Wednesday, January 8, 2014

Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??

Tak sangka pulak sekarang ni musim bekas2 kerabat yang entah mana asal usul mula menuntut takhta kerajaan negeri yang sejarah tercatat lama dahulu yang Sultannya lari meninggalkan negeri bila negerinya di serang penjajah.

2, 3 bulan lepas, Sultan Kiram dari Sulu nak tuntut Sabah. Terbaru, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah pulak nak tuntut takhta kerajaan negeri Melaka. Klik sini dan sini

Wei!! Patutnya lu malu sebab keturunan lu berasal dari keturunan yang dayus. Sepatutnya lu pertahankan tanahair lu bersama rakyat hingga ketitisan darah yang terakhir. Tapi sebaliknya, moyang lu lari meninggalkan negeri dan rakyatnya terjajah.

Dan Sultan yang entah dari mana datangnya ni dah menang pulak tuntutan dia di mahkamah ICJ dan menuntut kerajaan negeri Melaka mengadakan rundingan dengan dia.
Gila!! Takkan la Khalil Yaakob nak lepaskan kerusi empuk macam tu saja. 
Boleh berangan la Sultan oi!!

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Paling memualkan bila rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan, ada pulak mamat yang entah dari mana datangnya nak hidup free. Makan tanggung, berak cangkung!!
Apa, mereka ingat rakyat ni tempat mereka nak kerah keringat untuk memuaskan nafsu mereka yang serupa Setan tu?

Yang ada pun dah cukup membebankan, nak ditambah lagi beban nak tanggung biawak hidup yang tak mampu untuk berdikari sendiri disertai dengan pakej dayus sebagai pelengkap kemeluatan rakyat terhadap institusi ni..

keh keh keh keh keh keh keh keh..


Projek Gajah Putih? Jahanam wei..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama betul rasanya wa tak update blog semenjak bersara sementara selepas PRU 13 lepas. Ni pun sesaja nak update nak tengok respon kot2 ada yang sudi singgah kat sini lagi..

Dalam dok merayap kat facebook dan lain2 portal, terlintas pulak nak update blog. Tak dak sapa nak marah kot kalau blog ni berfungsi balik.

Dalam dok merayap kat facebook, jumpa pulak isu yang memang dari dulu menarik minta wa. Isu projek gajah putih. Kali ni kat Batu 7, Kuala Woh.
Udah terbior dan mula jadi sarang untuk mamat dengan minah tak ada akhlak melampiaskan nafsu. Macam gampang! Udah tak ada tempat lain gamaknya demer  nak ngancok ke sampey kat situ pun jadi. Lembu betoi ler..

Sayang oo kalau tempat2 peranginan menarik macam ni tak diuruskan dengan sempurna. Bukan kat sini saja, tapi kat kampung wa pun ada. Kawasan Gua Gendang, Kampung Tasek. Dulu lokasi tu jadi lokasi wajib bagi INTAN bagi menjalankan kursus tapi kini dah rosak teruk sebab tidak diurus dengan sebaiknya. Malah promosi pun boleh dikatakan tak ada langsung dari pihak berkuasa. Macam mana la tempat2 macam nak di kenali jika PBT sendiri pun tak berusaha untuk memajukannya. Bila kita cakap nanti, marah pulak kata kita ni memandai2..

keh keh keh keh keh keh keh....

Tahun baru 2014 wa sangat2 berharap agar agensi2 yang di pertanggungjawabkan menjalankan amanah dengan sebaiknya. Jangan la buat perangai tamak haloba yang tak bawak keuntungan pun malah akhirnya membebankan pihak lain pulak. 

Kalau tak mampu nak urus dengan baik, serahkan kepada pihak yang boleh menguruskan tempat tu dengan baik. Jangan biarkan ianya rosak hanya sebab sikap tamak..

keh keh keh keh keh keh keh keh...






My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...