Tuesday, April 30, 2013

Nasib si pencuri LEMBUUU...


keh keh keh keh keh keh keh keh...

Tengah2 wa merayap baca e-info kat sumber2 yang ada yang sempat wa jumpa, wa terbaca pasal artikel ni yang dah awal2 lagi buat wa senyum.

Wa pun heran la bila membabitkan kes lembu. Kes ni jadi tak jauh dengan tempat wa pulak tu. Curi pakai besi dart. Kreatif memang kreatif tapi tak se kreatif bekas Ketua Wanita Umno yang tak tercalon dalam PRU kali ni angkara lembu jugak..

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Polis memang cukup terlatih dan cekap kalau bab nak tangkap penjenayah tapi wa heran pencuri lembu bernilai ratus2 juta RM boleh lepas macam tu saja. Memang kes ni bukan kes polis, cuma wa heran pihak berkuasa yang berkenaan masih gagal menyelesaikan perkara ini dengan cepat supaya wang rakyat dalam jumlah yang banyak tu dapat di kutip semula.

Nasib lu la wahai pencuri lembu bangang! Lu kalau nak curi, lu kena berguru dengan Mami Ijat dulu, baru pass. Curi ratus2 juta RM pun relaks jer. Tak payah susah2 nak angkut lembu, nak cari market lagi. Kalau dengan Mami Ijat, lu boleh untung, malah lembu lu silap2 lepak kat kondo. Tak main la duduk dalam kandang lagi..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Projek Chennai dah bermula..

PROJEK CHENNAI!! Korang tahu tak apa itu Projek Chennai? Chennai adalah sabuah negeri dalam negara India, so.....Yob panggil PROJEK CHENAI adalah untuk korang faham dengan lebih mudah.

Melaui satu sumber International Under Ground Unit Cyber ( rahsia ), Projek Chenai sudah pun bermula berbulan lepas. KHAS UNTUK PRU13.

hahaha...

Sekarang korang dah mula faham sesikit, bagusss..! Sumber itu memberitahu Yob, dalam satu panggilan telefon mengatakan bahawa MALAM INI ATAU ESOK MALAM, Projek Chenai akan dilaksanakan. dimana....!

1 - Dipintu pintu masuk utama lapangan terbang negara 
2 - Transit negara lain dan pengangkutan seperti bas bas pihak berkuasa negara
3 - Transit pulau pualu berdekatan dan akan mengunakan pengangkutan laut

PENTING :

Untuk masa ini adalah lebih baik sahabat / rakan rakan yg ada masa terluang atau yang terdekat / atau staff staff di lokasi tersebut PEKA dengan keadaan sekeliling MULAI MALAM INI mereka akan diarahkan MELAKSANAKAN PROJEK CHENAI itu.

PERHATIKAN DI KLIA / SUBANG / LCCT

Beritahu bilik bilik gerakan utama / ambil gambar yang jelas segera.

Tkaseh

Sumber : Komeneh Gopen


Wacana manifesto BN vs PR??


Wow!! Wacana Manifesto BN vs PR.. Berani betul Prof ni menyatakan sesuatu yang amat2 bertentangan dari sudut gambaran yang bekas PM Najib mahukan. (sini)

Tetapi hakikat la ni, ramai dah makin berani nyatakan kebenaran malahan sekarang ramai anak muda yang dengan lantang mempertahankan hak masing2 untuk bersuara.

Dalam wacana ni, secara terangan perbandingan manifesto antara BN dengan PR jelas memihak kapada PR. Kalau rakyat yang cerdik dah lama dah BN ni berkubur, tetapi nyata nyawa Umno/BN terletak ditangan pengundi saluran 1 yang dah kian berkurangan dalam PRU kali ni.

Ini sebenarnya yang membuatkan bekas PM Najib kelam kabut. Dia tak tahu bagaimana cara lagi untuk memenangi hati rakyat terutama pengundi muda. Malah sokongan pengundi golongan ni pun dia tak tau condong ke arah mana. Rakyat kini secara terangan menuntut perubahan.

Yang paling meloyakan dalam kempen Umno/BN kali ni pasal BR1M. Tak habis2 diulang2 supaya rakyat ingat pasal pemberian RM500 yang kononnya cukup besar bagi bekas PM Najib. Boleh buat belanja dapur setahun wei..!! Cer gadai cincin dengan beg tangan Rosmah tu sikit, boleh buat modal pilihanraya. Takpun buat modal nak cabut nanti..

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Friday, April 26, 2013

Hot! Najib demam panas!!!


Memang sahih dah bekas PM Najib ni demam panas. Makin melalut meraban sampai apa yang dia cakap pun dah makin merapu. Ada ke patut dia kata kalau Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya dan menurunkan harga minyak, yang untung ialah orang2 kaya yang ada kereta besar.

Woit Najib! Orang miskin tak pakai minyak ka? Apa ingat kami rakyat Malaysia ni hina sangat ka sampai tak mampu nak beli kereta dan motor. Kereta dengan motor kami tak pakai minyak, pakai air kencing kot. Lagi satu dia kata pekerja asing pun untung kalau harga minyak turun tapi aku selalu nampak, pekerja asing semuanya naik  basikal je. Nak naik motor, depa ada lesen ka?

Apa punya bangang punya manusia macam ni pun boleh di lantik jadi PM. Balik2 modal kempen dia kali ni berpaksi kepada bantuan BR1M yang dia rasa dah cukup banyak kot untuk membeli undi rakyat yang mahu menuntut perubahan.

BR1M yang bernilai RM500 jika nak dibandingkan dengan kadar penjimatan yang boleh dibuat andai harga minyak diturunkan memang berbeza banyak kalau kita kira betul2.. Tapi apa nak hairan, dalam Umno/BN mana ada yang cerdik sikit untuk buat pengiraan. Kang di suruh Rais Yatim yang kira, lagi haru..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..



Terhot! Tajuddin memecat pengurus FELCRA Seberang Perak!

Berita baru diterima Tajuddin Abdul Rahman (gambar) selaku pengerusi FELCRA telah memecat tugas Pengurus FELCRA Seberang Perak (bertempat di Parlimen Pasir Salak) kerana keengganan beliau menggunakan dana FELCRA untuk membiayai perbelanjaan konsert Ella, Amy Search dan kumpulan MAY yang telah dilangsungkan pada 20 April yang yang lalu.

Menurut sumber lagi, bayaran untuk artis Ella adalah sebanyak 30 ribu manakala untuk Amy Search dan May sebanyak 40 ribu.

Penolakan tersebut juga berpunca kerana sebelum itu wang FELCRA turut digunakan untuk membiayai majlis bacaan tahlil UMNO.

Walau bagaimanapun pengurus besar FELCRA yang telah dipecat tidak dapat berpindah buat masa ini kerana beliau telah dilantik oleh SPR untuk memegang jawatan Pengurus Besar Pilihanraya yang akan dilangsungkan pada 5 Mei ini.


Sosialisme dan Islam pernah dan terus bekerjasama..

Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme.
Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata.
Sementara sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial, dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata.
Al Quran menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya:
“Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu).”
Adalah jelas penentang Islam terdiri daripada golongan kaya yang korup dan mengamalkan rasuah, dan mengelak dari keseimbangan kelas.
Allah berfirman lagi dalam ayat 34 surah Saba’, maksudnya; “Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: Seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”.
Ini menunjukkan bahawa konfrontasi antara para nabi dengan kumpulan lawannya adalah bukan sahaja konfrontasi antara iman dengan kekufuran, tetapi juga konfrontasi antara dua kelas sosial iaitu kelas tertindas dan kelas penindas.
Dalam hal ini al Quran merujuk kaum penindas sebagai mustakbirun  dan kaum tertindas sebagai mustadafin. Perjuangan antara mustakbirun dan mustadafin ini akan terus berlangsung dan kaum mustadafin akan menjadi juara lantas mewarisi muka bumi ini.
Allah berfirman dalam surah al Qasas ayat 5, terjemahannya: “Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)”.
Hakikat bahawa Islam memihak kepada kaum kecil adalah jelas. Dalam hal ini kami ingin merujuk kepada kata-kata Dr Burhanuddin Al-Helmy, antara tokoh terawal Parti Islam Se-Malaysia tentang keintiman sosialisme dan Islam:
“Kerana dasar ideologi politik itu daripada Al-Quran dan Sunnah, maka cita-cita negara Islam itu boleh dikatakan cita-cita ‘negara theocracy’; sebagai membandingkan negara theocracy Islam itu nyata bukan cara ‘theocracy’ yang difahamkan Barat.
Jika teori sosialisme dan komunisme primitif itu menghendaki collective maka masyarakat primitif itu juga adalah ‘theocracy’; hal ini terbukti dalam sejarah. Maka Islam ada jua theocracy collective, atau theocracy sosialisme.”
Profesor Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, as Syahid Hassan al Banna juga kerap menegaskan bahawa Islam sangat dekat dengan sosialisme, sehingga beliau menyebut; “As a Muslim, I am close to socialism.”
Jika Islam memilih untuk melawan mustakbirun dalam kalangan korup, maka demikianlah juga yang diinginkan oleh sosialisme.
Hal ini misalnya terlihat pada kata-kata Pengerusi parti PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim bahawa sosialisme berhasrat untuk menentang ekonomi mencerut dan bersiap untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari bencana ketamakan kekayaan seandainya sistem lapuk dan jahat ini runtuh;
Sesungguhnya persamaan yang menonjol antara Islam dan sosialisme sangat banyak. Hakikat bahawa kedua-duanya Islam dan sosialis berhasrat untuk membendung cengkaman kaum mustakbirun adalah satu kenyataan yang memadai untuk berdialog dan bekerjasama.
Di peringkat global, Ikhwanul Muslimin sentiasa bekerjasama dengan puak sosialis dalam satu pakatan yang dinamai Cairo Anti-war Conference sejak 2002.
Solidariti antara kaum sosialis dan Islam sudah berlangsung, khususnya dalam melawan pelbagi bentuk hegemoni. Kumpulan sosialis adalah antara kumpulan yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Palestin.
Pemimpin sosialis seperti Hugo Chavez dari Venezuela adalah antara figur yang tidak pernah berbelah bahagi mendokongi perjuangan rakyat Palestina seiring dengan kaum muslim. Hamas misalnya menyifatkan Chavez sebagai pejuang Palestin.
Dengan mengambil kira kerangka tahaluf siyasi antara dua jemaah Islam yang berpengaruh di rantau Asia Barat tersebut, kami percaya dengan sesungguhnya bahawa semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan boleh bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia dalam melawan tirani, rasuah, ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini.

Thursday, April 25, 2013

PRU 13 : Senarai penuh calon2 bertanding Parlimen dan DUN Negeri Perak..

Calon2 Parlimen

P. 054 - GERIK 
1. NORHAYATI BINTI KASIM (PAS) LAYAK BERTANDING 
2. HASBULLAH BIN OSMAN (BN) LAYAK BERTANDING 

P. 055 - LENGGONG 
1. RAZMAN BIN ZAKARIA (PAS) LAYAK BERTANDING 
2. SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH (BN) LAYAK BERTANDING 

P. 056 - LARUT 
1. HAMZAH BIN ZAINUDIN (BN) LAYAK BERTANDING 
2. MOHD FAUZI BIN SA'ARI (PAS) LAYAK BERTANDING 
3. RAVEENDRAN A/L M.VALLIKANA (BEBAS) LAYAK BERTANDING 

P. 057 - PARIT BUNTAR 
1. MUA'AMAR GHADAFI JAMAL BIN JAMALUDIN (BN) LAYAK BERTANDING 
2. MUJAHID BIN YUSOF (PAS) LAYAK BERTANDING 

P. 058 - BAGAN SERAI 
1. MOHD NOR BIN HJ. R. M. MONUTTY (PKR) LAYAK BERTANDING 
2. ABDUL LATIF BIN MASUD (BEBAS) LAYAK BERTANDING 
3. NOOR AZMI BIN GHAZALI (BN) LAYAK BERTANDING 

P. 059 - BUKIT GANTANG 
1. ISMAIL BIN SAFFIAN (BN LAYAK BERTANDING 
2. IDRIS BIN AHMAD (PAS LAYAK BERTANDING 

P. 060 - TAIPING 
1. TAN LIAN HOE (BN) LAYAK BERTANDING 
2. NGA KOR MING (DAP) LAYAK BERTANDING 

P. 061 - PADANG RENGAS 
1. MEOR AHMAD ISHARRA BIN ISHAK (PKR) LAYAK BERTANDING 
2. MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (BN) LAYAK BERTANDING 

P. 062 - SUNGAI SIPUT 
1. NAGALINGAM A/L SINGARAVELLOO (BEBAS) LAYAK BERTANDING 
2. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ (PKR) LAYAK BERTANDING 
3. DEVAMANY A/L S KRISHNASAMY (BN) LAYAK BERTANDING 

P. 063 - TAMBUN 
1. AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (BN) LAYAK BERTANDING 
2. SITI AISHAH BINTI SHAIK ISMAIL (PKR) LAYAK BERTANDING 

P. 064 - IPOH TIMOR 
1. KATHLEEN WONG MEI YIN (BN) LAYAK BERTANDING 
2. SU KEONG SIONG (DAP) LAYAK BERTANDING 

P. 065 - IPOH BARAT 
1. KALWANT SINGH A/L SUJAN SINGH (BEBAS) LAYAK BERTANDING 
2. M. KULASEGARAN A/L V. MURUGESON (DAP) LAYAK BERTANDING 
3. CHENG WEI YEE (BN) LAYAK BERTANDING 

P. 066 - BATU GAJAH 
1. SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU (DAP) LAYAK BERTANDING 
2. LOO THIN TUCK (BN) LAYAK BERTANDING 

P. 067 - KUALA KANGSAR 
1. KAMILIA BINTI IBRAHIM (BEBAS) LAYAK BERTANDING 
2. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD (BN) LAYAK BERTANDING 
3. KHALIL IDHAM LIM BIN ABDULLAH (PAS) LAYAK BERTANDING 

P. 068 - BERUAS 
1. CHANG KO YOUN (BN) LAYAK BERTANDING 
2. NGEH KOO HAM (DAP) LAYAK BERTANDING 

P. 069 - PARIT 
1. MOHD ZAIM BIN ABU HASAN (BN) LAYAK BERTANDING 
2. MUHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB (PAS) LAYAK BERTANDING 

P. 070 - KAMPAR 
1. LEE CHEE LEONG (BN) LAYAK BERTANDING 
2. KO CHUNG SEN (DAP) LAYAK BERTANDING 

P. 071 - GOPENG 
1. TAN CHIN MENG (BN) LAYAK BERTANDING 
2. LEE BOON CHYE (PKRLAYAK BERTA
NDING 

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE–13


1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA) 


2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG) 

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN) 

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD 

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG) 


6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN) 

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.) 

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA 

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD 

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN 

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.) 

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM 

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN) 

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI 

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD 

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM 

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR 

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER 

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR 

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN 

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN 

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR 

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD 

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB 

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM 

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM 

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR 

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA 

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE 

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI 

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS 

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG 

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL 

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI 

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL 

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN 

42. MAMAT BIN BALHANA 

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP 

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS 

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG 

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR 

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH 

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH 

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR 

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI 

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT 

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK 

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD 

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA 

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL 

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN 

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF 

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA 

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN 

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON 

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

Wednesday, April 24, 2013

Jawapan kepada persoalan yang di timbulkan oleh Haji Hadi Awang berkenaan PSM...



Baru-baru ini dan menjelang pengundian pilihan raya, tersiar ucapan Ustaz Hadi Awang dalam u-tube mengutuk golongan kiri,berfahaman komunis, mengaitkan dengan Parti Lenin, Parti Stalin.
Persepsi ini telah mendorong banyak pihak termasuk pihak Media yang ingin mendapat feedback dari kami kerana beranggapan serangan ini ditujukan kepada kerusi Kota Damansara yang disandang oleh Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM  yang bertanding menggunakan logo PKR.
Kami juga difahamkan Kepimpinan PAS malam ini akan membincangkan isu ini. PSM adalah rakan seperjuangan PR dan kami bersama PR dalam pelbagai isu perjuangan rakyat dan ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Isu ini menjadi kecoh hanya apabila PAS Subang meletakkan calon walaupun tanpa restu PAS Selangor dan Pusat semasa hari percalonan. Ini perlu dijelaskan. Selain itu, kami berharap Presiden PAS memperjelaskan samaada serangan beliau ditujukan kepada PSM dan Kerusi Kota Damansara. Bagi kami ini sebenarnya bukan persoalan ideo   logi tetapi hanya perebutan kerusi.
Walaubagaimanapun Kami kecewa dengan hujah-hujah Ustaz Hadi Awang. Kutukan dan cemuhan yang tidak berasas terhadap kami sungguh menyedihkan,  bahkan memfitnahkan kami sejajar dengan larangan dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah 2: 191,214  Fitnah lebih kejam daripada pembunuhan
Tuduhan ini menghambat dan menyekat hasrat kami memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas seperti yang diarahkan Allah  SWT dalam Al-Quran Surah An-Nisa 4:135  “ Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan”

Mahathir bengong..??????

Aku baru habis tonton rancangan talkshow yang menjemput Mahathir sebagai panelis. Ini rancangan berbaur politik sebenarnya. Strategi BN untuk raih undi. Kiranya salah satu kempen politik la. Disiarkan di saluran NTV7.

Sebenarnya setelah menonton rancangan itu, aku dah dapat faham serba sedikit apa yang Mahathir faham mengenai agenda perubahan yang dipush oleh rakyat bawahan macam aku neh. 

Apa yang Mahathir faham ialah MAHATHIR TAK FAHAM LANGSUNG apa2 yang kami sebagai rakyat mahukan.

Dia asyik bercakap pasal PR. Sekarang neh yang nak mengundi BN, PR saja ke?

Sekarang neh SEMUA RAKYAT MALAYSIA hanya terbahagi kepada BN dan PR sahaja ke?

Antara yang Mahathir hujahkan.

PR bercakap kebebasan bersuara. Aku setuju dengan points nya. Tiada kebebasan suara yang mutlak. Kita tak boleh wujudkan kebebasan suara yang MUTLAK. Tetapi apa yang rakyat mahukan? Rakyat mahu mewujudkan HAK UNTUK MENYUARAKAN KETIDAKADILAN. Kita bukan cakap nak pergi BOGEL tengah jalan dan hey ini kebebasan oke. No. Kita bukan gila. Tetapi kita minta SUARA semua rakyat diperdengarkan tanpa prejudis. Owhh ko PR, jangan bagi ruang masuk dalam tv. Kang habis keburukan BN dibongkarkan. Ini yang sedang berlaku dan ini yang Mahathir cover. Yang kita mahu, kita tak peduli be it PR dan BN, apabila ketidakadilan itu WUJUD, kita mahu menyatakan ia secara TERANG-TERANGAN TANPA SEKATAN supaya SIASATAN dan KEADILAN untuk kita DAPAT DIJALANKAN. Simple ma.

Mahathir bercerita pasal campurtangan negara luar. Konon nya secara halus nak kaitkan ia PR. Kalau dah begitu, buka sahaja siasatan diraja. Siasat la sampai habis, cari saja bukti dan jika ada humbankan sesiapa saja yang mahu jual negara ini ke Yahudi ke, ke Filipina ke, atau ke sesiapa sekalipun. Buat apa bercakap tanpa bukti ke sana ke mari sedangkan tiada langkah2 yang membendung perkara tersebut? Jika benar wujud, nah dakwa la. Jalankan siasatan la. Apa yang mengikat kakitangan BN ketika berkuasa dulu? [sekarang kerajaan sementara sebab pru-13].

Mahathir bercerita pasal racist. Sebenarnya dia dah salah faham. Tidakla bermaksud asalkan mempertahankan hak dan kepentingan melayu itu namanya racist. Sebenarnya kita kena faham. Yang kita citer pasal MERITOKRASI tue bukan bermaksud yang bagus2 je layak mendapat semua benda. TIDAK. Satu salah faham oleh Mahathir. Yang kita kata ikut MERIT tue maksudnya ikut kebolehan dan kelebihan ko. Oke ada tender terbuka neh. Masing2 seme apply. Anak menteri ke anak kontraktor ke anak tukang sapu sampah ke seme apply. Then dinilai berdasarkan MERIT masing2. Nampaknya anak sapu sampah lebih berkelayakkan dari segi pengalaman, dari segi kerja dan etc2. Tapi anak menteri yang di pilih sebab KRONI. Ini adil ke? Ini tidak adil. Jadi MERIT seperti ini yang kita persoalkan. Bukan isu miskin kaya. Bukan kita larang dan halang kerajaan BANTU bumiputera yang MISKIN. Bahkan kita sangat2 alukan. 

Tuesday, April 23, 2013

Perak : Bekas MB bikin lawak...!!!!

Warghkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah....

Bekas MB Haram Perak buat lawak sedih pulak dah bila di gelar 'HARAMJADAH' oleh Hj Nizar dalam satu ceramah wei....

Nasib baik la hari penamaan calon dah lepas, tu pun nama bekas MB Haram ni hampir2 tertinggal dari senarai akhir calon Umno/BN Negeri Perak bagi mempertahankan kerusi DUN Pangkor yang di menanginya pada tahun 2008.

Kalau belum penamaan calon, wa rasa nama Zambry Kadir kena drop terus sebab ulasan dia dalam nada sedih menggambarkan bahawa orang yang keluarkan perkataan 'HARAMJADAH' tu mempunyai hati yang kotor. Dia terlupa ke yang bekas PM Najib pun pernah maki hamun peneroka yang menentang penyenaraian FGVH dengan gelaran yang sama. Dan scene tu menjadi cukup2 hot.

Wa rasa agak amat mustahil bagi Zambry yang dia tak tahu berkenaan isu tu. Ke, ada sesuatu yang berlaku di belakang tabir yang tak berapa enak untuk didedahkan melibatkan dia dan PM Najib? Dan peluang ini digunakan oleh Zambry untuk menghentam kedua2 belah pihak yang cuba menyerang dia? Serampang dua mata tu..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Tak payah sedih la bekas MB oi.. 5 hb ni, rakyat akan pastikan kerusi pembangkang diisi oleh puak2 Umno/BN pulak dan mungkin Zambry akan dudk di kerusi ketua pembangkang negeri Perak jika mendapat mandat dari Presiden Umno. Ada lagi ke Presiden Umno waktu tu?

Warghkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.......


Posting dari komen, lantak laaaa....

Wei...!!!!

Posting yang wa cilok dari Malaysian Insider kat sini mendapat komen yang pro dan kontra dengan situasi semasa politik tanahair terutama yang bergolak sedikit dalam Pakatan Rakyat. Wa ingat sesaja jer wa nak share benda tu sebagai koleksi biasa, rupanya ramai yang tengah tunggu masa nak luahkan apa yang patut dan tak patut dilakukan di saat2 genting macam ni.

Wa copy paste kan jer la komen2 tu kat sini untuk lu orang nilaikan sendiri kelayakan seseorang pemimpin tu samada layak atau tidak untuk diangkat menjadi seorang ketua kerajaan @ PM.

Seperti ibarat dalam perlawanan lumba lari, tika sudah hampir sampai garisan penamat yang merentangi jalan, dan Pakatan berada dalam posisi terbaik 1, 2, 3,  malangnya ada rakan yang membentes kaki rakan lain hingga menyebabkan semuanya tersungkur dan pihak lawan yang ketinggalan di belakang mampu memintas dengan selesa tanpa perlu bersusah payah. Apakah ini yang bakal berlaku nanti? Harap2 jangan la ada pimpinan dari ketiga2 parti dalam Pakatan yang cuba2 untuk sabotaj gerakan rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada kali ni..

13 comments:

  1. TGHH dapat maklumat tentang Karl Marx, Lenin dll dr UMNO mcm dulu2 kita dpt maklumat psl DAP dr lidah UMNO. Rakyat dah cerdik tp pemimpin pulak ......
    ReplyDelete
  2. Nampaknya TGHA dah kemaruk nak kumpul seberapa banyak calon PAS tampa memperdulikan hak rakan-rakan lain dlm Pakatan. Ini agenda utk memperkuatkan sokongan ahli partinya utk melangkah ke Putra Jaya sebagai Perdana Menteri. Cermin diri dulu TGHA. Sifat tamak TGHA dah nampak jelas - bila nampak peluang utk menang, mulalah tunjuk taring.

    Sedarlah diri tue..........sedangkan negeri sendiri kamu tiada kredibiliti bila terbukti hanya boleh bertahan satu penggal sahaja. Kerana mabuk kuasa, kamu reka dasar itu dan ini tanpa memperdulikan sentimen penganut agama lain. Inikan pula nak pegang jawatan PM? Sebenarnya rakyat Terengganu sendiri menyampah dgn dasar TGHA. Lantas menghumban PAS slps tamat satu penggal. Hakikatnya rakyat Terengganu sayang PAS..........masalahnya mereka hanya menunggu saat jatuhnya TGHA.

    Lain kali jer laa TGHA. Kena belajar banyak-banyak dulu sbb jawatan Perdana Menteri bukan semudah jawatan yg kamu pernah sandang dulu.
    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau Siapa Nak Cakap Tuan Guru Haji Hadi Macam Tu...Apa Taraf Kau...Bahalol...
      Delete
  3. Siasatan mesti dijalankan. . . .gambar Hassan Al-Bana ada, Syed Qutub ada, Tok Kenali pun ada. Keadilan terbukti membuat leceh di Perak, Selangor. Mahasiswa apa ke bende. . . .puja tokoh pengasas ajaran komunis.
    ReplyDelete
  4. https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=350329985069232&id=100002767011148
    ReplyDelete
  5. sumbat jer mulut hadi ngan spender Mustapa ali..mulut longkang.....kahakkk petuiihh...
    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap Tu Agak2 Sikit...Respectlah Sikit Orang Yang Lebih Alim Dari Kau...Makam Penampaq Kang....
      Delete
  6. yg zamri kata haramjadah tu ko tak ambil peduli? yg najib nazak kata haramjadah tu ko kata baik ke? lahanat punya ameno dah nak kalah buat2 sewel pulak. booooo bn barsan neraka kui kui kui.
    ReplyDelete
  7. Kah kah kah...

    Wak Tukiran Paidi...

    Kalau tak tahu apa sebab yang sebenar kenapa kerajaan PAS Terengganu dapat sepenggal je lebih lu diam-diam layan rock...

    Kalau nak komen berdasarkan keterangan dengar cakap ni kat mahkamah memang tak laku.
    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak kata undi hantu, tue citer basi. Ape kurang nyer di Kelantan? Berapa ribu org Siiam layak mengundi diangkut BN sejak TGNA belum jadi MB agi? Knp PAS bole bertahn menerajui Kelantan hingga 5 penggal? Knp TGHA xamik contoh cara TGNA mendekati rakyat termasuk golongan pengundi-pengundi Siam? Wak kecewa dgn TGHA stlh 2 penggal masih xmampu lagi menyantuni seluruh rakyat Terengganu. Knp perlu ade agenda kerajaang perpaduang dlm PAS? Knp virus-virus dicipta hingga ujudnya agenda itu xdihapuskan secara total? Di Kelantan xujud isu calon bertindan sesama rakan dlm PR apabila persepakatan kuat, tapi Terengganu sbg jiran Kelantan di mana TGHA sbg Presidan PAS bertanding, xde persefahaman dlm pembahagin kerusi seolah-olah memberi tanggapan negatif rakyat Terenggan terhadap pimpinan TGHA dan rakan-rakan dlm PKR. Aku yakin harapan UMNO utk menawan Kelantan mimpi di siang hari. Sbg Presiden PAS, TGHA sepatutnya bijak memain peranan bagi mengatasi kelemahan yg sedia ada dan memperkukuhkan benteng menghadapi parti lawan. Menyerang rakan sesama dlm PR tanpa bukti serta saksi yg cukup mengikut syarak hudud seolah-olah memberi bola tanggung pada pihak lawan.

      SEBAGAI POLITIKUS DAN AGAMAWAN, WAK SBG VETERAN MCM TGHA, HARUSLAH MENGAMBIL PENDEKATAN YANG BAIK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH CALON BERTINDAN DAN BUKANNYA BERUCAP DENGAN MENGAIBKAN RAKAN KITA DALAM PAKATAN RAKYAT DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI.
      Delete
  8. Cer teliti video ulasan berhemah DSAI ttg isu pertindanan calon dalam PR. Kalau dibandingkan nada suara dan penyampaian dgn TGHHA ke atas isu yg sama, cer anda nilai siapa yg lebih beradab? Bagi saya ulasan TGHHA sbg senjata makan tuan.

    Kalau ikut perkembangan politik negara, xsyak lagi TGHHA mmg PAS di bawah pimpinnnya amat sensitif kalau ada pihak yang memperlekeh hukum hudud. Dlm isu pertindanan calon, TGHHA dgn angkuh menjelaskan tujuan PAS meletakkan calon di kawasan yg dipertandingkan juga oleh rakan dlm PR kononnya sbg penyelamat dan menuduh ada calon lain parti lain dlm PR sbg pengedar pil kuda dan lain-lain lagi.

    Mungkin dlm bab agama, aku mmg xlayak berbicara dan kalau dibandingkan dgn ilmu agama yg ada pada TGHHA. Aku cuma nak ulas sepekara bahawa di atas kepala TGHHA tue bukanlah baseball cap. Ianya adalah manifestasi seorg yg sudah mencapai tahap ilmu dan peradaban Islam yg tinggi. Namun agak malang dan kecewa terhadap TGHHA melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap rakan-rakan dlm PR yg juga beragama Islam tanpa Secukup saksi dan bukti seperti dinyatakan dlm syarak dlm bab hudud.

    Pada hakikatnya, rakyat Terengganu xde beza dgn rakyat Kelantn. Mereka sayang PAS. Namun melihat sikap TGHHA yg terlalu extreme tanpa mengira sensitiviti penganut agama lain di Terengganu, walaupun berat, mereka terpaksa menghukum PAS stlh selama satu penggal TGHHA menerajui kerusi Menteri Besar.

    Kenapa rakyat Kelantan xmenghukum TGNA seperti rakyat Terengganu lakukan trhadap TGHHA? Sbbnya pendekatan TGNA terhadap penganut agama lain jauh lebih diplomatik drp TGHHA. Jawatan sebagai Presiden PAS nyata membuat TGHHA angkuh dan xmenghormati pemimpin-pemimpin lain samada dlm PAS atau 9akatan Rakyat.

    Aku sokong DSAI jadi PM kalau PR menang PRU 13. Bagi TGHHA, seperti kata Tukiran Paidi, lain kali jer laa. Kena belajar banyak . Sdgkan di negeri sendiri cuma boleh bertahan sepenggal, inikan pula nak jadi Perdana Menteri?

    Demi Allah, sekiranya ditakdir aku sempat utk mengundi dlm PRU 13 nanti, aku tetap pangkah PAS di kawasan aku di Kelantan.
    ReplyDelete

Monday, April 22, 2013

Hadi jangan jadi macam Mahathir!!!!

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) begitu terkilan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkenaan dengan kenyataannya semalam yang seolah mahu menghancurkan tahaluf siyasi yang dibina selama ini.
Tindakan yang kononnya mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sebenarnya tidak berasas. PAS tidak sepatutnya melakukan perkara yang menghancurkan persefahaman.
Sekiranya ada calon yang menjadi “pengedar dadah”, buat sahaja laporan Polis dan kemukakan bukti. Tak molek sekiranya bercakap kosong dan bertindak sebegini.
Hadi juga seharusnya menghormati dan tidak menghina fahaman orang lain, Islam menyebut bahawa “tiada paksaan dalam beragama” malah dalam alkafirun, allah menggesa umat islam menghormati pegangan orang lain.
Berkenaan dengan isu gambar Karl Marx, Stanlin dan Lenin di dalam bilik gerakan, kami tidak rasa ada sebarang masalah kerana kesemuanya merupakan tokoh dalam perjuangan menegakkan negara yang berlandas kebajikan sosial.
Tindakan ini sama sahaja seperti menggantung gambar Tuan Guru Nik Aziz dalam bilik gerakan, apa bezanya?
Kalau pun ada calon yang menganut fahaman komunis, Hadi sepatutnya rasa “bangga” kerana Islam sendiri meletakkan kesamarataan dan keadilan di tempat yang tinggi. Mungkin Hadi patut buka sejarah semula mengenai gerakan komunis di malaysia dalam usaha kemerdekaan negara.
Hadi sepatutnya meraikan kepelbagaian idea dalam negara demokrasi ini, bukan memaksa orang lain berfikir dalam satu acuan sahaja. Islam sendiri meraikan kebebasan berfikir apabila dalam al-Quran berulang kali menyebut “Afala Taqqilun” (tidakkah kamu menggunakan aqal?) dan “afala tatafakkarun” (tidakkah kamu berfikir?)
Jika perkara ini terjadi, memang sah Malaysia tidak akan ubah seperti zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad bila mana rakyat dikekang daripada berfikir dan bercakap sehingga wujud budaya takut atau “culture of fear” sehingga tercipta istilah Mahathirisme.
Kami mohon supaya Hadi menarik balik kenyataannya sebelum terlambat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Lembu betina gila mengamuk di Perak!!!

Wow!!!

Perak dah makin panas dengan demam PRU bila bakal2 calon dah bertegang leher sampai main2 cekak2 baju. Tidak menghairankan bila budaya politik samseng ni makin menjadi2. Bukan setakat pecacai samseng Jalan Kebun jer, tapi ni peringkat pemimpin, bekas Exco Kanan lagi.

Calon DUN Sg Rapat dari Umno/BN serang calon Parlimen Gopeng? Biar betul Kak Midah oi! Dengan jantan pun lu nak bergasak ni. Agak2 la sikit, lu tu perempuan, melayu pulak tu. Mana adab perempuan melayu ni sampai bawak geng nak pi pukul pihak lawan. Mujur la tak ada kejadian yang lebih buruk berlaku. Kalau tak, mungkin akan memanaskan lagi bahang pilihanraya kali ni.

Mengikut cerita dari pihak calon Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, serangan tu berbentuk provokasi supaya pihak dari PKR bertindak balas atas serangan tu. Tapi mujur pihak dia mampu untuk mengawal keadaan dengan bantuan pihak polis.

Ni posting member wa, Ketua Penerangan AMK Perak yang wa cilok dari portal DetikDaily..


Dan ni pulak laporan polis yang dibuat di Balai Polis Simpang Pulai oleh Dr Lee Boon Chye.


Dah makin gila dah politik kat Perak ni. Punya la panas bila dah kelihatan kuasa ditangan bakal berakhir sekali lagi. 

Dengar cerita punya la kalut PRU kali ni sampaikan bekas MB Perak, Zambery Kadir pun tak tau samada dia dicalonkan ataupun tidak kali untuk bertanding mempertahankan DUN Pangkor hingga ke saat akhir. Betul ke??

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...