Wa hanya sebagai pemerhati sesambil hulurkan bantuan sekadar yang termampu ni tengok bermacam2 gelagat dan karenah manusia sepanjang musibah ni melanda penduduk kat kawasan tu.
Dan yang paling mencuri perhatian wa bila berbagai2 agensi bertungkus lumus menghulurkan bantuan termasuk dikalangan parti politik dan NGO2 yang ada kat Malaysia ni. Bagi wa kalau la sifat ni boleh diteruskan tanpa perlu ada musibah yang melanda kan lagi bagus.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNyC7P7uVJCtXmvgrJhuUJeOXCIwhKmG0MsnPFTRG2OkRj9ilBxbgOzvE5-Pj89kHbwJeRn-y5Mz98osb34-Y5qGzbwEYGPCi-F7htd2-IoRf7X9_xlaFVRXNgVF1ZoSIu1U3R8tn1d_k/s200/amal.jpg)
Cerita yang disampaikan kat wa ialah bagaimana geng2 Umno/Perkasa ni tak tahu macam mana nak agihkan barang tu. Jadi Pemuda PAS dan Unit Amal memberi idea dan tunjuk ajar bagaimana bantuan tu boleh di salurkan.
Dalam menghadapi musibah ni pun ada hikmahnya bila mana musibah ni boleh menjadi pengerat kerjasama dan mengenepikan buat sementara waktu permusuhan ideologi. Dan kredit wa bagi kat Unit Amal PAS, Pemuda Umno/BN (walapun banyak pengarah dari yang buat kerja), Dapsy dan NGO2 yang terlibat. AMK wa tak perasan pulak ada ke tidak. Mungkin AMK low profile sampai tak nampak kelibat mereka semasa banjir ni.
Disebalik kerjasama yang memberi sedikit keceriaan kepada penduduk ni, masih wujud golongan manusia yang suka mengambil kesempatan atas bencana yang melanda. Banyak jugak barang2 berharga yang hilang termasuk sebuah Perodua Viva yang lesap entah kemana. Hilang dibawa arus atau di 'ghaib'kan oleh seseorang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguKKgSR6woIc8q9lhxOquw_ZA2mYlwQO66-2ufye-WxprpgcnHZp1hwQwXFBn-5f2YLoFg8CmKHWdfP9d3svoblGSSVdTocx19h7sP_uzZTcx6iuDhn_Aol4v5l18rS8sE4J0GSLq7-8E/s200/nizar+motor.jpg)
Semalam Adun Chenderiang dan Adun Air Kuning melawat penduduk dan diikuti pada sebelah petangnya pulak MB Umno, Zambery Kadir turut melawat penduduk. Lawatan hanya dekat pusat pemindahan sementara saja la.Tapi YB2 dari Umno/BN tak mampu nak tandingi kehebatan MB Pakatan Rakyat, Haji Nizar Jamaluddin bila mana dia hadir dengan menaiki motosikal bersama isterinya.
Bukan setakat melawat mangsa banjir sahaja malah turut sama ber'main' air dan lumpur banjir. YB2 dari Umno/BN siap berpayung bagai. Bagaimana mereka nak rasai apa yang dialami oleh penduduk kalau tak turut sama dalam banjir tersebut kan?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6uS-KBQXrY2jaRfW3r4NUVapkTb482rvKD5apGNQcm46-LgJm0Oia-okPAH1sTejla6wPSC2IlmY2V2Du4PUqHmT3Gwcr0g7EnnMfuR3KDMV1VXOh5i42VVFSiOsrjdlcEu6fji7b8oU/s200/nizar2.jpg)
Wa memang salute habis la kat Haji Nizar sebab betul2 membuktikan yang dia seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Malah wa rasa dia jer la MB pertama yang datang ke kawasan bencana bermotosikal bersama2 dengan isteri dia. Dan sememangnya jawatan MB tu akan tetap kekal untuk dia selepas PRU 13 nanti. Insya'allah..
asalamualaikum bro. terima kasih krn ke blog saya. saya mmg sedia bertukar-tukar link. bantu saya macam mana nak linkkan blog kwn2 diblog saya dan linkkan blog saya diblog org lain.harap dapat membantu. baru berblog. belum pandai
ReplyDeleteemail saya atimuda@gmail.com
ya sokong hj Nizar diangkat kembali jadi MB Perak.
ReplyDeleteRakyat Perak rugi teramat rugi dibawah pentadbiran sekarang.
Mat salleh kata " If BETTER possible GOOD is not enough ".
cerita yg berlegar di kalangan mangsa yg tidak ke pusat pemindahan.Pemimpin kerajaan berlegar di sekitar pusat pemindahan.Utk glamour kata mreka.Tp pujian bnyk di tuju kn kpd MB Nizar dn petugas PR.Mreka ke rumah mangsa utk mnyampai kn bantuan dn membantu membersih kn rumah.Itu yang terkesan di hati mangsa
ReplyDelete