Thursday, May 31, 2012

Panas: Pengagihan tender hanya untuk kroni??

Sekarang ni bermacam2 projek dijalankan dalam keadaan yang boleh dikatakan projek mee segera. Dimana2 sahaja sepanjang jalan akan kelihatan bermacam2 projek termasuk projek pembesaran jalan, jalan tar yang tak rosak pun ditampal semula dan projek longkang. Kebanyakkan projek membabitkan kontraktor kelas F yang rata2nya di pegang oleh kontraktor pemuda Umno.
Bagaimana cara pengagihan kontrak ni masih lagi menjadi tandatanya samada dibuat secara tender terbuka atau tender anugerah dari kerajaan negeri. Tapi bila ditanya, jawapannya sudah tentu secara tender terbuka tapi hairan bagaimana hanya kontraktor2 tertentu sahaja yang dapat. Yang tak ada cable, hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa2 pun.
Mungkin begitu jugak la keadaannya yang terjadi di daerah Pengkalan Hulu. Projek pembangunan Bandar Baru Pengkalan Hulu telah dianugerahkan kepada Syarikat Gemersik Aneka Sdn Bhd, (no pendaftaran 865205-u) yang di punyai oleh bekas ADUN Tebing Tinggi dalam kawasan Parlimen Ipoh Timur, Dato Chew Wai Khoon dan syarikat ini jugak adalah syarikat yang dipunyai oleh ahli keluarga dia saja.
Perkara berhubung dengan pendaftaran syarikat ini telah mendapat pengesahan dari Pendaftar Perniagaan (SSM). Yang menjadi persoalan, bagaimana syarikat ini pulak yang dianugerahkan tender oleh kerajaan negeri sedangkan di Pengkalan Hulu sendiri terdapat ramai lagi kontraktor2 tempatan dan bumiputera yang berkelayakan untuk mengendalikan projek pembangunan ini. Dan yang agak mengejutkan bila mana syarikat milik bekas Adun dari MCA ini dianugerahkan tender sedangkan syarikat dia mengalami kerugian sebanyak RM159,764.00 merujuk kepada laporan kewangan syarikat pada 30-6-2011?
Dan mengundang kepada kemusykilan yang bertambah rumit bilamana YDP Pengkalan Hulu yang baru bertukar ke situ telah membuat aduan kepada kerajaan negeri berhubung dengan perkara ini tetapi telah diarahkan pulak oleh pihak negeri supaya tetap memberikan tender ini kepada syarikat Gemersik Aneka Sdn Bhd jugak kerana telah mendapat persetujuan dari pihak Exco negeri Perak sedangkan tender tidak dibuat secara terbuka.
Kebanyakkan penduduk di Pengkalan Hulu melahirkan sedikit rasa kekecewaan apabila projek pembangunan yang sepatutnya dibuat bagi kemajuan di daerah itu telah di buat tanpa memperdulikan nasib kontraktor2 yang lain yang terdapat di dareah itu bila projek telah dianugerahkan kepada orang luar sedangkan di daerah itu pun terdapat ramai kontraktor dalam kelas yang berbeza2. Dari kelas A sampai F, semua ada. Yang dapat kepada mereka hanya tender projek2 kecil yang diberi atas dasar nak ambik hati supaya tak berpaling tadah dari menyokong kerajaan negeri yang sedia ada.
Terdapat beberapa persoalan yang perlu di jelaskan oleh pihak Majlis Daerah Pengakalan Hulu kepada seluruh rakyat di daerah tersebut :
1) Adakah perjanjian diantara Majlis Daerah Pengkalan Hulu & Pemaju menguntungkan MDPH atau hanya menguntungkan segelintir orang2 yang berada di dalam MDPH ?
2)Adakah projek pembangunan ini dipamerkan untuk tujuan bantahan dan pandangan awam penduduk Pengkalan Hulu bagi tujuan membina keyakinan penduduk terhadap segala kepentingan penduduk tidak terjejas?
3)Kebanyakkan masyarakat Pengkalan Hulu memohon agar pihak MDPH membentangkan kertas pameran maklumat berkenaan Projek Mega Bandar Baru Pengkalan Hulu bagi pengetahuan semua pihak.
Apakah ini slogan yang menjadi kebanggaan pemimpin tertinggi di negeri Perak ini? Kemana hilangnya kepercayaan kerajaan negeri terhadap kontraktor tempatan hinggakan terpaksa melantik kontraktor yang diketahui umum mengalami kerugian dalam laporan kewangan syarikat tersebut. Apakah jaminan bahawa projek ini tidak akan terbengkalai? Atau adakah pemberian tender ini sebagai salah satu cara bagi membantu syarikat yang sedang tenat akibat pengurusan yang tidak cekap.
Kepada kontraktor yang disisihkan di Pengakalan Hulu tu, apakah masih tetap nak beri sokongan jugak terhadap kerajaan negeri yang tidak memperduli pun nasib kontraktor tempatan disitu? Apatah lagi nasib golongan muda yang mengharapkan pekerjaan dari projek pembangunan di Pengkalan Hulu tu. Ibarat anak kera di susu kan, anak sendiri terhegeh2 tak dapat projek walaupun berada betul2 di depan mata.

WWW 1 : Jadi isu yang lebih hangat dari masalah ekonomi negara??

Bila Datuk Seri Nizar menegur tindakan Sultan Johor yang membelanjakan lebih setengah juta RM hanya untuk membeli nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 kini menjadi hangat malah lebih hangat dari isu yang lebih besar melibatkan ekonomi negara. Malah isu Skandal Scopene pun tidak mampu untuk menandingi populariti membabitkan isu no plat.


Bagi wa, teguran yang dibuat oleh DS Nizar bukannya satu kesalahan yang amat serius yang perlu diberikan perhatian khusus. Malah bagi wa, tindakan DS Nizar adalah amat wajar dalam menegur corak perbelanjaan Kerabat DiRaja yang kelihatan membazir sedangkan di negeri yang dinaungi baginda sendiri terdapat ramai lagi rakyat yang miskin dan memerlukan perhatian segera.


Kalau teguran untuk menasihatkan Baginda Sultan supaya lebih perihatin dengan masalah rakyat di anggap derhaka, maka jika mendiamkan pulak akan dianggap apa di sisi agama Islam. Bukan kah di dalam agama ada menyuruh supaya kita saling tegur menegur, nasihat menasihati sesama manusia. Bayangkan dengan jumlah wang yang telah dibelanjakan itu untuk membeli no plat, berapa ramaikah rakyat miskin yang boleh dibantu menggunakan wang tu?


Isu ini wa cuma boleh kata sengaja di panaskan oleh pihak yang berlawanan dengan DS Nizar bagi menggambarkan bahawa DS Nizar ni memang penderhaka kerana rekod telah di cipta tatkala berlaku krisis perlembagaan di Perak dulu angkara rampasan kuasa oleh Umno/BN.


Walaupun DS Nizar telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dari medium yang sama, iaitu melalui twitternya, namun isu ini dilihat sebagai senjata bagi Umno/BN untuk menghentam DS Nizar yang telah diwar2kan oleh Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat berjaya menawan kembali Perak.


Ini terbukti bila Menteri Besar mahkamah Perak, DS Zambry menganggap kritikan DS Nizar sebagai tindakan tidak wajar malah seperti menghina institusi DiRaja. yang peliknya, Baginda Sultan Johor tidak pulak melenting. Malah baginda mungkin merasa bersyukur kerana masih ada hamba rakyat negara ini yang begitu prihatin dengan institusi Di Raja melayu.


Umno tak payah la nak tunjuk jaguh dalam membela institusi Raja2 melayu kerana dah terbukti mereka yang telah sekian lama menderhaka terhadap Sultan dengan menarik kekebalan Raja2 melayu. Bagaimana ketika era zaman Mahathir institusi Raja2 melayu diaibkan malah dianggap sebagai bebanan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat. Kini mereka pulak yang nak tunjuk jaguh kononnya pembela kepada Raja2 melayu.


Sebagai ketua agama Islam di negeri tersebut, sikap pembaziran ini bukannya amalan sebagai seorang umat Islam yang baik. Bukankah lebih mulia malah mungkin lebih tinggi martabatnya jika wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat jelata yang lain yang kini di himpit dengan arus kemiskinan.


Sepatutnya isu ini dianggap selesai dengan penjelasan yang telah dibuat oleh DS Nizar bahawa dia tidak berniat untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 itu kerana itu adalah pandangan dia sebagai rakyat biasa yang mana didalam negara ini masih terdapat rakyat miskin yang hidup melarat yang amat2 memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk.


Permohonan maaf sudah, penjelasan pun sudah cuma ada pihak yang masih cuba untuk memanaskan keadaan supaya DS Nizar dilihat sebagai penderhaka yang mesti di singkirkan. Atau mungkin dengan aura yang ada pada DS Nizar yang menggerunkan sesetengah pihak yang berasa tergugat dengan kebangkitan rakyat terutama rakyat di Perak khususnya.


Bagi wa, DS Nizar merupakan pemimpin yang berani kerana bertindak untuk menegur kesilapan walaupun pada dasarnya bukan kesilapan, tetapi norma2 manusia yang berpindidikan agama pasti kan menganggap perkara ini sebagai satu pembaziran.



Friday, May 25, 2012

Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali..

Memandangkan populariti moderator debat antara YB Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli naik mendadak akibat cabaran yang di lontarkan sebagai ungkapan penutup tirai debat tersebut, wa copy paste kan surat terbuka Dr Maszlee Malik ke dalam blog wa sebagai tatapan kepada semua pengunjung wa tak kira la apa anutan politik masing2..


Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.


Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.


Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM

Wednesday, May 23, 2012

Debat: RM 237 billion sampai ke sudah tak di jawab..

Tahniah di ucapkan kepada 2 pendebat ini kerana berani muncul secara live untuk berdebat bekaitan isu PTPTN. , Harapan juga agar moderator tidak di beri surat tunjuk sebab dari UIA kerana mencabar Najib dan Anwar untuk berdebat. Tidak dinafikan juga KJ dan Rafizi di kenali sebagai contoh bijak pandai dalam PKR dan UMNO berhujah secara live dan fakta untuk jadi pemimpin masa hadapan.


Sehingga ke pusingan akhir ada 2 pertanyaan dari Rafizi kepada KJ tentang kemanakah hilangnya RM237 Billion semasa zaman pentadbiran bapa mertua beliau tentang semasa menjawat jawatan PM tidak di jawap olah KJ. Sebagai punasihat Pak Lah dan Ketua Pemuda UMNO yang lantang apabila berucap, sedikit sebanyak telah memalukan UMNO dan BN menyerlahkan bagaimana satu lagi episod harta negara di belasah oleh UMNO dan gerombolan 

Kita boleh lihat data-data yang dirujuk Rafizi bagaimana hutang PTPTN boleh muflis kan sesuatu negara jika tidak tuntut dan semakin meningkat contohnya USA hutang pendidikan nya meningkat USD2.6 Trilion, disanggah oleh KJ yang menganggap hutang PTPTN ini perlu di bayar untuk perkembangan ekonomi negara

Angka yang di hujahkan KJ menyanggah dan meyimpang dari fakta yang di bentangkan oleh Rafizi berkaitan PTPTN apatah lagi untuk menjawap beberapa isu rasuah yang Rafizi selitkan dalam hujah beliau.

KJ kena ingat semasa Anwar dalam UNMO dulu harapan beliau agar dapat memberi hidayah kepada munafik dalam UMNO tidak tercapai sebelum beliau di pecat dari UMNO dan bukan Anwar keluar.

KJ bagaikan spekulator broker saham dengan angka RM Billion yang di sangkal dengan realistik oleh Rafizi dengan jumlah RM Juta....contohnya kantoi kos Universiti MONASH dengan perbelanjaan RM200 juta.Tidak menjawap dengan fakta pembayaran RM6 Billion setiap tahun kepada konsesi Lebuhraya PLUS akibat kontrak perjanjian TOL tidak dinaikkan dan perjanjian konsesi IPP.

Selain isu PTPTN yang harus diakui KJ bahawa beliau bukan lah pahlawan najib yang boleh diharapkan , dah isu yang lebih menarik adalah persoalan yang harus di jawap oleh KJ iaitu bagaimana atau kemana wang PETRONAS sebanyak RM237 Billion semasa zaman pemerintahan bapa mertua beliau pada tahun 2004-2008 di lesapkan..



Sumber : Kamal Papaalpharomeoalpha

Memang sudah dijangka..

Wa sebenarnya memang nak ulas perkara ni sejak semalam lagi. Dan dalam posting wa yang sebelum ini pun wa dah suspek dah mamat ni tak akan bertahan lama dengan keputusan yang dah dia buat bersama2 dengan DS Nizar dan YB Sivakumar tu. Bleh klik disini dan disini. 


Tapi memandangkan wa ada hal2 lain yang perlu di utamakan, wa terpaksa dahulukan kerja wa. Sejak dari awal lagi keputusan mamat lembut king pasior kat Kampar ni sudah boleh dijangka. Amukan hanya untuk menarik perhatian pemimpin Umno Perak untuk beri perhatian kepada tuntutan yang dah dia buat.


Memandangkan wa duduk di kawasan yang sama dengan king pasior ni, jadi wa rasa macam terpanggil untuk memberi pandangan wa terhadap dia dan menilai kredibiliti mamat king pasior ni. 


Ternyata mamat king pasior ni memang penipu terhebat dan bangang mengalahkan tenuk cacat. Dah ada video dengan nyata pun masih lagi nak menipu rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Perak.


Lu semua boleh tengok video kat bawah ni yang wa uploadkan sekali lagi masa dia mengamuk, maki hamun pimpinan Umno negeri Perak termasuk Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Radzi Manan.




Ok, mungkin orang2 Umno akan kata masa tu dia tengah marah sebab tak dapat tender pasior yang telah dia bayar tu.. Ok cuba tengok pulak ulasan yang dibuat oleh MB mahkamah Perak ni..




Mamak MB mahkamah ni pun hentam kaw2 mamat king pasior ni seolah2 tak akan terima balik dah mamat ni sebab dah malukan Umno. tapi akhirnya mamat king pasior sampah ni tetap diterima balik. Sudah jilat ka ?


Ni ada lagi satu video oleh pimpinan Umno yang mengulas pasal isu mamat king pasior ni mengamuk sampai dedahkan habis segala pekung busuk yang terdapat dalam Umno..






 Bila mamat king pasior ni rujuk balik kepada Umno yang dihamunkannya di Batu Gajah hari tu, dia spin kata DS Nizar pulak yang menipu. Pelik sungguh mamat king pasior ni? Sedangkan dia yang beria2 telefon mintak DS NIzar datang masa tu. Akhirnya dia kata pulak dia tak panggil DS Nizar. Cuba tengok video kat bawah ni yang dia tuduh DS NIzar penipu bersiri tu..




Dan akhirnya mamat king pasior ni memohon maaf kepada MB mahkamah Perak sampai terghoyak2 wei!! Part yang ni la yang paling lawak tahap badut sarkas dah jadi nya mamat ni..


Last sekali wa tempelkan sekali video yang mengkantoikan mamat king pasior ni siapa sebenarnya penipu tahap badut sarkas terkena cabai campur belacan kat pungkoq. Jangan lepas ni dia pegi buat senaman pungkoq kat depan pejabat Umno bagi membuktikan kesetiaan dia kepada Umno sudah lah..




Apa pun yang terjadi, kes mamat king pasior ni ngamuk memang dah mendedahkan pekung Umno ynag selama ini memang dah diketahui oleh rakyat. Cuma kali ini orang kuat Umno sendiri yang dedahkan sebab kena kencing dengan pimpinan dia sendiri. Tapi bila bagi balik apa yang dia mintak, mencecet jilat balik sampai terghoyak2 merayu2 supaya diterima.


keh keh keh keh keh keh keh keh..


Ni la lawak terbaik dalam bulan ini dilakonkan oleh badut2 sarkas Umno termasuk sekali MB mahkamah Perak.

Tuesday, May 22, 2012

Fuiyooo! Ahli Umno sudah kena warning..

Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi sudah memberi warning kepada semua ahli Umno agar tidak mensabotaj parti menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi. Kejadian tsunami politik tahun 2008 hingga kini masih menjadi igauan ngeri kepada pimpinan Umno yang nampak seperti tidak boleh menerima kenyataan bahawa Umno kini bukan lagi parti yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. Keyakinan orang2 melayu terhadap Umno dah sampai pada tahap yang paling kritikal.


Zahid memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap ahli yang mensabotaj kerja2 parti termasuk melucutkan jawatan dan keahlian anggota parti. Sabotaj terhadap parti akan mengurangkan sokongan terhadap parti yang akan mengakibatkan Umno bakal kehilangan majoriti dalam parlimen atau mungkin kehilangan tampok pemerintahan sekaligus akan meletakkan Umno ke posisi yang amat digeruni oleh pimpinan utama.


Wa rasa ahli parti yang kena ambil tindakan pun tak heran la terhadap amaran tu malah mungkin mereka berharap sesangat pimpinan utama sedar diri sikit bahawa tempat yang mereka, pimpinan utama berada sekarang ni pun atas belas ehsan rakyat bawahan. Lagi nak ugut2 pulak. Sekali betul2 mereka buat perangai, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Seperti kes Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar yang mengamuk bila projek yang dijanjikan tak dapat kat dia. Habis semua pekung Umno didedahkan di sebabkan amarah terhadap pimpinan Umno negeri Perak. Baru ada akai..!!!


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Pemimpin bila terlalu lama memegang kuasa dan di kelilingi pulak oleh kaki2 ampu, segala kesilapan dan kesalahan mereka sudah tidak nampak. Malah akan menjadi semakin ego bila sebarang kesilapan tidak ditegur kerana masakan kaki2 ampu berani nak tegur kesilapan para pemimpin. Lebih baik bodek daripada menegur kerana teguran akan mengakibatkan mereka kehilangan kepentingan di dalam parti.


Dan situasi inilah yang paling nampak nyata dalam Umno. Cukup jelas walaupun kesilapan PM Najib dalam mentadbir ahli keluarga dia pun hingga kini masih belum mendapat teguran daripada golongan yang menggelarkan diri mereka ulamak2 muda, menteri yang menjaga hal ehwal agama termasuk la pak2 imam yang dilantik oleh kerajaan pusat.


Bagaimana seorang yang boleh dilantik untuk membimbing dan mentadbir negara sedangkan pentadbiran yang kecil seperti institusi keluarga pun dia tidak mampu untuk melakukannya dengan baik? ini memberi contoh yang cukup tidak elok untuk diteladani oleh golongan rakyat bawahan. Dengan sikap boros berbelanja di kalangan ahli keluarga sedangkan dalam masa yang sama meminta agar rakyat berjimat cermat. Apakah ini teladan yang baik? Sudah tentu peribahasa 'seperti ketam mengajar anak berjalan lurus' perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan peribadi pemimpin ini.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Selama lebih dari 54 pentadbiran yang telah dikuasai oleh Umno/BN, apakah kemajuan ekonomi negara seiring dengan pembangunan sahsiah umat? kita lihat bahawa pentadbiran ahri ini terlalu mengejar kekayaan duni sedangkan pembangunan rohani di ketepikan malah dianggap sesuatu yang tidak penting. Apakah kita mahu lihat negara kita maju seperti Amerika yang kadar jenayahnya naik melambung kerana pegangan agama yang tidak kukuh.


Kepada pemimpin negara, sedarlah bahawa gaji yang anda nikamati sekarang ini adalah semuanya dari rakyat. Anda hanya ditugaskan untuk mentadbir negara bukan membuat seolah2 negara ini milik  anda sekeluarga. Apa pun amaran yang pak menteri berikan, amaran dari rakyat lebih berkuasa kerana akan di terjemahkan dalam bentuk kertas undi.


Ahli2 Umno yang kena warning tu, sedarkan pemimpin anda bahawa anda yamg mengangkat mereka hingga ke kedudukan yang mereka nikmati sekarang ini. Jangan nak tunjuk jaguh hanya kerana kuasa masih berada ditangan mereka. Pengajaran yang paling berkesan untuk mengajar pemimpin adalah dengan menukar kepimpinan negara melalui kertas undi.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Ceh!! Mau cover pulak...

Lakonan kurang mantap dari Perkasa Melaka atas insiden serangan terhadap 2 Adun DAP semasa minum petang bersama pengerusi bersama BERSIH 3.0. Itu jer yang wa katakan sebab secara terangan Perkasa ni la pertubuhan yang beria2 benar nak menghalang penganjuran BERSIH 2.0 dan 3.0 lepas. Malah semasa BERSIH 2.0, mereka bukan main lagi handal nak menghalang dan menjadi benteng hadapan sebelum Polis. Sekarang ni bila kekecohan berlaku, mereka pulak yang keluar kenyataan mengutuk tindakan tersebut.


Dalam insiden yang berlaku, Adun DAP Bandar Hilir telah dilontar dengan batu dan telur malah sebijik tayar kereta tersebut di pancitkan oleh perusuh yang dikatakan terdiri dari geng2 Perkasa. Yang bestnya, Yang Dipertua PERKASA negeri Melaka tak nafikan yang anggota pertubuhan dia berkumpul untuk membantah kehadiran Datuk S.Ambiga kat situ tapi dia cuma nafikan anggota dia terlibat. Cuba bayangkan sketsa jenis apa yang sesuai untuk menggambarkan lakonan puak2 ni?


Paling lawak bila dia kata kumpulan Perkasa kat situ tidak digalakkan membuat kacau dan tak ada arahan untuk membuat kacau. Mereka berkumpul kat situ secara aman. Tapi siapa yang baling telur, batu, pancitkan tayar dan pecahkan cermin sisi kereta Adun Bandar Hilir pada hari tu? Mungkin polis SB yang menyamar jadi ahli Perkasa seperti kebiasaan yang mereka lakukan jika ada perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO2 yang tidak sehaluan dengan kerajaan kot.


Pemuda Umno Melaka turut membuat penafian yang ahli mereka terlibat dengan kekecohan yang terjadi disitu pada hari itu. Jadi, kalau dah Perkasa tak terlibat, Pemuda Umno pun tak terlibat, siapa pulak yang menyerang dan membuat kecoh pada hari itu. Takkan Pemuda Pas pulak kan? Atau mungkin pengaruh samseng Jalan Kebun yang menghantar wakil kumpulan dia ke sana untuk buat kacau?


Laporan polis dah dibuat dah berharap sungguh agar pihak polis menjalankan tanggungjawab dengan penuh ketelusan dan membawa pesalah ke muka pengadilan tanpa mengira siapa di belakang pembuat huru hara tersebut. 


Sudah menjadi trend terkini pulak, bilamana ada sahaja acara atau ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat, pasti akan ada cubaan untuk mewujudkan kekecohan tak kira dimana sahaja acara diadakan. 


Bila dah semakin kehilangan kuasa, begini la tindakan terakhir yang mampu untuk dilakukan oleh pihak yang semakin kekeringan idea untuk menarik kembali sokongan yang semakin menipis. Hanya ugutan, gertakan dan hasutan sahaja yang mampu menjadi senjata bagi menangani sokongan terhadap Pakatan yang semakin menebal.

Monday, May 21, 2012

Serampang 2 mata, Kelantan tetap juara..

Mungkin masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah buat pasukan bolasepak Kelantan yang berjaya membawa pulang piala FA buat pertama kalinya ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Dah 3 kali melangkah ke final, akhirnya tahun ini mereka berjaya membawa pulang piala yang belum pernah mereka menangi dalam pertandingan bolasepak Malaysia.


Apa yang menarik perhatian wa mengenai final piala FA kali ini ialah bagaimana pasukan berstatus kelab boleh melangkah ke final dengan mengenepikan pasukan2 bertaraf elit yang lain. Dan yang paling mencuri tumpuan dalam final, bagaimana rakyat Kelantan bersatu dalam memberi sokongan kepada pasukan mereka disamping ada unsur2 Islamik yang mana sebelum ini jarang dipraktikkan oleh pasukan lain walaupun Malaysia di canang sebagai sebuah negara Islam.


Inilah bukti bahawa apabila pemimpin memberi contoh yang baik, nescaya rakyat yang dibawah naungan nya turut akan mempraktikkan apa yang telah digalakkan oleh pemimpin di negeri tersebut. Mempraktikkan budaya Islam terserlah apabila sebelum wisel permainan dibunyikan, penyokong Kelantan telah bersolat secara berjemaah beramai2 di stadium.


Turut menjadi tumpuan di final piala FA Sabtu lalu adalah kehadiran Tuanku Tengku Mahkota Kelantan dan jugak Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.Tengku Mahkota Kelantan tu wa memang respect bila tengok cara baginda bersalaman dengan para pemain dan pegawai pertandingan. Baginda menghulurkan kedua2 belah tangan untuk bersalaman. Memperlihatkan betapa zuhudnya baginda di mata rakyat terutama rakyat negeri Kelantan. Dan Tan Sri Annuar Musa pulak membuat kejutan bila dia menurunkan tandatangan di kain rentang yang dibuat bagi menuntut hak royalti minyak Kelantan. Apakah dia akan membuat kejutan yang lebih besar selepas ini?


Kita boleh bayangkan pimpinan Umno yang ada di Kelantan pun sudah mula menuntut supaya hak rakyat di kembalikan kepada mereka. Jangan hanya perbezaan ideologi politik hingga sanggup untuk menganiaya keseluruhan rakyat di negeri itu. Dan tuntutan ini relevan dan kukuh bila Tengku Razaleigh yang merupakan orang bertanggungjawab menubuhkan Petronas sendiri mengakui bahawa terdapat perjanjian mengenai isu ini.


Sokongan yang diberi oleh Annuar Musa dilihat sebagai satu tindakan yang rasional bagi mengembalikan hak kepada rakyat negeri Kelantan yang boleh dikatakan teraniaya akibat dari tindakan kerajaan pusat yang menafikan hak mereka untuk menikmati hasil dari sumber negeri itu sendiri. Bayangkan jikalau kerajaan negeri Kelantan mempunyai hasil yang sepatutnya di berikan kepada mereka? Adakah Kelantan akan dilabel sebagai sebuah negeri yang miskin dan mundur lagi?

Apa yang jelas kini adalah majoriti rakyat Kelantan senantiasa berada di belakang Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dan dengan jelas jugak walaupun berbeza ideologi politik, namun Annuar Musa tetap dilantik sebagai Presiden KAFA dan menerajui persatuan bolasepak Kelantan walaupun Kelantan ditadbir oleh PAS. Malah kerajaan negeri dan KAFA saling berkerjasama demi memastikan bolasepak Kelantan lebih maju dari persatuan2 bolasepak di negeri2 lain.


Bagi wa, kejayaan Kelantan memenangi piala FA bukan hanya setakat menang piala untuk bermegah2, tetapi kejayaan ini membuktikan bahawa segala apa yang dibuat mestilah berpandukan kepada tuntutan agama. Memulangkan hak kepada yang berhak dan membuktikan Islam bukan penghalang kepada kemajuan negara.

Sunday, May 20, 2012

PRU13: Keyakinan belum tercipta..

Walaupun selepas menyambut ulangtahun penubuhan Umno yang ke 66 mengikut perkiraan pakar matematik ahli2 Umno, PM Najib masih lagi dilihat belum bersedia untuk berjumpa dengan Yang DiPertuan Agong untuk meminta perkenan pengumuman pembubaran Parlimen bagi pilihanraya umum ke 13 diadakan dalam masa terdekat ini.


Untuk mencari keyakinan yang kukuh bukan lah sesuatu perkara yang mudah sekarang ini apabila trend pengundi muda sukar untuk dibaca kecenderungan mereka. Pemberian berbentuk kewangan segera yang dijalankan pun belum menampakkan kesan bahawa sokongan rakyat akan memihak kembali kepada Umno/BN. Apatah lagi dengan pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat hingga keyakinan terhadap SPR semakin berkurangan malah SPR kini dilihat menjadi salah satu komponen dalam parti BN.

Isu keluar parti oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz boleh dianggap sebagai penyambung hayat Umno untuk menarik perhatian orang2 melayu bagi kembali memberi sokongan kepada Umno tapi belum pun sempat Umno untuk bergembira dengan berita itu, Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Kampar pulak buat hal.
Amukan Zamhuri yang jugak Ahli Majlis Daerah Kampar begitu mengejutkan. Pendedahan dia bagaimana urusniaga bagi memperolehi tender atau sebarang projek dalam Umno amat mengejutkan malah memberi tamparan yang agak hebat untuk Umno menafikannya. Malah isu Tunku Aziz keluar DAP tenggelam dalam sekelip mata disebabkan amukan Naib Ketua Pemuda Umno Kampar ini yang seperti teraniaya akibat permainan politik dalam Umno.
Semasa perhimpunan menyambut ulangtahun Umno yang ke 66 mengikut perkiraan pakar matematik Umno, keyakinan sedikit wujud walaupun perhimpunan tersebut penuh dengan sifat2 hipokrit para pendokong parti. Mereka menghimpunankan sejumlah ahli parti dengan menyediakan pengangkutan, tempat tidor dan pelbagai imbuhan lain hanya semata2 untuk menarik ahli supaya hadir ke perhimpunan itu sedangkan perhimpunan BERSIH pulak dibuat oleh kerelaan dan duit poket sendiri.

Perbezaan perhimpunan yang berlangsung selang beberapa minggu sahaja ini menggambarkan sokongan sebenar terhadap kedua2 belah pihak. Umno menggunakan segala kuasa yang ada untuk memastikan perhimpunan itu nampak mendapat sambutan sedangkan hakikat sebenarnya ramai yang hadir atas dasar paksaan dan imbuhan yang dijanjikan.

Tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang bahawa peserta perhimpunan itu mendapat imbuhan cukup berasas. Ini terbukti bila ada sungutan dari Ketua Kampung yang agak terkilan bilamana rombongan mereka terpaksa bertolak pada pagi hari Jumaat. Mereka mempertikaikan dimana mereka mahu bersolat Jumaat kerana terpaksa bertolak awal tanpa sempat nak bersolat Jumaat. Ye la kan, nak solat Jumaat kat mana jika pada waktu solat itu mereka masih berada didalam perut bas menuju ke Stadium Bukit Jalil. Dan terdapat jugak ketua kampung yang bersungut kerana duit peruntukan yang dijanjikan sebanyak RM100 seorang hanya tinggal RM20 sahaja.

Boleh dikatakan perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan tamparan yang cukup hebat kepada Umnno pimpinan PM Najib hinggakan seluruh dunia mengetahui bahawa Malaysia bukan mengamalkan demokrasi sebenar. Malah penganjuran BERSIH 3.0 bukan hanya di Malaysia, ianya telah menjadi isu yang global bilamana ada rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang belajar di luar negara turut menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 di tempat masing2. Dan sambutan PM Najib di London turut di cemari dengan laungan yang amat mengerikan dia supaya menerima cadangan dari pengajur BERSIH untuk mengadakan pilihanraya dengan lebih adil, telus dan bersih.

Dan perhimpunan BERSIH 3.0 jugak telah menghapus sama sekali keyakinan PM Najib untuk membubarkan Parlimen supaya pilihanraya dapat diadakan dengan segera. Segala pemberian berbentuk imbuhan seperti BR1M, bantuan persekolahan RM100 dan berbagai lagi tenggelam begitu sahaja. Modal sudah dilabur tapi pulangan amat2 mengecewakan.
Hingga kini tarikh keramat pilihanraya masih menjadi tandatanya. Dah berbagai cara dilakukan untuk menarik sokongan tapi keliahatan masih gagal. Hanya bergantung kepada kepakaran SPR dan JPN untuk memanipulasi pilihanraya adalah satu option yang cukup berisiko tinggi.

Desas desus mengatakan ada berbas2 persiaran yang membawa orang ramai yang tidak diketahui identiti sebenar di angkut ke Janda Baik dimana lokasi Pusat Latihan UMNO (ILMU) terletak. Atas tujuan apa masih menjadi tandatanya. Kalau benar seperti apa yang di beritakan, maka pilihanraya kali ini memang seperti apa yang dicanangkan oleh Umno iaitu pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah. Dan terbukti dengan jelas siapa sebenarnya yang menggadaikan negara ini kepada pihak luar. Jangan terkejut jika dalam masa terdekat ini rakyat Malaysia akan bertambah dengan mendadak dan terdiri dari berbilang bangsa asing yang sebelum ini belum wujud.

Saturday, May 19, 2012

GEMPAK!! Mengamuk dia ni weyh...



Pergh!!! Naib Ketua Pemuda Umno Kampar mengamuk. Semua dia hamuknya bila apa yang dihajati tak mampu untuk dipenuhi oleh kepimpinan Umno Perak. Bagi wa, pasal apa dia keluar, yang tu tak penting. Apa yang penting apa yang telah dia dedahkan untuk perhatian umum. Apa yang jadi amalan dalam Umno sejak sekian lama. 

Harap akan ada lagi pendedahan yang akan mendedahkan pekung Umno yang selama ini dok sebuk canang kata pertahankan melayu sedangkan realitinya mereka ini la golongan yang menghancurkan melayu. Ini hanya pendedahan dari seorang yang agak kecewa dengan sistem yang jadi amalan Umno sejak sekian lama.




Boleh percaya ke?

Wa bukan nak kondem mamat ni tapi bila tujuan dia keluar umno dan nak join Pakatan Rakyat hanya bila dia tak dapat projek yang dia hajati dari Umno, baru dia keluar, bermakna dia bukan betul2 istiqamah nak join Pakatan Rakyat atas kesedaran bahawa selama ini Umno telah menganiaya orang2 melayu sejak sekian lama. dan pengistiharan dia keluar parti Umno sikit pun wa tak heran.


Tapi kalau dia betul2 ikhlas, wa mengalu2kan kedatangan dia ke dalam Pakatan Rakyat. Dan kalau dia bawa bersama penyokong2 dia, itu merupakan bonus kepada Pakatan. Tetapi dia harus tahu bahawa dalam Pakatan bukan lubuk untuk membuat projek dan lebih lagi sebagai batu loncatan untuk menjadi kaya dalam sekelip mata. 


Begitu jugak kes yang patut dijadikan pengajaran kepada Pakatan Rakyat dulu bila ADUN Bota, Datuk Nasarudin tiba2 melompat masuk Pakatan Rakyat bila permintaan dia tak di endahkan oleh pimpinan utama Umno. Tetapi bila tindakan dia mendapat perhatian pimpinan utama dan di beri apa yang dihajati, secara otomatik dia lompat balik ke dalam Umno hingga menyebabkan bermulanya krisis perlembagaan di Perak yang hingga kini boleh dikatakan belum selesai sepenuhnya.


Alasan2 yang di beri oleh bekas Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin ini sedikit mencurigakan bagi wa. Dia marah bila permintaan dia dalam projek pasir tidak dilayan oleh pemimpin Umno walaupun dia telah menjelaskan pembayaran cukai bagi projek pasir itu. Dan dalam kenyataan dia itu, alasan2 lain yang di beri itu memang sudah diketahui orang ramai cuma kenyataan dia tu mengesahkan apa yang selama ini menjadi buah mulut rakyat.


Turut hadir semasa pengumuman itu dibuat ialah Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Haji Nizar dan jugak Speaker Perak yang sah, ADUN Tronoh, V.Sivakumar.


Akan ada lagi cerita2 begini jika tarikh pilihanraya semakin hampir. Semua akan cuba untuk mengambil kesempatan atas kesempatan yang terhidang di depan mata. Semua cuba untuk mencuri tumpuan dan perhatian supaya permintaan mereka dipertimbangkan. Dah macam jadi trend gimik sebelum pilihanraya dah pulak.

Thursday, May 17, 2012

Kesihatan: Senaman 1 Malaysia..

Malaysia ni cukup2 meriah sekarang. Bermacam2 aktiviti dilakukan oleh pihak kerajaan maupun pihak lawan. Dan bermacam2 gimik dilakukan untuk menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia yang kebelakangan ini menjadi semakin perihatin dengan isu2 semasa.


Bermula dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang pada mulanya bagi tanggapan PM Najib tidak akan mendapat sambutan memandangkan berlaku sedikit percanggahan dikalangan penganjur di ibu negara dengan penganjur2 yang turut nak membuat perhimpunan tersebut di negeri2 masing2. Maka percanggahan ini sedikit sebanyak bagi Najib akan menimbulkan persengketaan dan boikot memboikot, seperti apa yang selalu dialami oleh parti Umno pimpinannya jika kemahuan mereka tak dipenuhi.
Ternyata sangkaan PM Najib tu begitu meleset sekali. Bayangkan dalam tempoh masa untuk berkempen yang singkat bagi menarik perhatian rakyat yang perihatin turun untuk turut serta dalam perhimpunan itu, perhimpunan itu mampu untuk menjadi perhimpunan rakyat yang terbesar yang pernah diadakan di negara ini. Namun ianya menjadi satu cerita sedih bila perhimpunan yang cuba diadakan secara aman, akhirnya tetap berakhir dengan kekecohan akibat provokasi dari setengah pihak sehingga panel khas terpaksa ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian yang tidak di ingini itu.
Rentetan dari peristiwa BERSIH 3.0 itu lah bermulanya episod cerita lawak yang cuba ditimbulkan untuk menenggelamkan kehangatan yang wujud akibat insiden yang berlaku semasa perimpunan itu. Cerita bagaimana pihak polis dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku dan nilai kerugian itu yang masih menjadi tandatanya tentang kos yang telah terbazir akibat dari perhimpunan itu.
Bukan setakat pihak kerajaan sahaja,malah wujud pulak persatuan peniaga yang cuba untuk menuntut gantirugi kerana tidak boleh berniaga pada hari penganjuran BERSIH 3.0 itu.Dan cerita persatuan ni menimbulkan rasa kelakar yang amat sangat kerana rata2 peniaga yang tidak peduli dengan tohmahan yang cuba dilemapar oleh media pro Umno/BN, mereka membuat untung yang diluar jangkaan malah tidak pernah terjadi dalam sejarah perniagaan mereka, hasil yang dikutip hanya dalam sekelip mata. Tetapi peniaga yang kolot dan mudah terpedaya, akhirnya cuba untuk menunjukkan kebangangan mereka lagi dengan membuat tuntutan di hadapan rumah Datuk S. Ambiga pulak.
Idea untuk meniaga burger dihadapan rumah Datuk Ambiga ini jugalah yang telah mencetuskan idea untuk membuat senaman baru bagi dikongsi oleh semua golongan rakyat Malaysia.Dan sepatutnya senaman ini perlu mendapat kelulusan dari bini kedua PM Najib,Rosmah Mansur dahulu. Senaman ini sepatutnya dipromosikan kepada Rosmah bagi menggantikan senaman poco2 yang amat di minati oleh Rosmah dan kebanyakkan Wanita dan Puteri Umno. Kemungkinan setiap kali perjumpaan Wanita atau Puteri Umno, mereka boleh memulakan acara mereka dengan membuat senaman ini untuk menaikkan semangat sebelum memulakan sebarang acara.
Boleh dikatakan dengan tersebarnya senaman ini,maka rahsia tentera jugak terdedah kepada pengetahuan awam. Rahsia bagaimana pihak tentera kita melakukan senaman untuk menaikkan semangat mereka semasa mereka bertugas dulu kerana pengenalan kepada senaman ini telah diperkenalkan oleh sekumpulan bekas tentera yang sudah pencen. Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diwakili oleh seramai 15 anggota telah memperkenalkan senaman ini dihadapan rumah Datuk Ambiga dan mendapat liputan yang meluas oleh pihak media arus perdana.
Tindakan 15 anggota PVTM tu sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana negara dengan lawak jenaka yang tak tercapai oleh akal manusia yang ada harga diri. Bagaimana persatuan tersebut boleh bertindak diluar batas2 manusia yang normal, kini masih menjadi tandatanya. Apakah ada dalang disebalik insiden yang agak lucu ni, semestinya jawapan nya ya!
Bagaimana mereka boleh menggambarkan bahawa Datuk Ambiga seorang yang gila kuasa sedangkan Ambiga awal2 lagi telah menyatakan bahawa dia tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang malah dia tidak berminat pun. Dia cuma mahu melihat pilihanraya yang akan datang diadakan dengan lebih telus dan adil. Itu saja. Apakah itu gambaran seorang yang gila kuasa? Yang nyata,mereka yang ber’senam’di depan rumah Ambiga tu tak paham apa tuntutan BERSIH dan hanya menjadi pak turut tanpa mengetahui dengan jelas apa tuntutan yang BERSIH 3.0 dah buat.
Bagaimana pulak jika pihak penganjur BERSIH pada masa akan datang bersetuju sebulat suara untuk mengadakan perhimpunan betul2 dihadapan rumah PM Najib pulak? Dan aku memang berharap jika ada lagi apa2 perhimpunan pun,semua dibuat dihadapan rumah orang2 yang terlibat dengan tuntutan yang akan dibuat. Sebab budaya ini tidak menjadi kesalahan apabila rumah Ambiga dijadikan sasaran untuk melepaskan rasa tidak puashati yang umumnya lahir dari pihak Umno/BN. Malah tiada sebarang tindakan  pun yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini seolah2 mendapat restu dari pihak berkuasa.
Dan dicadangkan kepada setiap acara yang melibatkan Umno/BN, senaman yang dipraktikkan oleh askar pencen ini dijadikan acara teras bagi memanaskan badan sebelum acara utama bermula. Malahan pasukan bolasepak negara pun boleh mempratikkan senaman ini sebagai latihan warming up sebelum masuk ke padang untuk setiap perlawanan. Dan mungkin jugak senaman ini boleh dicadangkan kepada Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United untuk dijadikan acara rasmi bagi pasukannya.
Sumber : mediaperak.com

Senaman pungkoq: Khairy menongkah arus??

Nak kata bangang, marah pulak tapi apa yang kumpulan ni buat ternyata bukan budaya yang jadi amalan rakyat Malaysia, jauh sekali budaya orang2 melayu. Perbuatan lucah dan tak bermoral ni seolah2 menggambarkan budaya sebenar yang menjadi amalan kumpulan ni sekian lamanya.


Apakah mereka sedar bahawa perbuatan mereka amat memalukan, bukan hanya kepada keluarga mereka sahaja malah amat memalukan pesara2 tentera melayu yang lain. Cukup memalukan hinggakan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang belum pasti lagi bertanding dalam PRU 13 akan datang menyatakan kekesalannya di atas perbuatan sekumpulan yang kononnya mewakili bekas2 tentera melayu yang bernaung dibawah PVTM.


Dan sebelum senaman pungkoq yang seksi dan memualkan tu, terdapat pulak sekumpulan peniaga burger yang meniaga  burger dihadapan rumah Datuk S.Ambiga sebagai tanda protes mereka terhadap Pengerusi Bersama BERSIH 3.0 itu.


Memang lawak la perbuatan manusia2 yang boleh dikategorikan berada dalam keadaan desperate ni untuk mencari publisiti murahan. Dah tak ada cara lain ke nak menjadi popular dan cubaan untuk mengalihkan perhatian kepada perkara pokok, iaitu tuntutan untuk melihat pilihanraya umum akan datang dijalankan dengan lebih telus, bersih dan adil.


Sungguh pelik bila ada sebilangan rakyat yang mahu melihat SPR bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan adil dianggap pengkhianat negara. Malah di cop sebagai pembuat kacau sedangkan pembuat kacau yang sebenar masih bebas dan berseronok kerana telah berjaya mewujudkan suasana huru hara pada 28hb April yang lepas.


Mungkin sedar atas perkara ini maka Khairy cuba untuk playsafe supaya organisasi yang dibawah pimpinan dia tidak dianggap sebagai dalang dalam semua kekecohan yang berlaku dalam negara baru2 ini.


Kalau pun tak puashati dengan jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, bertindak la dengan rasional dan bukan bertindak seperti lembu yang tak tahu berfikir akan kesannya di kemudian hari kelak. Bayangkan jika anak2 peserta senaman pungkoq tu di ejek di sekolah2 mereka, kan ke malu. Tu belum kira lagi bini2 mereka. Mana nak letak muka mereka bila suami mereka bersikap seolah2 manusia yang tak ada pegangan agama malah megah melakukan perbuatan lucah yang dilakukan dikhalayak ramai.

Sunday, May 13, 2012

BERITA TIPU: PRU13 TAK JADI 9 JUN. SIAPA YANG PENAT?

PRU13 akan berlangsung pada 9 Jun 2012. Komer percayakah? BN sengaja bocorkan berita itu supaya PR kelam kelibut membuat persediaan, jadi tak sempat buat BERSIH 4.0. 

Kemudian demer kata tak jadi PRU13. Jadi jentera PR exhausted. Bila betoi2 ada PRU13, PR dah letih. Itulah yang demer nak buat. Tapi demer lupa.

Kumpulan yang telah mendapat latihan intensif dari FRU dalam BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 takkan letih sebelum tercapai matlamat menggantikan kerajaan yang ZALIM kepada yang ADIL melalui sistem pilihanraya yang bersih. Gerombolan yang manja, tak pernah mengenal susah payah itulah yang akan letih! Hahaha.

Kenapa Yong kata 9 Jun bukan tarikh PRU13, walaupun Yong pernah membuat ramalan ini terdahulu. Ini kerana Bahagian Kajian Strategik mendapati, ramai cikgu2 telah berpaling tadah.

Cikgu2 fedup dengan beban kerja yang semakin meningkat, sedangkan kenaikan gaji hanya seciput. Jadi, jika dibuat di hujung cuti sekolah, cikgu2 akan mengambil kesempatan ini untuk pergi kempen dan mendengar ceramah PR.

Ini amat berbahaya bagi BN. Cuti sekolah bukan waktu yang memberi kelebihan pada BN. Jadi nak buat macam mana?

Ada ahli UMNO (sepeti Ku Li) yang mahu tuntutan BERSIH dipertimbangkan kerana mahu menang atau kalah dalam pilihanraya yang bersih.

Tapi risiko menangguh PRU13 amat tinggi bagi menteri kabinet yang terpalit dengan skandal scorpene. PRU13 mesti diadakan sebelum menteri-menteri berkenaan dapat sapina dari Paris.

BN akan buat-buat buta dan tuli tentang tuntutan BERSIH. Mereka akan adakan pilihanraya pada minggu berikutnya, iaitu 16 Jun 2012. Berita ini Yong dapati dari sumber dalaman.

Jika dibuat pada hujng bulan Jun atau awal Julai BERSIH 4.0 mungkin akan dilancarkan. BN tak mungkin mampu menangani kecaman antarabangsa lagi jika keganasan berulang.

Oleh kerana itu PRU13 akan dibuat tanpa berbuat apa-apa mengenai tuntutan BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 dan BERSIH 4.0 BELUM SEMPAT turun ke jalan raya. Lagipun, sistem pengurusan maklumat umno belum dapat diuji sepenuhnya. Kalau crash, waduh! bisa modar.

Kalau lepas Hari Raya, kes scorpene dah meletup!

Sebenarnya PR dah lama bersedia. Kekalahan adalah asam garam dalam perjuangan politik PR. Kekalahan bagi BN pula bagaikan pukulan maut!



Sumber: FB Zar Ali, Posted by Yong!!!

Thursday, May 10, 2012

Panel Penasihat Bebas : Pengerusi yg dilantik pun bekas polis??

Pembentukan panel bebas bagi menyiasat punca sebenar kekecohan yang berlaku semasa Perhimpunan BERSIH 3.0 beberapa minggu lepas dilihat baik tetapi para panel yang dilantik kesemuanya kelihatan berat sebelah. Kesemua panel yang dilantik merupakan orang kuat kepada Umno/BN terutama pengerusinya yang merupakan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.


Dimana logiknya bila bekas Ketua Polis dilantik untuk menyiasat salah laku yang telah dilakukan oleh institusi yang pernah diketuai oleh dia suatu masa dulu. Apakah ada jaminan bahawa dia akan berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya nanti. 


Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel lain terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.


Fungsi panel bebas ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kekecohan yang berlaku semasa perhimpunan yang dijadualkan aman itu berlansung. dan penubuhan panel bebas ini jugak bertujuan untuk menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah2 tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.


Akan tetapi, apakah panel ini nanti akan bersikap telus kerana yang terlibat sebagai panel sudah awal2 lagi kelihatan berat sebelah. Tiada langsung ahli panel yang mewakili pihak BERSIH, jadi pandangan dari pihak BERSIH awal2 lagi sudah dikesampingkan.


Jangan nanti akan ada yang mempertikaikan kewujudan panel bebas ini. Kelihatan panel ini diwujudkan hanya sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat bila mana kekejaman dan salahguna kuasa oleh polis secara terangan direkodkan oleh orang ramai dan banyak pendedahan yang telah dilakukan melalui medium lain terutamanya YouTube.


Kekerasan terhadap orang awam dan wartawan termasuk wartawan antarabangsa dikecam hebat bukan hanya di Malaysia malah turut serta adalah negara2 luar. Ini mungkin sebab utama panel bebas ini ditubuhkan kerana mendapat kecaman dari dunia luar. 

Lawak terbaru dari IKHLAS..

Ni lawak terbaru yang dicipta oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau IKHLAS yang mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami oleh mereka sewaktu perhimpunan Bersih 28 April lalu. Mereka mendakwa terpaksa menanggung kerugian akibat tidak dapat berniaga pada hari tersebut.


Kategori lawak sedih campur bangang. Persatuan peniaga ni nak dikatakan bodoh, keras sangat pulak bunyinya tapi kalau adat berniaga, apakah kita boleh buat keuntungan jika kita berniaga tanpa ada pelanggan. Dan pada hari itu, kalau para peniaga berniaga, keuntungan yang dibuat melebihi dari hari2 sebelumnya kerana kebanjiran orang ramai ke Kuala Lumpur berganda2. Tapi boleh dikatakan bodoh kepada peniaga yang menutup perniagaan mereka hanya terpedaya dengan dakyah yang disebarkan oleh media pecacai yang mahu menggambarkan kekcohan akan berlaku. Dan media milik pecacai memang tahu kekecohan akan berlaku kerana yang memulakan kekeccohan itu pun terdiri dari pihak mereka jugak.


Dan lawak ni bertukar menjadi bangang bila persatuan peniaga ni nak tuntut gantirugi dari Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan. Siapa yang mengarahkan perniagaan mereka ditutup pada hari itu? Adakah ianya arahan dari Datuk Ambiga? Dan kekecohan itu siapa pulak yang mulakan? sepatutnya persatuan peniaga ni perlu mengkaji tindakan yang akan mereka ambilni dengan lebih mendalam. Bukan main hentam saja tanpa memikirkan rasionalitinya.


Pada hari bersejarah BERSIH 3.0 tu, wa betul2 memuji tindakan yang diambil oleh kedai2 restoran mamak walaupun wa ni tak berapa berkenan dengan tindakan golongan itu. Wa bukan orang yang anti mamak tapi ada segolongan dari mereka ni yang membuatkan semua golongan mereka terpalit sama dalam isu politik. Mereka tetap berniaga dan membuat untung dalam sekelip mata kerana perniagaan mereka cukup laris. 


Bayangkan hanya dalam sekitar pukul 11 pagi pada hari tu, semua jualan mereka sudah habis sedangkan sebelum2 ni, mereka terpaksa berniaga 24jam untuk mengaut keuntungan dalam sehari. Cuma dalam tempoh beberapa jam sahaja, barang2 jualan mereka habis terjual. Pada hari itu jugak, jual apapun laku kerana orang terlalu ramai berbanding dengan peniaga yang hanya menyediakan jualan seperti biasa.


Itu perbezaan mentaliti peniaga melayu berbanding dengan mentaliti mamak. Geng2 restoran mamak tetap bijak dalam mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata sedangkan peniaga melayu terlalu mudah terpengaruh dengan mainan media milik pecacai.


Berbalik kepada isu tuntutan peniaga yang menangguung kerugian pada hari BERSIH 3.0 tu, pengerusi persatuan tu kenapa la bangang sangat. Boleh pulak dia pergi bawak geng2 dia buat demo dihadapan rumah Datuk Ambiga. Kalau itu la tindakan yang persatuann mereka ambil, ternyata mereka berpengerusikan seorang yang betul2 bangang. Sepatutnya  pengerusi dia kena pergi mahkamah dan membuat tuntutan tersebut melalui undang2 yang ada, bukan nak buat kecoh dihadapan rumah orang. Pelik bila tak ada pulak pihak polis yang hendak halang atau lebih drastikalagi tembak tear gas atau water cannon pun.


Jika dilihat dari cara persatuan peniaga ni membuat tindakan dalam menuntut ganti rugi dalam isu BERSIH 3.0 ini, kelihatan tindakan yang diambil mereka berunsurkan kepentingan politik pihak pemerintah. Pengerusi persatuan ni, Mohd Ridzuan Abdullah tidak tahu saluran mana yang boleh diambil dalam usaha dalam membuat tuntutan ganti rugi ke? 


Kenapa mereka yang tak berniaga pada hari itu tetapi kepada Datuk Ambiga pulak yang dituntut untuk membayar kerugian yang mereka alami. Jika bijak, senaraikan kerugian yang ditanggung oleh mereka jika ianya benar2 melibatkan Datuk Ambiga ataupun peserta yang menyertai BERSIH 3.0 pada hari tu. Senaraikan barangan yang rosak atau dirosakkan oleh BERSIH 3.0 pada hari itu.


Cukup2 lah memperbodohkan diri sendiri dan memberikan persepsi yang buruk terhadap BERSIH 3.0. Jangan ditunjukkan sangat tahap mentaliti tu. Jangan biar diri anda dan persatuan anda menjadi alat yang digunakan untuk kepentingan politik pemerintah.  

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...