Friday, May 3, 2013

PRU13 : FIKIR LOJIK PANGKAH PAKATAN!!!!!!!!!!!


Saya sudah cakap kerajaan persekutuan punya kuasa pelbagai termasuk polis, tentera, mahkamah, keselamatan, pendidikan, kastam, spr, petroleum dan sebagainya dan paling penting kuasa persekutuan ialah WANG DISATUKAN alias tabung negara.

Kuasa yang melibatkan AKTA juga kuasa persekutuan melalui 2/3 parlimen, jadi untuk kuasai yang di atas kena menangi 112 kerusi MP di parlimen dan suara majoriti cipta AKTA mesti 144 kerusi MP. Ini hakikat dan orang kampung ada yang tak tahu dan bila tak tahu, senanglah mereka kena tipu parti lokal konon mudah keluar Malaysia atau kerajaan perintah sendiri. Ini KARUT dan AUTA.

Makanya berulang kali saya ingatkan, rakyat jangan sampai ditipu/tertipu oleh parti2 lain yang menjanjikan pemerintahan sendiri melalui cakap2 karut dan bohong semata.

Parti lain selain BN atau parti dalam PAKATAN tidak akan dapat memerintah Sabah atau Sarawak sebab tidak bertanding keseluruhan election DUN dan peringkat Parlimenpun hanya di bawah/sekiuat 25 kerusi, lalu bagaimana mencapai 112 kerusi MP untuk ke parlimen? Fikirlah!

Yang bakal perintah kerajaan persekutuan hanyalah BN atau PAKATAN (Pas, Dap dan Pkr) sebab kedua parti ini sahaja yang bertanding semua 222 kerusi MP dan parti lain tidak dan adalah KARUT dan AUTA yang lain kata bakal ubah pemerintahan kalau menang.

Jadi, sekali lagi saya katakan hanya dua sahaja, iaitu BN atau PAKATAN dan kerajaan BN memang jelas merosakkan negara, maka tiada lain pilihan hanyalah PAKATAN dan kerana itulah maka undilah PKR, PAS atau DAP untuk perubahan ketara.

Menang saja PAKATAN, minyak turun harga, pinjaman PTPTN hapus, manakala negeri pengeluar minyak akan dapat 20% royaliti dan kemudian akan menubuhkan syarikat “gas dan oil” di negeri masing2 yang sekurangnya negeri akan dapat sekitar 80% dan apakah ini tidak banyak?

Penubuhan Syarikat dan Oil akan segera menafikan share2 anak Mahathir dll yang sekitar 50% di Petronas dan Sabah 5%, kerajaan persekutuan 5% dan PETRONAS sekitar 38% dan selebihnya syarikat anak Mahathir.

Makanya undilah PAKATAN sebab hanya pakatan akan membawa kemakmuran dan kalau BN jadi pilihan maka lihatlah orang asing akan berbondong datang dan kita serta anak2 akan merempat dan ketika itu jangan salahkah yang memperjuangkan hak orang tempatan.

Salam dan pastikan 6hb kita punya kerajaan iaitu kerajaan PAKATAN.

SABAH
3/5/2013

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...