Tuesday, March 27, 2012

Kes bunuh Altantuya akan terus menghantui Najib dalam pilihanraya umum.

Ramai ahli2 Umno ingin melihat Najib meninggalkan dunia politik sepertimana Shahrizat lakukan.Perpecahan semakin jelas dalam UMNO. Skandal, rasuah,pilih kasih,pentadbiran yang lemah dan bermacam persoalan dari kes bunuh Altantuya membawa akibat.
Ramai ahli Umno yang dalam diam, memprotes cara Najib menangani isu-isu yang melibatkan negara. Mana-mana yang diberi lampu hijau untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang dan para penyokong mereka mungkin masih kekal di kem Najib. Mereka yang tidak dipilih dan penyokong mereka sudah tentu akan mensabotaj Umno dengan cara tidak mengundi atau memberikan undi mereka kepada pembangkang.Malah mereka yang berada di kem Najib juga berpecah,kerana mereka juga calon2 yang mengidamkan jawatan tinggi dalam parti.
Mereka yang dilihat sebagai ‘bersih’ dalam Umno mahukan Najib keluar. Terlalu banyak isu yang menjejaskan imej Umno sejak Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri ke 6. Mereka2 ini ialah pemimpin yang cintakan Umno lebih dari Najib.Mereka lihat terlalu banyak perkara yang tidak betul dalam kepimpinan Najib. Mereka tidak boleh terlalu vokal atau mereka akan dipinggirkan dalam Umno oleh sekutu kuat Najib. Mereka sudah putus harapan hingga mereka sanggup melihat Umno/BN tewas kepada pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.
Kes bunuh Altantuya ialah antara salah satu isu yang memecahbelah dan mencemar imej Umno dan Najib. Ini sudah tentu akan menjejaskan keputusan pilihanraya umum walau apapun yang disiarkan oleh media utama bagi tujuan mengaburi isu sebenar dari orang ramai.Media utama tentunya tidak melaporkan kebenaran.Mereka memilih untuk tidak melaporkan hal sebenar dan ini tidak akan menghalang orang ramai dari tertanya-tanya persoalan kenapa atau apa motif yang membawa kepada pembunuhan wanita tinggi lampai dari Mongolia itu.
Mudah saja.Orang ramai masih diselubungi misteri siapakah yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya. Itu saja yang mereka ingin tahu. Kes bunuh mengejutkan ini membuatkan umat Islam yang membentuk majoriti penduduk merasa tidak senang. Begitu juga penduduk bukan Islam yang tidak boleh menerima pembunuhan kejam wanita tidak berdosa ini.Pembunuhan kejam bukanlah sesuatu yang dibenarkan oleh mana-mana agama. Kesucian nyawa manusia telah dijelaskan dalam Islam.
Bahan letupan C4 yang digunakan untuk menghancurkan tubuhnya yang mengandung kepada cebisan2 kecil. Bahan tersebut dibawah kawalan ketat Kementerian Pertahanan dan orang ramai ingin tahu siapa yang membenarkan bahan letupan tersebut di berikan kepada 2 anggota polis yang dihukum kerana membunuh wanita tersbeut. Rekod imigresen wanita tersebut juga tidak dapat dikesan.Siapa yang mengarahkan rekod tersebut dihapuskan? Kedua anggota polis tersebut langsung tidak mengenali wanita yang mereka bunuh itu. Apakah motif kedua tertuduh untuk membunuh? Adakah wanita tersebut membangkit kan kemarahan kedua tertuduh hingga mereke menembaknya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan C4? Atau adakah 2 tertuduh cuma dipergunakan dalam misi ini? Adakah mereka diarahkan atau dibayar untuk melakukannya? Atau adakah mereka prinsipal dalam melakukannya?
Motif adalah penting dalam mencari dalang pembunuhan ini tetapi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi telah mengejutkan bukan saja mereka yang di bidang undang2 malahan masyarakat keseluruhannya. Menurut laporan, hakim mendapati, motif, walaupun relevan, tetapi tidak penting untuk mensabitkan pembunuhan. Ini adalah satu penghinaan kepada tahap intelek mereka2 yang ada di dalam bidang undang-undang. Mereke tidak senang dengan keputusan ini,yang meninggalkan satu precedent dalam undang-undang yang bakal dirujuk dalam kes jenayah akan datang.
Malah, penuntut undang2 jenayah tahun 1 juga diajar apakah motif dalam jenayah pembunuhan, mens rea dan actus reus. Untuk membentuk sesuatu jenayah, ketiga tiga elemen ini perlu dibuktikan di mahkamah.Tiada pembunuhan berlaku tanpa motif atau ianya menjadi membunuh tanpa niat. Motif negatif dalam kes bunuh akan menjadikan pembunuhan tersebut sebagai no compos mentis.
Motif menjelaskan sebab yang akan membawa kepada jenayah. Sebab ini yang mempengaruhi seseorang melakukan jenayah.Mungkin ia akan atau tidak menjadi elemen kepada mana-mana jenayah tetapi dari segi undang2, mahkamah membenarkan motif dibuktikan bagi mmebolehkan ia menjadi sebab kukuh untuk tertuduh melakukan jenayah. Orang ramai ingin tahu kenapa kedua tertuduh melakukan jenayah dan siapa dalang yang menjadi prinsipal disebalik kejadian ini.
Meringankan motif dalam pembunuhan adalah satu precedent yang tidak baik dari segi undang-undang.Keputusan mahkamah tidak membantu Umno menghadapi PRU 13 akan datang. Kepada akal yang simple, jika tiada motif kenapa wanita tersebut dibunuh oleh 2 orang yang tidak dikenali nya?Kenapa beliau di tembak kemudian mayatnya diletupkan dengan C4 untuk memusnahkan bukti? Kenapa tidak di bunuh sahaja dan ditanam atau dibiarkan reput? Apakah sebab untuk membunuh dan meletupkan mayatnya supaya bukti tidak dijumpai? Adakah ini akan dilakukan oleh kedua tertuduh tanpa arahan dari sesiapa yang punya motif untuk menghapuskan terus mangsa.Orang ramai sedar harus ada motif pembunuhan ini.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...