Wednesday, May 29, 2013

Janji ditepati, janji dicapati...

keh keh keh keh keh keh keh...

Baru padan muka!!! 

Memang janji ditepati tetapi dicapatikan dulu. Perlaksanaannya pulak akan dibuat pada tahun 2017 nanti. Akan dibuat bila tempoh mandat yang di cilok sekarang ni dah hampir tamat. Baru perlaksanaan penurunan harga kereta akan dikaji dan dilaksanakan. Klik sini.

Sedangkan jika mandat diberi kepada Pakatan Rakyat, bukan setakat harga kereta, tetapi macam2 tawaran menarik lain yang mungkin kebenarannya telah dimanipulasi dengan isu ketuanan melayu kepada penduduk di kampung2 yang menyebabkan rakyat dikampung2 bukan menolak tetapi termakan dengan mainan politik ketuanan melayu ciptaan Umno. Tapi nak kata orang melayu tolak Pakatan, tak jugak bila statistik peratusan pengundi melayu melebihi 50% yang mengundi Pakatan Rakyat.

Dah la GST akan dikenakan malahan ada sesetengah syarikat dah mula pun mengenakan GST kepada pelanggannya. Ditambah pulak dengan perlaksanaan AES yang ditentang hebat oleh rakyat. Kajian kenaikan tarif elektrik dan macam2 perkara yang pasti akan menghimpit hi8dup rakyat kelak.

Paling wa tak tercapai dek akal fikiran waras wa, bila janji BR1M dengan kadar RM1200 yang menjadi bualan utama orang2 kampung. Dia orang tak terfikir dengan mendalam ke maksud yang cuba di sampaikan oleh Najib. Memang betul kadar BR1M dinaikkan sampai RM1200 tetapi pengagihannya memakan masa sampai 5 tahun. Bukan sekaligus dia nak bagi RM1200 tu. Berperingkat2 sampai ke jumlah tu. Kena tipu lagi la orang kampung..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Dah la menang pun dengan cara 'menipu', ditipu nya pulak orang kampung. Bukan sekali kena tipu tapi dah berkali2. Minda orang kampung ni susah sikit nak di kembangkan. Masih berfikiran dengan cara lama. Masih mudah di pengaruhi hanya dengan umpan wang ringgit. Berbeza pulak dengan minda orang2 cina, mereka mudah menerima info dan mengkaji mana yang lebih membawa kebaikan kepada negara berbanding dengan yang membawa kerosakan. Walau umpan dengan apa sekalipun..






No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...