Wednesday, January 8, 2014

Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??

Tak sangka pulak sekarang ni musim bekas2 kerabat yang entah mana asal usul mula menuntut takhta kerajaan negeri yang sejarah tercatat lama dahulu yang Sultannya lari meninggalkan negeri bila negerinya di serang penjajah.

2, 3 bulan lepas, Sultan Kiram dari Sulu nak tuntut Sabah. Terbaru, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah pulak nak tuntut takhta kerajaan negeri Melaka. Klik sini dan sini

Wei!! Patutnya lu malu sebab keturunan lu berasal dari keturunan yang dayus. Sepatutnya lu pertahankan tanahair lu bersama rakyat hingga ketitisan darah yang terakhir. Tapi sebaliknya, moyang lu lari meninggalkan negeri dan rakyatnya terjajah.

Dan Sultan yang entah dari mana datangnya ni dah menang pulak tuntutan dia di mahkamah ICJ dan menuntut kerajaan negeri Melaka mengadakan rundingan dengan dia.
Gila!! Takkan la Khalil Yaakob nak lepaskan kerusi empuk macam tu saja. 
Boleh berangan la Sultan oi!!

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Paling memualkan bila rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan, ada pulak mamat yang entah dari mana datangnya nak hidup free. Makan tanggung, berak cangkung!!
Apa, mereka ingat rakyat ni tempat mereka nak kerah keringat untuk memuaskan nafsu mereka yang serupa Setan tu?

Yang ada pun dah cukup membebankan, nak ditambah lagi beban nak tanggung biawak hidup yang tak mampu untuk berdikari sendiri disertai dengan pakej dayus sebagai pelengkap kemeluatan rakyat terhadap institusi ni..

keh keh keh keh keh keh keh keh..


Projek Gajah Putih? Jahanam wei..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama betul rasanya wa tak update blog semenjak bersara sementara selepas PRU 13 lepas. Ni pun sesaja nak update nak tengok respon kot2 ada yang sudi singgah kat sini lagi..

Dalam dok merayap kat facebook dan lain2 portal, terlintas pulak nak update blog. Tak dak sapa nak marah kot kalau blog ni berfungsi balik.

Dalam dok merayap kat facebook, jumpa pulak isu yang memang dari dulu menarik minta wa. Isu projek gajah putih. Kali ni kat Batu 7, Kuala Woh.
Udah terbior dan mula jadi sarang untuk mamat dengan minah tak ada akhlak melampiaskan nafsu. Macam gampang! Udah tak ada tempat lain gamaknya demer  nak ngancok ke sampey kat situ pun jadi. Lembu betoi ler..

Sayang oo kalau tempat2 peranginan menarik macam ni tak diuruskan dengan sempurna. Bukan kat sini saja, tapi kat kampung wa pun ada. Kawasan Gua Gendang, Kampung Tasek. Dulu lokasi tu jadi lokasi wajib bagi INTAN bagi menjalankan kursus tapi kini dah rosak teruk sebab tidak diurus dengan sebaiknya. Malah promosi pun boleh dikatakan tak ada langsung dari pihak berkuasa. Macam mana la tempat2 macam nak di kenali jika PBT sendiri pun tak berusaha untuk memajukannya. Bila kita cakap nanti, marah pulak kata kita ni memandai2..

keh keh keh keh keh keh keh....

Tahun baru 2014 wa sangat2 berharap agar agensi2 yang di pertanggungjawabkan menjalankan amanah dengan sebaiknya. Jangan la buat perangai tamak haloba yang tak bawak keuntungan pun malah akhirnya membebankan pihak lain pulak. 

Kalau tak mampu nak urus dengan baik, serahkan kepada pihak yang boleh menguruskan tempat tu dengan baik. Jangan biarkan ianya rosak hanya sebab sikap tamak..

keh keh keh keh keh keh keh keh...






Thursday, August 22, 2013

Lebuhraya Rakyat Kelantan dikhianati??

"Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.

"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu... " - Dato Husam Musa

FAKTA ANGKA:

◆ Sebelum PRU13 - Lulus

◇ 3,000 hektar kawasan lombong bijih besi untuk dijadikan cagaran

◆ Nilainya RM2.5 billion

Pandangan Ringkas;

■ Sebuah syarikar dari Korea telah menyatakan minat untuk melabur dan membina Lebuhraya Rakyat RM1.8Billion pada sblm PRU13.

Dengan nilai Lombong terbabit, maka InsyaAllah Lebuhraya Rakyat mampu disiapkan, malah ada BAKI lagi sebanyak RM700JUTA utk pembangunan negeri.

□ Lepas PRU13, kelulusan tersebut ditarik balik dan diberikan kpd sykt tertentu? SIAPAKAH SYKT dan INDIVIDU yang dpt RM2.5 BILLION tersebut?

■ "Tangan ghaib" manakah yang mengkhianati impian rakyat untuk merasai sebuah LEBUHRAYA ini?

□ Terbaru dikatakan syarikat dari Abu Dhabi, dikatakan "berminat" untuk membiayai projek terbabit, selepas syarikat dari Korea tarik diri.

■ Adakah "tangan ghaib" itu mempunyai kepentingan dalam syarikat Abu Dhabi tersebut? Sampaikan DING DONG terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan secara terancang sykt Korea terbabit?

☆★ Hal ini perlu dijawab dengan ilmiah oleh Kerajaan Negeri, rakyat perlu tahu;

1. Kenapa syarikat Korea tersebut tarik diri? Adakah disebabkan oleh kelulusan lombong yang dijanjikan ditarik balik selepas TGNA & Dato Husam tiada dalam kabinet Exco Kelantan?

2. Siapakah "tangan ghaib" yang mengkucar kacirkan projek LEBUH RAYA Rakyat ini?

3. Siapa dan syarikat mana yang mendapat 3,000 hektar tanah tersebut dengan nilai RM2.5 billion sama dengan 2,500 juta itu?

Saya menantikan jawapan yang lengkap, bukan jawapan gopoh. Rakyat perlu tahu dan saya ingin tahu kebenarannya..




My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...