Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme.
Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata.
Sementara sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial, dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata.
Al Quran menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya:
“Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu).”
Adalah jelas penentang Islam terdiri daripada golongan kaya yang korup dan mengamalkan rasuah, dan mengelak dari keseimbangan kelas.
Allah berfirman lagi dalam ayat 34 surah Saba’, maksudnya; “Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: Seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”.
Ini menunjukkan bahawa konfrontasi antara para nabi dengan kumpulan lawannya adalah bukan sahaja konfrontasi antara iman dengan kekufuran, tetapi juga konfrontasi antara dua kelas sosial iaitu kelas tertindas dan kelas penindas.
Dalam hal ini al Quran merujuk kaum penindas sebagai mustakbirun dan kaum tertindas sebagai mustadafin. Perjuangan antara mustakbirun dan mustadafin ini akan terus berlangsung dan kaum mustadafin akan menjadi juara lantas mewarisi muka bumi ini.
Allah berfirman dalam surah al Qasas ayat 5, terjemahannya: “Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)”.
Hakikat bahawa Islam memihak kepada kaum kecil adalah jelas. Dalam hal ini kami ingin merujuk kepada kata-kata Dr Burhanuddin Al-Helmy, antara tokoh terawal Parti Islam Se-Malaysia tentang keintiman sosialisme dan Islam:
“Kerana dasar ideologi politik itu daripada Al-Quran dan Sunnah, maka cita-cita negara Islam itu boleh dikatakan cita-cita ‘negara theocracy’; sebagai membandingkan negara theocracy Islam itu nyata bukan cara ‘theocracy’ yang difahamkan Barat.
Jika teori sosialisme dan komunisme primitif itu menghendaki collective maka masyarakat primitif itu juga adalah ‘theocracy’; hal ini terbukti dalam sejarah. Maka Islam ada jua theocracy collective, atau theocracy sosialisme.”
Profesor Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, as Syahid Hassan al Banna juga kerap menegaskan bahawa Islam sangat dekat dengan sosialisme, sehingga beliau menyebut; “As a Muslim, I am close to socialism.”
Jika Islam memilih untuk melawan mustakbirun dalam kalangan korup, maka demikianlah juga yang diinginkan oleh sosialisme.
Hal ini misalnya terlihat pada kata-kata Pengerusi parti PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim bahawa sosialisme berhasrat untuk menentang ekonomi mencerut dan bersiap untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari bencana ketamakan kekayaan seandainya sistem lapuk dan jahat ini runtuh;
Sesungguhnya persamaan yang menonjol antara Islam dan sosialisme sangat banyak. Hakikat bahawa kedua-duanya Islam dan sosialis berhasrat untuk membendung cengkaman kaum mustakbirun adalah satu kenyataan yang memadai untuk berdialog dan bekerjasama.
Di peringkat global, Ikhwanul Muslimin sentiasa bekerjasama dengan puak sosialis dalam satu pakatan yang dinamai Cairo Anti-war Conference sejak 2002.
Solidariti antara kaum sosialis dan Islam sudah berlangsung, khususnya dalam melawan pelbagi bentuk hegemoni. Kumpulan sosialis adalah antara kumpulan yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Palestin.
Pemimpin sosialis seperti Hugo Chavez dari Venezuela adalah antara figur yang tidak pernah berbelah bahagi mendokongi perjuangan rakyat Palestina seiring dengan kaum muslim. Hamas misalnya menyifatkan Chavez sebagai pejuang Palestin.
Dengan mengambil kira kerangka tahaluf siyasi antara dua jemaah Islam yang berpengaruh di rantau Asia Barat tersebut, kami percaya dengan sesungguhnya bahawa semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan boleh bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia dalam melawan tirani, rasuah, ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini.
Sedarlah diri tue..........sedangkan negeri sendiri kamu tiada kredibiliti bila terbukti hanya boleh bertahan satu penggal sahaja. Kerana mabuk kuasa, kamu reka dasar itu dan ini tanpa memperdulikan sentimen penganut agama lain. Inikan pula nak pegang jawatan PM? Sebenarnya rakyat Terengganu sendiri menyampah dgn dasar TGHA. Lantas menghumban PAS slps tamat satu penggal. Hakikatnya rakyat Terengganu sayang PAS..........masalahnya mereka hanya menunggu saat jatuhnya TGHA.
Lain kali jer laa TGHA. Kena belajar banyak-banyak dulu sbb jawatan Perdana Menteri bukan semudah jawatan yg kamu pernah sandang dulu.
Wak Tukiran Paidi...
Kalau tak tahu apa sebab yang sebenar kenapa kerajaan PAS Terengganu dapat sepenggal je lebih lu diam-diam layan rock...
Kalau nak komen berdasarkan keterangan dengar cakap ni kat mahkamah memang tak laku.
SEBAGAI POLITIKUS DAN AGAMAWAN, WAK SBG VETERAN MCM TGHA, HARUSLAH MENGAMBIL PENDEKATAN YANG BAIK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH CALON BERTINDAN DAN BUKANNYA BERUCAP DENGAN MENGAIBKAN RAKAN KITA DALAM PAKATAN RAKYAT DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI.
Kalau ikut perkembangan politik negara, xsyak lagi TGHHA mmg PAS di bawah pimpinnnya amat sensitif kalau ada pihak yang memperlekeh hukum hudud. Dlm isu pertindanan calon, TGHHA dgn angkuh menjelaskan tujuan PAS meletakkan calon di kawasan yg dipertandingkan juga oleh rakan dlm PR kononnya sbg penyelamat dan menuduh ada calon lain parti lain dlm PR sbg pengedar pil kuda dan lain-lain lagi.
Mungkin dlm bab agama, aku mmg xlayak berbicara dan kalau dibandingkan dgn ilmu agama yg ada pada TGHHA. Aku cuma nak ulas sepekara bahawa di atas kepala TGHHA tue bukanlah baseball cap. Ianya adalah manifestasi seorg yg sudah mencapai tahap ilmu dan peradaban Islam yg tinggi. Namun agak malang dan kecewa terhadap TGHHA melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap rakan-rakan dlm PR yg juga beragama Islam tanpa Secukup saksi dan bukti seperti dinyatakan dlm syarak dlm bab hudud.
Pada hakikatnya, rakyat Terengganu xde beza dgn rakyat Kelantn. Mereka sayang PAS. Namun melihat sikap TGHHA yg terlalu extreme tanpa mengira sensitiviti penganut agama lain di Terengganu, walaupun berat, mereka terpaksa menghukum PAS stlh selama satu penggal TGHHA menerajui kerusi Menteri Besar.
Kenapa rakyat Kelantan xmenghukum TGNA seperti rakyat Terengganu lakukan trhadap TGHHA? Sbbnya pendekatan TGNA terhadap penganut agama lain jauh lebih diplomatik drp TGHHA. Jawatan sebagai Presiden PAS nyata membuat TGHHA angkuh dan xmenghormati pemimpin-pemimpin lain samada dlm PAS atau 9akatan Rakyat.
Aku sokong DSAI jadi PM kalau PR menang PRU 13. Bagi TGHHA, seperti kata Tukiran Paidi, lain kali jer laa. Kena belajar banyak . Sdgkan di negeri sendiri cuma boleh bertahan sepenggal, inikan pula nak jadi Perdana Menteri?
Demi Allah, sekiranya ditakdir aku sempat utk mengundi dlm PRU 13 nanti, aku tetap pangkah PAS di kawasan aku di Kelantan.