Monday, March 4, 2013

Dokumen Bayaran Pajakan Sabah kepada Kesultanan Sulu oleh Kerajaan Malaysia

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.

Jika kita bandingkan Brunei, Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya.

Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei?

Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah dan Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia. Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?

Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.



Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia?
Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-



Jika dokumen bayaran diatas dan dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah. Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah?

Atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan. Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.

Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkan oleh British bagi membangunkan negara mereka.



Jika benar kedutaan masih terus membayar “fees” kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar 'fees' yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.

Sumber : MalaysiaInCrisis

3 comments:

  1. baca perjanjian penyerahan sabah kepada syarikat piagam british oleh sultan sulu masa tu yg nyatakan perjanjian sah selagi ada bulan selagi ada bintang. Duit tu adalah pampasan berterusan selamanya.

    1963 bila british nk keluar dia buat referendum nk join malaysia ke tidak. org sabah kata ya.

    pendek kata sultan sulu pajak sabah buat selamanya kepada british. british pulak serah sabah kpd malaysia lepas majoriti setuju.

    selagi duit pajak byr pd sulu selagi tu lah perjanjian pajak ni valid.

    ReplyDelete
  2. Cuba ko google translate tengok 'cession' tu apa maksudnya. Kes ni same je macam Rusia jual Alaska dekat US. Ko ni memang takde semangat cinta pada negara sendiri. Agaknya bila orang masuk rumah ko selamba je bawak M16 ko mesti sangatlah suka.

    Fuck all politician and political dogs like you

    ReplyDelete
  3. semua bermula bila projek i/c di sabah..

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...