Thursday, May 2, 2013

Kami Semua MiloSuam!!!!!

Wakakakakaka! 

Nampak gayanyer, SPR seakan cuba sedaya upaya mereka untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) by hook or by crook.... Semua cara dah dibuatnyer... Adakah ini Pilihanraya Umum paling "bangsat" dalam sejarah Malaysia.....?

Penipuan demi penipuan dibuat dan direkacipta semata-mata untuk memberikan kemenangan kepada BN....... Gelombang ABCD (Asal Bukan Cap Dacing) memang menerujakan.... disana sini rakyat marhaen bersedia untuk menolak Barisan Nasional.... yang bodoh dan bangang sahaja yang masih kekal bermentalitikan Cap Dacing..... walaupun dikala sistem imperial ditukar dengan sistem metrik .....

Semalam seorang blogger pro-rakyat telah ditahan atas kesalahan mendedahkan "cakap berbelit" pengerusi SPR ....siap dengan fakta dan bukti.... tetapi hanya dengan dua laporan polis (satu daripada laporan polis tersebut dibuat sendiri oleh polis) ... berdesup tindakan diambil untuk menahan blogger tersebut (MiloSuam).... yang lagi lawak tue... siap dikatakan MiloSuam ingin lari keluar negara dengan menaiki kapal terbang.... walhal penangkapan berlaku di Tesco Setia Alam....

Jadi.... kepada semua blogger, facebooker, twitterer .... sila gerakkan usaha supaya massa amik tahu dan amik berat tentang kepincangan dan salahlaku SPR dalam PRU13.

Contoh paling utama salahlaku SPR aderlah dengan mengarahkan PBT untuk menurunkan bendera dan lambang parti yang tidak bertanding dalam PRU13 ... yang nampak sangat tidak adil dan berat sebelah... Bila ader bendera PAS atau DAP yang diturunkan... atas alasan kawasan itu hanya PKR sahaja bertanding... walhal... bercambah bendera UMNO tercacak merata tempat... sedangkan UMNO tidak bertanding,.... hanya BN sahaja bertanding.... maka sepatutnya bendera UMNO juga dicabutkan..

Admin ... seperti biasa.... akan bertindak mendedahkan lagi banyak salahlaku dan penipuan terancang SPR dalam memenangkan BN pada PRU13 nih... dan Admin takkan berganjak atas perkara nih.... Sorang blogger kedalam... tidak bermakna terputusnya pendedahan salahlaku dan penipuan terancang SPR,...... Kami semua MiloSuam... 

KAMI SEMUA MILOSUAM.... SOLIDARITI UNTUK MILOSUAM. 
INI KALILAH..!



No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...