiti dan kolej awam yang dimiliki oleh kerajaan kerana "faktor bangsa" telah mendapat tempat di KTAR dan beberapa kolej swasta yang lain.
Mahathir tidak perlu bimbang. Orang-orang Cina tidak akan mengambil kerja yang dimaksudkan untuk orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Mereka cukup berdaya tahan untuk terus hidup. Mereka hanya memerlukan pendidikan supaya mereka boleh berdiri di atas kaki mereka sendiri.
Begitu sahaja, Mahathir telah memanggil Melayu "bodoh". Tetapi dialah lelaki yang telah melemahkan bangsa Melayu dengan melaksanakan dasar pendidikan yang memutarbelitkan menyempitkan orang Melayu dalam institusi Melayu sahaja. Mahathir tidak boleh digelar sebagai seorang yang bijak dalam arena politik di negara ini. Dia mencipta UMNO Baru dan juga menyebabkan orang Melayu berpecah-belah.
Rasa ingin tahu di kalangan kebanyakan orang Melayu sama ada Mahathir adalah seorang Melayu yang sebenar menjadi persoalan yang paling utama dalam hati kecil mereka.
Ramai yang tahu semasa dia memasuki sekolah perubatan di Raffles Institution, Singapura dia menyatakan dirinya dalam borang permohonan sebagai berbangsa "India". Anehnya, dia kemudiannya telah berubah menjadi seorang Melayu demi politik dan kini berpura-pura menjadi lebih Melayu daripada orang Melayu yang sebenar.
Apabila dia mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun 1981, dia mahu menjadikan Malaysia lebih hebat berbanding Singapura tetapi dia tidak mempunyai kebijaksanaan dan intelektual serta kepintaran sebenar untuk berbuat demikian. Dia juga gagal untuk mengubah pemikiran orang Melayu.
Mahathir telah menjadi duri dalam daging bukan sahaja kepada orang Cina tetapi bagi seuruh rakyat di negara ini.Kenyataan bersifat perkaumannya mengenai isu sijil KTAR telah menyakiti hati ramai kaum Cina. Orang Melayu juga turut tidak gembira.

Kaum India tuntut janji Najib belum ditepati..



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menunaikan segera tiga janjinya kepada kaum India baru-baru ini.
Pengarah Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, tiga janji itu meliputi pembinaan pusat kebudayaan dan kereta kabel di Batu Caves yang diumum Najib April lalu serta pembinaan pusat membakar mayat dalam Parlimen Kapar.
“Najib tidak perlu cakap Jelajah Janji Ditepati kalau tiga janji inipun gagal ditunaikan. Itu tidak termasuk isu kad pengenalan merah kaum India lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapar.
Beliau juga simpati dengan Najib kerana terpaksa mengimport Perdana Menteri India, Manmohan Singh ke Little India setahun lalu semata-mata bagi menarik kehadiran kaum itu ke program berkenaan.
“Ini semua tidak menjadi kerana berdasarkan kajian dan gerak kerja turun padang kita (KEADILAN), kaum India solid bersama Pakatan Rakyat dan sebab itu, program BN di Little India malam ini terpaksa dirasmikan Najib sendiri selaku pemimpin Umno dan bukan MIC.
“Berbanding di Kampung Baru yang dirasmikan timbalannya, yang juga pemimpin Umno dan di Jalan Petaling pula oleh pemimpin MCA,” tegasnya.
Beliau mengulas pelancaran bulan “Kibarkan Jalur Gemilang” di Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street malam ini oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Jelas Manikavasagam, rakyat kini mahu Malaysia dipimpin parti pelbagai kaum yang mementingkan keadilan untuk semua, bukannya parti politik berteraskan perkauman sempit yang menjadi amalan Umno BN selama ini.
“Sebab itu, kaum India menolak slogan ‘Nambikei Najib’ yang bermaksud kepercayaan Najib, tetapi yang kami mahu ialah ‘Uramai’ yang bermaksud berikan hak kami,” tegas beliau.
Sumber : keadilandaily
P/S : Kalau masih ada lagi yang percaya dengan tipu helah Umno/BN untuk memastikan mandat tetap di tangan mereka tak tahu nak kata apa lagi dah..
50 tahun lebih dah di beri peluang, rakyat harus membuat penilaian dan option yang bijak dalam membuat pilihan. Jangan biarkan minda masih di takuk lama dan tidak mampu untuk berfikir.
Beri peluang kepada Pakatan Rakyat pulak untuk membuktikan kemampuan mereka dalam urusan pentadbiran negara.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...