Friday, April 5, 2013

Pengajaran : Mencantas bendera Pas, bendera BN pulak disambar Petir ..

Peristiwa Ini Berlaku Kira Kira 3 Minggu Yang Lalu.

Sudah heboh diperkatakan dikawasan Tanjung Belanja hingga ke Kampung Choping. Kejadian mencantas bendera Pas disana begitu berleluasa sekali.

Banyak bendera telah dicantas mengunakan pisau dan golok. Perkara ini telah menimbulkan keadaan tidak senang hati dikalangan penyokong Pakatan Rakyat. Apa yang boleh mereka lakukan ialah bersabar dan berdoa agar si pelaku akan insaf dan tidak melakukan perbuatan tersebut lagi.

Disamping itu usaha untuk menaikkan bendera yang baru turut giat dijalankan tanpa memikirkan risiko untuk ianya dicantas kembali.


Namun mungkin petunjuk dari Tuhan, telah berjaya menghentikan perbuatan khianat itu. Ditengah tengah kekalutan itu, tiba tiba sebuah bendera besar Barisan Nasional telah hangus disambar petir.

Kesan petir tersebut juga telah memusnahkan pokok dimana bendera besar tersebut telah digantungkan. Peristiwa itu sungguh memberi kesan kepada penduduk kampung dalam menentukan pilihan mereka semasa PRU 13 nanti.

Sesungguhnya peristiwa ini telah menginsafkan pelaku cantas bendera berkenaan. Sehingga hari ini, tiada lagi bendera PAS yang dicantas.


Cebisan bendera BN yang tinggal

Sumber : Klik sini dan sini.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...