Wednesday, September 19, 2012

Muslihat di sebalik keganasan..


Minggu lalu, bas Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin KEADILAN telah diserang di Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, pada malamnya satu serangan berlaku di Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong, Kedah. Serangan dalam masjid datang dari gerombolan 50 ahli Perkasa. 
Serangan berlaku ketika Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Seminggu kemudian bas yang sama telah diserang di Melaka. Apa maknanya semua ini? Apa ertinya serangan ini? Apa yang tersirat dan apa yang tersurat apabila kita membaca berita-berita serangan ini? 
Memang betul ini bukan serangan RPG(rocket propel granade). Memang betul ini bukan serangan Klaskinkov atau M16. Ini hanya serangan cat merah yang dilempar ke cermin bas. Ini hanya balingan batu-bata yang memecahkan cermin bas. Ada yang berpendapat cat boleh dibasuh dan cermin pecah boleh diganti. Sekali pandang, mungkin ada yang menganggap ini hanyalah kerja anak-anak muda yang diupah oleh United Malays National Organisation. Jika pembaca memiliki jalur pemikiran ini, maka anggapan ini salah. Pandangan ini silap. 
Untuk memahami semua serangan ini, biar saya surahkan sejelas mungkin agar kita sedar apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Mengetahui apa yang sedang berlaku amat penting. Jika kita faham apa yang berlaku sekarang, kita boleh membayangkan apa yang akan berlaku kemudian. 
Pada ketika ini, dunia politik Melayu pecah dua. Saya menekankan DUNIA POLITIK MELAYU atau Malay Politic kerana di Malaysia ini Politik Melayu adalah panglima kemudi kepada semua politik negara. Ini hakikat. Ini realpolitik. Politik Melayu menjadi panglima untuk mengkemudi arah negara. Politik Melayu menjadi kemudi politik Malaysia lahir dari hukum dan syarat sejarah. 
Selama lebih lima dekad parti United Malaya National Organisation yang berslogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ menjadi hegemoni, memiliki kuasa mutlak. Parti politik ini bersama konconya dalam Barisan Nasional memonopoli ekonomi, politik dan budaya di Malaysia. Selama lebih 50 tahun gerombolan ini berkenduri-kendara, bercempera dan berpesta memungut dan memunggah harta kekayan negara. Tanpa segan-silu, gerombolan ini dan kroni-kroninya telah menjadi kaya-raya. 
Saya sekali lagi memberitahu pembaca bahawa politik ialah kuasa. Politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan kuasa untuk merebut ekonomi. Punca ekomomilah yang sedang menjadi rebutan Pakatan Rakyat denganUnited Malays National Organisation. 
Membaling batu ke ceramah Pakatan Rakyat adalah manifestasi perebutan politik. Mengganggu takzirah di masjid atas alasan tanpa tauliah adalah manifestasi perebutan ekonomi. Menggempur kenduri rumah terbuka adalah kerja politik. Kerja politik gerombolan ini dilihat ganas. Membaling batu dan melastik bola besi dilihat bahaya. Tetapi hakikatnya, inilah kegansaan yang dirancang. Jangan silap faham dan jangan salah hitung, semua disusun dan diatur. Di belakang simbah cat, baling batu dan lastik bola besi, wujud perancangan jahat yang lebih besar sedang menunggu. 
Betulkah apa yang saya tulis ini? Apakah ini hanya tohmahan murah untuk memburuk-burukkan United Malays National Organisation? Jawabnya, ini bukan tohamahan. Ini bukan fitnah. Semua ini memiliki asas dan fakta yang kukuh. Lebih 50 tahun United Malays National Organisation memiliki kuasa untuk mengagih-agih harta kekayaan negara kepada konco2 dan penyokong. Berbilion-bilion ringgit harta negara dikelepet. Berbilion ringgit diagih atas nama projek kepada kroni. Mereka berjoget dan bertandak sambil merembat harta kekayaan negara tanpa halangan. 
Tetapi sesudah 8 Mac 2008, semuanya berubah. Perubahan ini dimeterai oleh Bersih 2.0. Diperkukuh oleh Bersih 3.0. Dan dibuktikan bahawa hegemoni gerombolan ini telah kempis dengan Janji Demokrasi 2012. Justeru, perancangan keganasan disiapkan. Keganasan tersusun ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai agar kembali tunduk kepada kuasa multak, hegemoni United Malays National Organisation. Keganasan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai yang mula berani turun ke jalan raya. 
Bayangkan jika orang ramai berani turun ke jalan raya dalam Bersih 2, Bersih 3 dan Janji Demokrasi, apakah mereka akan takut untuk mengundi Pakatan Rakyat? Jawabnya: Pastilah orang ramai sepuluh ribu kali lebih berani memberi undi kepada Pakatan. Inilah yang sedang berlaku. Untuk mendalami pemahaman, kita wajib melihat sejarah bagaimana taktik menakut-nakutkan orang ramai digunakan pada Bersih 2.0. Ugutan. Tekanan. Tangkapan. Semua gagal. Orang ramai masih berani turun ke jalan raya. Lihat pula sejarah Bersih 3.0 di mana secara dirancang, mata-mata yang bertugas ditanggalkan nama mereka. Ini bertujuan menyorokkan identiti mata-mata yang diarah untuk melakukan keganasan. 
Keganasan Bersih 3.0 dengan episod kereta terbalik, dengan serangan tembakan gas dan pancutan air kimia masih segar dalam ingatan. Maknanya semua keganasan yang dirancang, bertujuan menakut-nakut orang ramai dari turun ke jalan raya.  Projek menakut-nakutkan orang ramai, gagal. Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu memperlihatkan puluhan ribu warga anak semua bangsa turun ke Dataran Merdeka. Tiada sesiapa lagi yang takut. Warga Malaysia terutama anak muda telah jadi berani. Takut telah ditongsampahkan. 
Keberanian orang ramai ini diketahui oleh Najib Razak. Mahathir Mohamad telah mengalami ombak berani rakyat sehingga dia terpaksa berundur. Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi. Hishammuddin Hussein tahu realpolitik yang berlaku. Semua sedar bahawa kuasa hegemoni di tangan mereka akan terlucut. 
Justeru, pemikir, perancang yang diupah dan dilanggan United Malays National Organisation sedang bekerja keras. Pemikir dan perancang sedang melakar peta yang lebih besar untuk melawan ombak keberanian anak semua bangsa yang mula mengacungkan tangan untuk menghumbankan mereka ke tong sampah sejarah. 
Serangan kecil ini bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa suasana negara mungkin kacau jika Pakatan memerintah. Kekacauan yang kita lihat hari ini adalah persediaan. Apa yang mereka harapkan ialah balasan dari anak-anak muda penyokong Pakatan. Pemikir yang diupah ini berharap ‘keganasan’ yang mereka rancang ini akan ‘menaikkan darah’ penyokong atau simpatisan Pakatan. 
Ertinya, keganasan ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bahang politik yang sedang berjalan. Rancangan jahat ini bertujuan untuk ‘menjemput’ penyokong Pakatan Rakyat secara bodoh untuk menyerang balas. Serangan balas inilah yang sedang ditunggu oleh United Malays National Organisation. 
Jika berlaku serangan balas dari Pakatan, maka media milik United Malay National Organisation akan berlabon 25 jam sehari. Berita akan diputar untuk memperlihatkan bahawa Pakatan ini satu badan politik yang tidak boleh dipercayai untuk mentabir negara. Keganasan di Semberong, Merlimau, Kerinchi, Pulau Pinang atau Kota Baru hanyalah persediaan jangka panjang United Malays National Organisation untuk menghadapi PRU 13. 
Perhatikan bagaimana projek sedang diagih kepada kroni dengan pantas sekali. Projek ini bukan ratus juta tetapi berbilion-bilion. Ini adalah persediaan untuk berhadapan dengan hakikat bahawa jika PRU 13 dijalankan dengan bersih dan adil, United Malays National Organisation dan konconya akan kalah besar. 
Untuk memastikan kuasa terus dimiliki, maka PRU 13 nanti akan dijalankan dengan penuh penipuan. Tetapi apa sangkut-pautnya penipuan pilihan raya dengan dengan keganasan simbahan cat merah? Pembaca wajib berwaspada keganasan yang berlaku minggu lalu, hingga ke hari ini masih belum ada dakwa-dakwi. Jika terus menerus tanpa dakwa dakwi hingga ke hari mengundi, maka inilah bukti sahih keganasan memang dirancang dan ditaja. Tujuan utama ialah menakut-nakutkan pengundi terutama orang Cina. 
Justeru keganasan ini adalah persediaan United Malays National Organisation untuk melakukan keganasan jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka. Pembaca perlu bertanya kepada diri sendiri. Jika pembaca yang memiliki projek berbilion-bilion, memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit, memiliki syarikat ini dan itu, tuan empunya kilang itu dan ini, akan memberi laluan percuma kepada Pakatan mengambil alih pentdabiran? 
Biar saya senangkan soalan ini. Apakah Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishan, Daim Zainuddin, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Azman Hashim, Tony Fernandes, Mokhzani dan dan dan… akan memberi Pakatan masuk Putrajaya? Saya senangkan lagi: Mana lebih murah, belanjakan beberapa puluh juta ringgit mengupah anak muda Melayu untuk membuat ganas dari sekarang atau kehilangan berbilion-bilion ringgit dengan kemungkinan dimasukkan ke penjara? Apabila pembaca dapat menjawab soalan ini, maka pembaca memahami keganasan yang berlaku sekarang adalah sebahagian dari projek ganas yang akan berlaku kemudian.

SUARAM : Cubaan membalas dendam di atas isu Scorpene??



Wa tak heran sikit pun bila ada cubaan untuk mengharamkan SUARAM kerana terlalu celupar dan berani. Berani mengheret Perdana Menteri untuk di dakwa di mahakamah Perancis pulak tu.

Mau nya FLOM tak mengamuk dengan mencipta alasan supaya tindakan diambil terhadap SUARAM kerana berani mengheret PM ke dalam isu ini. Bukan setakat Scorpene punya isu jer yang terbongkar nanti, malah misteri model cun dari Monggolia yang di bunuh tanpa sebab dengan cara di bom menggunakan C4 pasti akan terbongkar sama.

Yang peliknya, SUARAM ni dah berdaftar dengan ROS sejak dari tahun 1989 lagi dengan menggunakan SUARA INISIATIF SDN BHD sebagai proksi mereka untuk bergerak sebagai pertubuhan yang sah. Kenapa baru kini pihak KDN baru nak siasat hinggakan sumber kewangan mereka pun turut menjadi pertikaian.

Isu ni sengaja di timbulkan hanya semata2 mahu menutup ketirisan yang telah berjaya di kesan dalam urusan jual beli dalam nilai yang besar serta  melibatkan komisen atau rasuah yang tinggi. 

SUARAM pulak di serang oleh media arus perdana setiap hari kini hanya kerana mereka mendapat dana dari luar. Tuduhan bahawa SUARAM merupakan agen kepada negara asing tanpa bukti yang kukuh merupakan satu tuduhan desperate yang terpaksa di cipta bagi melindungi PM dari di heret untuk di bicarakan di mahkamah Perancis.

Nampak tak kerajaan yang ada sekarang ni begitu terdesak untuk mengekalkan kuasa. Segala agensi kerajaan yang berkaitan akan di perkudakan sepenuhnya hanya untuk memenuhi kehendak Pak Menteri  supaya rahsia dan tembelang mereka tak terbongkar. Sebab itu Pak Menteri bermati2an mempertahan Akta OSA yang selama ini sangat berjasa dalam melindungi rahsia2 kegiatan tidak sihat yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang di terajui Umno itu.

Untuk maklumat lanjut boleh baca kenyataan terbuka dari SAMM kat sini.


Monday, September 17, 2012

Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?

Mendiamkan diri dan tidak ambil peduli bagi mufti UMNO/BN adalah suatu kebiasaan di negara ini. Mereka hanya akan menerima arahan dari ketua politik sahaja.
Namun, merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi, hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka.
Walaupun begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri. Mereka malah menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup dan kesalahan ketua mereka.
Contohnya, dalam kes dimana Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana meggunakan wang zakat yang disepatutnya diberi kepada golongan miskin untuk membayar yuran guamannya. Ketua ulama UMNO Ustaz Mohd. Fathul Bari merupakan satu contoh ulama yang sering mempertahankan bos-bosnya walaupun sebenarnya dia perlu menegur mereka.
Tidak hairanlah jika orang Islam di Negara ini marah dan berpaling kepada PAS dan PKR untuk mencari penyelesaian yang lebih bersih. Setelah 5 dekad mendiamkan diri, Mufti yang dilantik oleh UMNO tidak pernah menyerlah. Masa hadapannya tidak menentu dan mungkin juga akan menjadi seperti Greece jika UMNO-BN masih membazirkan dana Negara dengan projek mega yang terlampau mahal.
Satu lagi contoh diman UMNO-BN telah menggunakan alim ulama adalah dalam kes terbaru melibatkan Mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad. Setelah beberapa tahun mendiamkan diri, dia telah membuka mulutnya baru-baru ini dengan bercakap demi Islam, dia telah meminta Karpal Singh untuk “memberhentikan semua kritikan dan fitnah” terhadap implimentasi hudud “kerana ini telah menyebabkan kekeliruan terhadap beberapa parti.”
Betapa bodohnya Baderudin? Karpal berhak untuk mengkritik dan menyuarakan pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan kebajikan orang bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti bahawa Islam tidak membenarkan bukan Islam mengkritik Islam? Baderudin sebagai seorang tokoh agama sudah pasti tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan semua berhak untuk menyoal, mendapat tahu, memberi pendapat dan mengkritik kerana ia adalah hak mereka dan ini mencerminkan diri mereka yang tidak tahu dan mahukan pemahaman.
Ia adalah tanggungjawab ilmuwan Agama seperti Baderudin untuk menerangkan dan tidak meminta orang bukan Islam untuk menutup mulut mereka! Islam tidak memerintahkan umatnya untuk menjadi sombong, jadi, janganlah memberi malu kepada Islam.
Pengkritik bertanya dengan menyuruh Karpal diam, Baderudin telah mengambil jalan mudah keluar. Ia, memang ia berkaitan dengan wang. Bilakah sikap ini dikalangan alim ulama dan mufti akan berubah? Dimanakah keikhlasan dan iman mereka? Mereka patut berubah sebelum rakyat mengubah mereka.
Baderudin juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama rasmi. Dia berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas hal berkaitan Islam.
Namun, Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi kenyataan dan titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang seperti Baderudin, yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan bertanggungjawab, tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam dengan sepenuh hati.
Patutlah pemimpin UMNO yang mengaku melakukan sesuatu untuk “Ugama, Bangsa dan Negara” begitu korup dan berterusan begitu.
Bagi hukum hudud pula, Baderudin harus faham bahawa ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempertahankan Islam dan PAS tidak boleh melakukannya sendirian. Seperti yang dikatakan oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri, enakmen hudud Kelantan juga tidak komprehensif dan perlu penambahbaikan.
Malah, ia akan memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan ramai lagi untuk betul-betul mengimplimentasikan hudud- jika ia akan dapat dilaksanakan. Dengan ketakutan yang sedia ada pada hukum hudud seperti pancung dan pemotongan tangan dan kaki, sikap sombong alim ulama seperti Baderudin tidak akan membantu orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri untuk memahami hukum yang kontroversi ini.
Hudud tidak sepatutnya dilaksanakan ke atas bukan Islam dan tidak patut mempunyai implikasi negatif terhadap hidup mereka. Hudud sepatutnya menjadi rahmat kepada semua- dan bukan untuk orang Islam yang alim sahaja. Bagaimanakah kita sebagai Negara pelbagai agama dan bangsa mencapai matlamat dimana semua pihak boleh berpuas hati dan kemahuan mereka dituruti.
Sudah pasti, ia akan dapat dicapai melalui kebijaksanaan dan perbincangan yang jujur. Dan bagi itu, mereka yang tidak mahukan hudud sepatutnya faham dan turun ke bawah untuk memahami dengan lanjut. Kita semua mempunyai hak-begitu juga dengan sayap agama- mereka juga berhak.
Kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk amal maaruf nahi mungkar, mereka seperti Baderudin- kerana dia tidak ada memberi sumbangan agar persefahaman diantara orang Islam dan bukan Islam wujud, sepatutnya menutup mulut sahaja. Jangan bangga akan kelayakan agama anda jika tidak boleh mengikut ajaran Islam yang mahukan umatnya berani, adil dan menentang korupsi.
Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN.

Sunday, September 16, 2012

Selamat datang ke dunia fitnah memfitnah..

ULASAN Kerana mendedahkan rasuah dan pelbagai salah guna kuasa, Suara Rakyat Malaysia (Suaran) rlu diburu hingga ke lubang cacing.

Itu tulis Penolong Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Berhad Datuk Zaini Hassan.

Bagaimanapun, harus diingatkan, terdapat pelbagai nas daripada al-Quran dan hadis yang mengingatkan manusia supaya tidak terperangkap dengan gejala fitnah.
Firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman! Kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu." (Al-Hujurat, ayat 6)

Selain itu, perkara sama diungkapkan dalam pelbagai hadis, termasuk riwayat Bukhari, Muslim, Abu Hurairah dan Ibnu Abi Dunya.

Berdasarkan perkembangan semasa, Utusan Malaysia perlu memastikan Umno dan BN terus berkuasa dengan memastikan bahawa DAP terus dimomokkan sebagai parti yang bekerjasama dengan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Berkuasa seperti Robocop

Setelah gerakan awal Utusan untuk menguasai minda orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya bahawa DAP itu parti rasis gagal, mereka juga kecundang apabila terpaksa membayar saman fitnah dan memohon maaf secara terbuka atas kepada pemimpin-pemimpin parti itu.

Maka Utusan perlu melaksanakan gerakan baru untuk memalitkan DAP sebagai dalang di sebalik tindakan NGO yang telah lama melaksanakan gerakan menyelamatkan Malaysia dari pemimpin Umno dan BN.

Gerakan-gerakan ini sebenarnya bukanlah baru kerana ia telah dilaksanakan pada pilihan raya umum 1999, di mana pelbagai analisis yang dibuat menunjukkan DAP akan menguasai Pulau Pinang maka tindakan yang dilaksanakan bagi memastikan pengundi-pengundi perlu menolak DAP.

Maka Utusan melaksanakan gerakan dengan memalitkan DAP dengan mengunakan penulisan yang menakut-nakutkan pengundi seperti “KM dengan kuasa”.

Pada masa itu filem RoboCop memang terkenal maka penulisan Utusan terarah, DAP berkuasa maka akan lebih berkuasa daripada Robocop.

Dan ia disusuli dengan gerakan di peringkat akar umbi bahawa sekiranya Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP maka Rejimen Askar Melayu akan memasuki Pulau Pinang, akan diisytiharkan darurat di Pulau Pinang serta pelbagai lagi yang menakut-nakutkan pengundi.

Akhirnya pengundi takut dan menyebabkan DAP kalah teruk di Pulau Pinang.

Walaupun analisis awal menjangkakan DAP dapat menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah antara 16 hingg 19 kerusi, tetapi sebaliknya berlaku apabila hanya memenangi satu kerusi DUN.

Menakut-nakutkan Melayu dengan DAP

Tindakan itu menyaksikan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga kalah dalam pilihan raya tersebut walaupun ramai berpendapat kekalahan itu disebabkan kerjasama DAP dan PAS.

Walaupun ia menyumbang sedikit sebanyak dalam kekalahan DAP tetapi ia bukanlah sebab utama.

Kekalahan sebenar kerana gerakan untuk memalitkan bahawa pemimpin DAP akan lebih berkuasa dari Yang di-Pertuan Agong, sultan dan pemimpin Melayu lain.

Utusan memulakan gerakan ini semula untuk pilihan raya umum ke-13 dengan memulakan gerakan-gerakan bagi memastikan pengundi merasa takut dengan DAP.

Kini DAP bukan sahaja dipalitkan sebagai sebuah parti yang rasis tetapi kini dicop pula sebagai parti yang amat berkuasa daripada PAS dan PKR.

Itulah mainan Utusan untuk mengelirukan pengundi dan pembaca-pembaca akhbar tersebut.Rencana-rencana atau penulisan Utusan pada masa akan datang juga dijangka seangkatan dengan apa yang ditulis oleh Zaini Hassan.

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=423642851015343&set=a.207211052658525.49548.100001088963570&type=1&ref=nf

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...