Friday, March 8, 2013

Perbezaan ketara antara Anarki, Komunis dan Sosialis (haluan kiri) berbanding Demokrasi, Kapitalis, Monarchy dan Sistem Feudal ( haluan kanan)..

1) Haluan kiri dipimpin oleh golongan Proletariat ( kaum buruh,pekerja,rakyat biasa dan tidak mementingkan kekayaan atau pangkat) manakala haluan kanan dipimpin oleh Aristokrat (bangsawan, berhala, penjual agama, sultan dan golongan elite)

2) Haluan kiri sentiasa bersama dgn rakyat,susah senang bersama rakyat manakala haluan kanan mereka gunakan rakyat ( mengikut keadaan tertentu) dan mereka pentingkan pemimpin berbanding rakyat.

3) Haluan kiri menyebarkan ideologi dan bersandarkan perjuangan falsafah rakyat (jika mati pemimpin, ideologi tetap berjalan seperti biasa) manakala haluan kanan mereka mementingkan pemimpin dan sumbangan pemimpin akan diagung agungkan.(jika mati pemimpin, maka perjuangan juga mungkin berhenti)

4) Haluan kiri mementingkan kesamarataan,tiada beza kelas rakyat(Dato', Tan Sri dll) berbanding haluan kanan yang bezakan rakyat mengikut kelas pekerjaan dan darjat seseorang.

5) Haluan kiri mereka bersandarkan siapa saja yang miskin dan teraniaya wajib dibantu manakala haluan kanan mereka lebih berminat membantu siapa yang boleh memberi popularity atau beri kepentinagn pada mereka.

6) Haluan kiri menolak sebarang bentuk penindasan golongan tuan tanah atau pemodal (kapitalis) terhadap orang bawahan atau kaum buruh manakala haluan kanan mereka mementingkan kuasa dan monopoli dalam segala hal bersandarkan individu atau parti.

7) Haluan kiri berkonsepkan suara dari bawah ke atas iaitu ( pemimpin patuh pada rakyat) berbanding haluan kanan mementingkan suara dari atas ke bawah( rakyat patuh pada pemimpin).

Sumber : Klik sini dan sini.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...