First, Timbalan Menteri ni dulu dah kena saman dengan Tuan Presiden PAS atas artikel yang dikeluarkan dalam Sinar Harian yang secara terangan fitnah tanpa bukti yang menuduh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu terlibat dengan skandal seks.
Kalau nak tulis apa pun, serta kan la bukti. Ni dah la tak ada bukti, malah disiarkan pulak dalam media arus perdana yang di baca oleh seluruh rakyat Malaysia. Klik sini dan sini untuk laporan.
Bayangkan satu artikel yang di terbitkan, dua saman menanti. Baru ada akai mak Menteri yang ada skandal tanah dengan jiran sebelah rumah ni.
Selain Mashitah Ibrahim, turut sama di namakan sebagai defenden termasuk Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd.
Suka suki jer Mashitah ni label kan orang sebagai pemimpin yang tak bermoral, apa dia ingat moral dia baik sangat ke? Dengan jiran pun tak boleh bertolak ansur, malah menceroboh tanah jiran seolah2 harta dia sendiri.
Dia ingat title dia sebagai timbalan menteri, maka orang tak berani saman dia atas apa yang dah tulis dalam Sinar Harian ke? Tau la dia kolumnis dalam akhbar tu, tapi ingat la sikit. kan dah kena saman.
Wa cadangkan kepada Mat Sabu dengan Hadi Awang supaya up kan lagi saman tu biar sampai papa kedana defenden2 dalam kes ni terutama timbalan menteri yang jauh benar berubah perwatakannya sejak di lantik jadi menteri. Jadi timbalan menteri pun ikut pintu belakang bhai. Bukan menang pilihanraya pun. Kira lantikan atas ehsan sebab pandai membodek kot..
keh keh keh keh keh keh keh..
Cantek bulu kening timbalan menteri agama ni. Apa hukum kalau bercukur bulu kening ni wahai ustazah darurat wei!!!!! Apa pulak hukum bertudung pendek hingga menampakkan dua bukit terpacak kat dada tue!!!
Wa heran kena pulak Hasan Ali yang dah di pecat dari PAS dan menubuhkan JATI ni sebuk meroyan mendesak Mursyidul Am PAS meletak jawatan? Atas kapasiti apa pulak dia yang ternyata bukan ahli PAS lagi yang sebuk mendesak sedangkan ahli2 PAS sendiri pun tak bising malah mengharapki dan agar Tuan Guru Nik Aziz terus mengekalkan jawatan tersebut.
Kan lebih baik kalau Hasan JATI ni diamkan diri agar segala kebobrokan dia semasa dalam PAS tak didedahkan seperti yang telah MB Perak, Nizar Jamaludin dedahkan dulu berhubung cukai tanah yang tertunggak yang dia tak bayar kepada kerajaan negeri Perak.
Hasan Jati ni dok harap agar jawatan Mursyidul Am PAS tu di serahkan kepada timbalannya, Datuk Haron Din. Apa dia ingat jika Haron Din di serahkan jawatan tu akan mengembalikan dia ke pangkuan PAS?
Hasan JATI ni kata kenyataan TGNA yang membela DAP dengan berkata bahawa DAP tak pernah mempertikaikan PAS menghiris hati ahli2 PAS dari peringkat akar umbi. Dia lupa ke yang tindakan dia menghentam PAS secara terbuka semasa dalam PAS dan selepas di pecat dari PAS lebih menyakitkan hati ahli2 PAS.
Desakan Hasan JATI ni di bidas pulak oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man. Boleh klik sini untuk penjelasan lebih lanjut dari mereka berdua.
Hasan JATI ni mungkin lupa status dia sebagai ADUN Gombak Setia tu pun sebenarnya atas tiket PAS. Wa rasa kalau dia bertanding atas tiket Umno, dah lama ghuyub. Tak berpeluang langsung nak merasa elaun sebagai seorang ADUN.
Wa sarankan kat Hasan JATI ni, lebih baik dia tumpukan perhatian dia kepada NGO yang dia tubuhkan tu. Tak pun umumkan jer terus yang dia masuk Umno. Tak payah la nak malu2 kucing lagi. Mana tau kot2 di offer jawatan Timbalan Menteri, ganti Saifudin Abdullah ke atau pun mintak PM Najib ujudkan jawatan Mursyidul Am untuk Umno pulak. Bagi jer jawatan tu kat Hasan JATI ni.
Hasan ooo Hasan.. Lu memang dah meroyan tahan cipan dah ni..
keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Besok, 17hb Oktober 2012 akan di adakan satu demo membantah penggunaan kamera AES yang kini kelihatan akan menambahkan bebanan hidup kepada rakyat kerana lokasi2 kamera yang di letakkan bukan di tempat yang strategik. Kelihatan projek terbaru ni hanya bertujuan untuk mengutip untung ke atas rakyat.
Kepada rakyat yang perihatin, tanpa melihat kecendurangan kepada parti untuk sama2 berganding bahu supaya perkara mengarut ni di hentikan segera. Dah la kos nak pasang kamera ni menelan belanja hampir RM120,000 setiap satu, di tekan pulak kepada rakyat untuk mengutip hasil.
Wa nampak penggunaan AES ni bukan nak mendidik rakyat supaya lebih menghormati undang2, tapi lebih kepada sifat untuk mencari untung kepada kroni kerana konsesi ni di beri kepada syarikat yang di pilih oleh parti pemerintah. Dan jugak seperti menggalakkan peningkatan rasuah.
Nak tau lokasi2 dan kelajuan yang tak masuk akal pasal AES ni boleh klik sini dan sini.
Wa sarankan kepada semua yang perihatin agar ketepikan dulu ideologi politik masing2 walaupun yang menganjurkan demo ni adalah dari pihak Parti Keadilan Rakyat sebab kamera AES ni tak kenal pun lu sapa. Tak kira lu sokong Umno/BN ke lu sokong PR. Kalau dah kelajuan melebihi had yang di tetapkan, kamera tu akan tetap snap lu punya kenderaan.
Dan yang paling mengkonfiuskan lagi, papan tanda had kelajuan dengan had kelajuan yang di tetapkan dalam sistem AES tak sama. Seolah2 perangkap untuk mengaut keuntungan tanpa dapat di persoalkan kelak.
So, moh kita sama2 bantah projek baru ni dan bantahan ni patut di buat di peringkat nasional.