Monday, May 7, 2012

Haram: Majlis Fatwa tak mau bincang tuntutan yg dibuat BERSIH sama ke??

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa menyertai perhimpunan yang mendatangkan huru hara dalam negara adalah haram tapi kenapa majlis tersebut tak bawa berbincang sama apa yang telah diutarakan oleh jawatankuasa penganjur yang menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 tu? Sepatutnya majlis fatwa lebih terbuka dan menilai dengan bijaksana bagaimana perhimpunan yang dianjurkan secara aman bertukar menjadi huru hara. Bukan mencari alasan untuk menyalahkan pihak yang bertentangan dengan kerajaan.


Apakah majlis tersebut tidak mendapat info yang tepat bagaimana kejadian tu boleh berlaku sedangkan pada awalnya perhimpunan itu aman. Bagaimana pulak penafsiran majlis tersebut terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 yang dibuat di negeri2 lain? Kenapa perkara ini tidak dibincangkan dan dijadikan perkara asas untuk menilai dan melabelkan perhimpunan itu. Jika BERSIH 3.0 bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara dalam negara, nescaya perhimpunan di negeri2 lain turut sama akan timbul kekecohan. Tapi perhimpunan di negeri2 lain tidak pulak kecoh kan?


Jika ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa bijak menilai,mereka akan mengkaji kenapa kekecohan hanya meletus di Kuala Lumpur dan bukan di negeri2 lain. Apakah ada unsur2 provokasi yang mendorong kearah terjadinya kekecohan. Dan segala kerosakan yang terjadi pulak adalah angkara siapa? Adakah dari pihak peserta BERSIH 3.0 atau pihak polis terutamanya polis cawangan khas (SB).


Kenapa tuntutan BERSIH 3.0 menjadi sesuatu tuntutan yang dikatakan akan mengancam keselamatan negara sedangkan tuntutan yang dibuat adalah untuk melihat proses pilihanraya dalam negara dibuat secara adil, telus dan bersih. Apakah tuntutan itu melanggar hukum2 syarak?


Atau pihak Majlis Fatwa Kebangsaan menghalalkan penipuan dalam proses pilihanraya bagi memastikan kerajaan yang ada sekarang ni kekal berkuasa? Wa tak kata Majlis Fatwa menipu tapi tindakan yang diambil mereka seolah2 menghalalkan penipuan dalam proses pilihanraya negara.


Malah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini telah di jawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib. Beliau menyeru supaya Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan itu lebih menumpukan perhatian kepada isu pokok yang di buat iaitu isu tuntutan BERSIH dan bukannya berhubung perhimpunan tersebut.


Kenyataan Datuk Harun Taib turut di sokong oleh setiausaha dewan tersebut, Dr Khairuddin Aman Razali. Beliau meminta supaya jawatankuasa itu turut mengeluarkan pandangan terhadap isu pengurusan kewangan negara, amalan rasuah dan juga isu pemberian kewarganegaraan kepada warga asing.


Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kelihatan sebagai cubaan untuk melindungi pemimpin yang korup, yang gelabah bila rakyat sudah menolak mereka secara terang2an. Bahkan ramai golongan akedemik dan professional menyatakan sokongan terhadap BERSIH 3.0. Anak2 muda kebanyakkannya mendesak perubahan dilakukan segera. Perubahan dalam tampok pemerintahan negara. Anak muda sudah jemu dengan pemimpin yang hipokrit, yang bermuka2 bila tiba musim pilihanraya.


Jadi Majlis Fatwa Kebangsaan di seru supaya mengkaji insiden kekecohan dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0 dengan lebih terbuka. Jangan hanya menyatakan sesuatu hanya berpandukan sumber di sebelah pihak sahaja. Tindakan menghalalkan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak.



Sunday, May 6, 2012

Demam PRU : Semua pihak nak tunjuk kebaikan masing2

Kejadian rombongan sekumpulan rakyat yang mewakili PKR yang cuba untuk berjumpa PM Najib bagi memberitahu bahawa terdapat dikalangan rakyat yang masih belum mendapat kad pengenalan sedangkan telah mendaftar dan bermaustatin malah telah dilahirkan di negara ini masih belum mendapat kad pengenalan. Paling menyedihkan bila rakyat itu yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM tidak boleh berbuat demikian kerana terhalang akibat tidak mempunyai kad pengenalan yang diharapkan.


Tujuan rombongan tersebut bukan untuk membuat kecoh tetapi mereka telah dihalang oleh sekumpulan pemuda MIC yang cuba untuk menjadi jaguh dengan menghalang peserta rombongan tersebut dengan kekerasan. Kumpulan pemuda MIC tersebut diketuai oleh T Mohan.


Hanya kerana terdapat kain rentang dan replika yang didakwa oleh pemuda MIC mengandungi unsur provokasi,maka ketua PKR Cabang Puchong, Murali telah dipukul dan mendapat kecederaan yang agak serius.Dan mereka jugak cuba menyerang pelajar yang mahu menuntut kad pengenalan agar dia boleh menduduki peperiksaan SPM.


Kenyataan media oleh pemuda MIC bagi menerangkan kejadian itu sedikit mencurigakan bilamana mereka mendakwa bahawa mereka bertindak hanya untuk mempertahankan diri. Mempertahankan diri hingga mendatangkan kecederaan yang agak serius kepada penyerang ke? Kan dah tak logik bila yang mempertahankan diri tak cedera, malah yang menyerang pulak yang cedera teruk.


Sebenarnya kejadian tersebut jelas menunjukkan bahawa para pemimpin pemuda MIC berasa amat cemburu dan dengki terhadap usaha2 murni beberapa pemimpin PKR yang berjaya mencuri perhatian umum mengenai masalah kerakyatan di kalangan masyarakat India itu sendiri dan kejadian tersebut juga telah membuktikan bahawa MIC langsung tidak berniat ikhlas untuk membantu masyarakat India yang didakwa “diwakilinya” selama ini. 


Jadi kenapa sekarang baru terhegeh2 mahu tunjuk keperihatinan mereka? Apakah sebab pilihanraya dah semakin hampir? Yang pasti, itu la punca utama nya. Masing2 mahu menunjukkan yang mereka perihatin dengan masalah rakyat yang diwakili mereka mengikut kapasiti perkauman. Tetapi hanya bila tarikh pilihanraya semakin hampir. 


Ke mana perginya para pemimpin MIC sebelum ini? Kenapa isu-isu ini tidak ditangani oleh MIC sejak dari awal lagi sehinggalah mangsa-mangsa tersebut terpaksa beralih ke parti-parti lain, seperti PKR untuk meminta bantuan? Dan bila mereka dah beralih arah, baru pemimpin MIC nak tunjuk jaguh kononnya merekalah yang sebenarnya pembela kaum india selama ini.


Isu untuk mendapatkan kad pengenalan ini bukan hanya bagi pihak MIC sahaja, MCA yang merupakan kompenan BN yang kedua terbesar pun serupa. Ingat lagi bagaimana seorang warga tua keturunan cina di beri kad pengenalan yang dipohonnya sejak sekian lama. Malah berita ini disiarkan di dalam buletin TV3 beberapa tahun dulu. Bayangkan warga tua tersebut hanya mendapat kad pengenalan hanya pada umur yang dah makin lanjut dan hak dia sebagai warganegara telah terabai sejak sekian lama. Adakah ini keperihatinan golongan parti2 yang memerintah negara?


Bila tiba sahaja musim pilihanraya, inilah masanya golongan yang berkuasa cuba menonjolkan diri kononnya mereka begitu perihatin terhadap permasalahan rakyat. Baru la mereka memberi bantuan kepada rakyat sedangkan permohonan bantuan itu telah lama dipohon. Sampaikan ada dikalangan Pak Menteri yang sanggup tidur dirumah rakyat kebanyakkan dan yang paling tragis, bila ada dikalangan Pak Menteri sampai sanggup bersama2 rakyat menoreh getah. Ini lakonan yang amat2 memualkan.


Kepada golongan Pak Menteri, hentikan la sifat hipokrit tu. Rakyat sekarang ni bukan mudah untuk dibodoh2kan. Rakyat sekarang ni sudah terlalu bijak untuk menilai tahap kepimpinan dan keikhlasan yang ditunjukkan. Dan rakyat kini bukan lagi boleh dibeli dengan setin milo, sehelai kain batik, sekilo gula dan sekampit beras. Rakyat kini menuntut jaminan bagi masa depan anak cucu dan generasi akan datang. Rakyat kini menuntut jaminan pendapatan yang seiring dengan kos kenaikan harga barang. Dan rakyat kini menuntut kehidupan yang lebih selesa dan bukan di bebani dengan pelbagai cukai yang akan menyesakkan hidup demi memenuhi tuntutan selera pihak pemerintah.



Saturday, May 5, 2012

Ambiga di minta lepaskan jawatan pengerusi BERSIH?


Cerita ni wa kutip dalam artikel malaysiakini hasil penulisan oleh Amin Iskandar. Wa cukup tertarik dengan apa yang cuba disampaikan oleh brader Amin ni sebab sedikit sebanyak boleh membuka minda banyak pihak untuk lebih memahami apa sebenarnya tujuan dan tuntutan BERSIH.


Wa copy paste kan jer artikel yang keluar kat Malaysiakini tu.


Tarikh 28 April 2012 menjadi sejarah baru kepada Malaysia. Cabaran agar rakyat turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai demonstrasi "duduk bantah" anjuran BERSIH disambut.
BBC melaporkan perhimpunan tersebut adalah yang terbesar dianjurkan untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil. Sebenarnya, 28 April lebih dari itu.

Dalam sejarah Malaysia, inilah perhimpunan terbesar dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum bagi membuat tuntutan politik.

Suka atau tidak, kerajaan Malaysia harus mendengar suara rakyat. Tarikh 28 April memberikan isyarat bahawa rakyat semakin berani untuk pertahankan hak demokratik mereka sebagai warga Malaysia.


Jika pilihan raya terus diadakan tanpa menghiraukan tuntutan BERSIH, selepas ini tidak mustahil jutaan rakyat akan membanjiri Kuala Lumpur.
Akan tetapi, ketika rakyat berani untuk mempertahankan hak mereka, pimpinan BERSIH dilihat lemah. Datuk S Ambiga terperangkap dengan percaturan jahat pemerintah.

Ambiga kelihatan berdolak dalik dalam isu keganasan semasa perhimpunan apabila mengeluarkan kenyataan meminta peserta BERSIH yang dikatakan mengganas dikenakan tindakan undang-undang.

Sedangkan Ambiga tahu dan sebagai peguam sudah tentu beliau jelas bahawa perhimpunan aman itu hak demokratik seluruh warga.

Rakyat yang hadir dari pelosok negara juga tentunya kecewa apabila arahan untuk bersurai dikeluarkan oleh Ambiga sendiri dan bukannya dari polis.

Mengapa beri arahan bersurai tatkala arahan boleh diberikan agar peserta BERSIH berkumpul di satu tempat lain seperti tempat ceramah? |

Sementara dalam sidang akhbar selepas perhimpunan, mantan pengerusi Majlis Peguam itu juga dilihat tidak berani untuk mempertahankan rakyat.

Seorang pemimpin gerakan massa seharusnya berani mempertahankan hak demokratik rakyat apatah lagi mereka turun kerana menyokong aspirasi BERSIH.

Mungkin sudah sampai masanya Ambiga melepaskan jawatan sebagai pengerusi BERSIH kerana beliau kini dilihat hanya "memberatkan" gerakan.

Dengan propaganda kerajaan yang mengaitkan Ambiga dengan gerakan LGBT dan seks bebas, sedikit sebanyak memburukkan imej BERSIH di kalangan majoriti warga Malaysia yang beragama Islam.


Seperti biasa, kerajaan Malaysia mengalihkan isu. Isu mengapa 300,000 rakyat membanjiri Kuala Lumpur tidak dibincangkan.

Perbincangan kini kepada isu keganasan yang berlaku pada hari perhimpunan. Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dikatakan bertanggungjawab mengarahkan rakyat merempuh kawat dawai untuk masuk ke Dataran Merdeka.

Isu siapa arah arah rempuh masuk Dataran Merdeka bukanlah perkara besar. Isu lebih besar adalah kerajaan menghalang rakyat untuk masuk ke Dataran Merdeka.

Ini merupakan pencabulan terbesar terhadap kemerdekaan rakyat. Kerajaan hari ini tidak ada bezanya dengan penjajah satu ketika dahulu.

Apabila rakyat merempuh masuk ke Dataran Merdeka - sama ada didorong oleh cawangan khas (SB) atau tidak, ia tindakan yang harus dipuji.

Tindakan berani tersebut samalah seperti tindakan berani pejuang kemerdekaan negara melawan penjajah.

Di zaman penjajah British dahulu, pejuang kemerdekaan digambarkan sebagai penderhaka sepertimana Utusan Malaysia menggambarkan peserta perhimpunan duduk bantah.

Jika benar dakwaan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) ahli parti Umno, masa depan pilihan raya Malaysia semakin gelap.

Di negara ini, Ketua Hakim Negara juga pernah terdiri dari pimpinan Umno. Sudah tentulah wujud tanggapan segala keputusan yang dibuat memihak kepada Umno. Begitu juga dalam isu pilihan raya.

Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada salahnya jika pengerusi dan timbalan pengerusi SPR menjadi anggota Umno.

Ini tidak menghairankan kerana sewaktu berkuasa, Raja-raja Melayu juga dicabut kuasanya untuk memberikan kekuasaan penuh kepada Dr Mahathir. Malaysia diperlakukan dengan sesuka hati seperti miliknya.

Apa lagi yang boleh diharapkan dengan pilihan raya di Malaysia? Tuntutan reformasi tidak dilayan. Pengerusi dan timbalan pengerusi terpalit dakwaan anggota Umno.

Apakah jaminan proses pilihan raya akan berlaku secara bebas dan adil? Jika pilihan raya terus dijalankan tanpa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang baru, tanpa ditunaikan tuntutan BERSIH, angka rakyat yang bakal turun ke Dataran Merdeka akan menjadi lebih besar.

Pada ketika itu, angka sasaran perhimpunan akan meningkat ke dua juta. Bila itu berlaku, perubahan pemerintahan negara akan terjadi di Malaysia.


p/s : Jikalau ada kemungkinan BERSIH 4.0 diadakan dan Datuk Ambiga bukan lagi pengerusi bersama BERSIH, apa pulak bentuk serangan yang akan dihamburkan oleh pihak Umno/BN? Sama2 la kita nantikan bagaimana pulak bentuk serangan yang akan di lakukan oleh pihak mereka untuk menyerang penganjur BERSIH.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...