Dan NGO BERSIH pun mintak SPR buat demo penggunaan dakwat kekal ni kerana ianya terbukti tak berkesan. Apakah ada sesuatu dibelakang tabir berkenaan isu terbaru ni? Dan apa tujuan SPR pada mulanya berkeras bahawa penggunaan ini benar2 dakwat kekal?
Senang cerita, maknanya pengundi awal yang dah mengundi tu secara selamatnya boleh mengundi buat kali kedua kerana dakwat yang sepatutnya kekal seminggu tanggal dalam beberapa minit saja. Dan jugak bermakna seperti pendedahan dalam FB (sini), pengundi tersebut selamat untuk mengundi di 3 tempat berasingan tanpa perlu risau akan tertangkap kerana dakwat yang digunakan sebagai bukti bahawa pengundi tersebut telah pun membuang undi telah tanggal setelah dicuci dngan hanya menggunakan sabun.
Dan alasan yang di beri oleh SPR berkenaan isu ni memang langsung tak boleh diterima. Alasan petugas tidak menggoncang botol dengan betul bukan 1 alasan yang konkrit untuk menghilangkan keraguan pengundi terhadap ketelusan SPR.
So, masih boleh diharapkan lagi ke untuk SPR berlaku telus dalam proses pengundian kali ni. Tu belum kira lagi lain2 agensi dan GLC yang memberi amaran awal kepada staff2 mereka supaya memberi undi kepada BN, terutamanya MARA yang terlepas dari sebarang tindakan kerana melanggar peraturan2 dan akta pilihanraya.
Isu poster dengan bendera jangan cakap la. Yang dipasang oleh BN, semuanya tak ditanggalkan tetapi kalau dari pihak PR, pelbagai alasan dan karenah yang terpaksa di hadapi. Bendera parti yang tak bertanding tak boleh kibar la, calon yang tak bertanding tak boleh tampal la, billboard Mat Tyson tak boleh pasang la dan macam2 lagi. Tapi muka bekas PM Najib, tak bertanding di semua kawasan boleh pulak di pasang. Tun Madey yang tak ada kena mengena dengan pilihanraya bebas pulak berkempen untuk calon feveret dia. Tak langgar ke peraturan pilihanraya kali ni..???
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??