Thursday, May 3, 2012

Gaji minima : Takkan banyak tu jer kot..

Isu gaji minima ni kalau Pakatan Rakyat yang tak ketengahkan sampai mampoih la nasib pekerja tak terbela. Tapi la ni kelihatan Umno/BN pulak cuba nak jadi hero dengan memperkenalkan akta gaji minima. Tapi gaji minima yang di cadangkan oleh PM Najib hanya RM 900 bagi Semenanjung dan RM 800 pulak bagi Sabah dan Sarawak. Ada double standard pulak wei!!


Apakah PM Najib ni tak sedaq yang gaji minima yang dia cadangkan tu masih di bawah paras kemiskinan. Kalau banyak tu jer, rasanya tak membawa apa2 makna pun kepada golongan pekerja berbanding dengan kadar kos sara hidup dan peningkatan kadar inflasi.


Kalau setakat itu saja gaji minima yang diperkenalkan oleh kerajaan Najib, maknanya tak memberi kesan terhadap bebanan yang ditanggung rakyat selama ini. Tekanan hidup tetap akan meningkat kerana kenaikan gaji tak seiring dengan kadar kenaikan harga barang.


Berbeza pulak dengan kadar gaji minima yang telah dijanjikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Gaji yang diperkenalkan ialah sebanyak RM 1,100 sebulan. Dan gaji minima ini akan diwujudkan sama rata samada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. 


Walaupun pihak kerajaan pemerintah berkata bahawa gaji minima yang di perkenalkan Pakatan hanya untuk memancing undi, tapi apa salahnya jika ianya memberi manfaat yang agak lumayan kepada semua golongan pekerja. Dan jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti, segala janji perlu ditunaikan demi memastikan bahawa mereka tetap utuh memegang janji.


Malah Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan supaya menghapuskan segala bentuk monopoli dalam perniagaan yang hanya akan menguntungkan kroni kerana kesannya akan mewujudkan kesengsaraan terhadap golongan pekerja yang berpendapatan rendah.


Pakatan Rakyat menuntut supaya pendapatan negara diagihkan secara lebih adil dan sama rata kepada semua golongan pekerja kerana ia dapat menambah penggunaan tenaga kerja tempatan yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Cubaan nak tutup cerita secepat yang boleh..

Dalam rakyat jelata masih lagi berbicara pasal BERSIH 3.0 yang penuh dengan keganasan dan tipu muslihat, terbit pulak cerita skandal seks Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Skandal ni di jadikan tajuk berita utama bagi mengaburi mata rakyat yang masih lagi mempertikai tindakan polis menangani peserta BERSIH 3.0.


Kisah keganasan polis menangani peserta BERSIH hingga ada yang parah dan terpaksa mendapat rawatan di hospital, malah ada seorang ibu tua yang terpaksa menjalani pembedahan kerana usus nya pecah akibat di pijak polis cuba untuk di tutp dan kalau boleh di elakkan dari dibincangkan di kedai2 kopi oleh pakcik2 yang dah mula goyah untuk memberi sokongan kepada Umno/BN lagi


Bagi wa, kisah seks pimpinan Pakatan ni langsung tak menghilang fokus kita atas tujuan tuntutan utama yang di buat. Media milik Umno/BN begitu ghairah nak hightlightkan isu ni hinggakan setiap masa creita ni akan diputar2 dan diulang2 supaya rakyat tidak lagi membicarakan mengenai BERSIH 3.0 lagi.


Dan bagi wa, isu ni jugak sengaja dihangatkan bagi menenggelamkan isu skandal Scorpene yang kini sudah sampai ke tahap pendakwaan. Malah PM Najib jugak mungkin akan di sepina oleh Mahkamah Antarabangsa jika masih mengelat, kalau mahkamah kat Malaysia ni mungkin boleh dia arahkan supaya digugurkan tuntutan, tapi bila dah melibatkan Mahakamah Antarabangsa, maka dengan cara ini sahaja yang mampu untuk dilakukan supaya rakyat tidak sedar akan kes yang sedang dihadapinya.


Dan dalam masa terdekat ni, tak mustahil jika PM Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Perancis. Kononnya lawatan tersebut atas dasar hubungan negara dan bukan sebab dipanggil untuk di siasat oleh mahkamah di negara tu. dan seperti lazimnya, peluang ini akan dipergunakan oleh Rosmah, bini kedua PM Najib untuk ber'shopping' habis2an tak ingat dunia.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh.. 



Tuesday, May 1, 2012

Apa susulan selepas BERSIH 3.0?


BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan yang baru lepas BERSIH 3.0 tetap tidak menampakkan yang pihak pemerintah akan tunduk dengan tuntutan2 yang telah dibuat oleh pihak penganjur BERSIH. Keegoan pihak pemerintah begitu jelas, malah lebih teruk lagi apabila mengerah segala agensi kerajaan terutamanya bahagian penguatkuasaan undang2 untuk mempertahankan kelangsungan kuasa politik yang mereka miliki. 


Kita boleh saksikan dalam BERSIH 3.0 bagaimana pihak polis diperguna atau lebih tepat di perkudakan oleh pihak Umno/BN bagi menggambarkan bahawa perhimpunan yang dijanjikan di adakan dengan aman bertukar menjadi ganas, kecoh dan huru hara.


Banyak kemudharatan yang terhasil bilamana keadaan yang pada mulanya aman bertukar menjadi huru hara. Dan permulaan huru hara ini dipercayai dimulakan oleh agen2 yang disyaki polis cawangan khas yang turut menyamar dan menyusup masuk ke dalam kumpulan BERSIH 3.0. Dakwaan ini bukan tuduhan tanpa bukti malah turut di perakui oleh pemimpin dan penyokong tegar Umno sendiri. klik sini.

Bila keadaan sudah menjadi tidak terkawal, maka ini la peluang bagi pihak pemerintah memberi arahan agar pihak polis bertindak untuk menghalang para peserta BERSIH 3.0 dari memasuki padang Dataran Merdeka dengan cara kekerasan. 


Begitu menyedihkan bila pihak polis bukan hanya bertindak terhadap peserta BERSIH 3.0 yang merempuh masuk ke Dataran Merdeka, malah keganasan polis melarat hinggakan peserta yang tak tahu apa2 yang di belakang pun turut dijadikan mangsa. 


Sepatutnya pihak polis menangkap dan menahan kumpulan pertama yang melakukan rempuhan untuk memasuki Dataran tapi kumpulan pertama ini lepas begitu sahaja. Ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kumpulan pertama yang merempuh masuk ke Dataran tersebut adalah dari kalangan agen2 provokasi yang dipercayai terdiri dari pasukan polis SB.


Jika benar seperti tuduhan yang di lemparkan oleh peserta BERSIH 3.0, ini perkara yang amat mendukacitakan kerana pihak polis SB telah menerima arahan awal supaya melakukan provokasi yang mengundang kekecohan dan huru hara yang merugikan kedua2 belah pihak.

Dan pemberi arahan tersebut sudah tentu memegang jawatan yang berpangkat tertinggi dalam institusi tersebut atau bertaraf menteri. Takkan pegawai polis berpangkat sarjan mampu untuk mengeluarkan arahan sebegitu rupa kan.??


Amat mendukacitakan bila seseorang yang telah diamanahkan untuk menerajui institusi ini telah menyalahgunakan tanggungjawab yang telah di amanahkan. Mereka lebih suka memilih untuk memenuhi selera pemerintah dari melindungi hak rakyat untuk berhimpun yang mana akta ini telah termaktub dalam perlembagaan negara. Mereka lebih rela melihat peserta BERSIH 3.0 yang semestinya rakyat Malaysia dan anggota polis yang diarahkan untuk mengawal keadaan tercedera semata2 demi memenuhi selera politik mereka.


Dan manusia begini bukanlah negarawan tulen. Seorang negarawan tulen lebih mementingkan nasib rakyatnya dari selera politik mereka. Kepentingan dan pandangan rakyat yang menjadi keutamaan dan bukan kehendak mereka untuk mengekalkan kuasa.


BERSIH yang sudah masuk versi yang ketiga sedikit pun tidak menyedarkan pemimpin2 tertinggi negara. Malah mereka memperlekehkan tuntutan dari rakyat yang hanya mahu melihat sistem pilihanraya negara dibuat dengan lebih telus dan adil. Permintaan yang dilihat mudah dan tidak menggugatkan pun kedudukan para pemimpin negara buat masa sekarang.


Apakah selepas ini akan ada pulak BERSIH 4.0? Itu pertanyaan yang kerap menjadi pertanyaan rakyat kini. Jika masih ramai yang bertanya begini, maka pihak pemerintah sekarang patut merasa lega kerana mereka, golongan rakyat masih menaruh harapan agar pilihanraya negara perlu di rombak dan masih mahu mengealkan sistem demokrasi yang ada.


Akan tetapi jika majoriti yang hadir semasa BERSIH 3.0 ini sudah hilang kepercayaan kepada sistem yang ada, dengan penggunaan dan keganasan pihak polis yang disaksikan depan mata mereka, dengan pelbagai pendedahan provokasi yang dimulakan polis, dengan pihak pemerintah yang tak mahu mendengar rintihan rakyat, dengan SPR yang berat sebelah, maka hanya laungan REVOLUSI pulak pasti akan menyusul. 


Dan jika ini benar2 terjadi, banyak jiwa akan terkorban, banyak harta akan musnah, banyak muslihat akan digunakan dan pelbagai keburukan lain akan digunapakai bagi menggulingkan sebuah kerajaan yang degil. Keamanan akan hilang dan perkara ini akan memudharatkan negara. Apakah ini yang kerajaan sekarang mahu?


Jika pemerintah sekarang ini sayangkan negara dan bertanggungjawab, maka berbincang la dengan penganjur BERSIH supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Ketepikan ego sementara negara ini masih belum menuju kehancuran. Bersihkan daftar pemilih dan bertanding secara adil, bertanding seperti pahlawan sejati, bertanding seperti seorang anak jantan.


Tuntutan yang dibuat oleh BERSIH tidak mengancam pun keselamatan negara. Tidak pulak mendesak pemerintah untuk melepaskan jawatan. Sama sekali tidak menggalak keganasan. Amat menghairankan bila tuntutan BERSIH ini di anggap mengancam keselamatan negara. Jika memohon untuk mengadakan pilihanraya yang lebih telus dan adil dianggap mengancam negara, maka benarlah seperti yang didakwa pembangkang di parlimen bahawa sistem pilihanraya negara ini berat sebelah dan kotor dengan penggunaan pelbagai tektik licik bagi mengekalkan kuasa. 


Apakah dalam keadaan seperti ini kepentingan rakyat yang dicanang2kan itu menjadi keutamaan, sendiri kita boleh nilaikan. Mohon pemerintah dengar lah rintihan rakyat, renungkan masa depan negara andai keegoaan ini terus dipertahankan.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...