Tuesday, February 7, 2012

Huh!!! Ingat dah habis, rupanya bersambung lagi dengan Pak Menteri yang lain pulak..

Aku ingat bila DS Nizar dah memohon maaf kat dalam twitter, cerita pasal plat kereta WWW 1 ni dah di tutup. Rupanya masih ada lagi usaha supaya cerita ni tetap hangat sampai hangit!! Kali ni Pak Menteri dari Perak sendiri yang dengar2 khabar berita akan di calonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru andai Umno/BN mampu untuk mempertahankan kuasa di Perak tanpa bantuan sang katak2 jutawan. MB dari Pangkor tu kali ni nampaknya akan diketepikan sebab dengar khabarnya tak perform dengan baik.


Patut la makin bercelaru pimpinan Umno/BN di negeri Perak ni. Masing2 cuba nak tunjuk hero kononnya mereka la yang terbaik. Exco perempuan dengan pe'elnya yang suka ganggu ceramah orang, pastu claim pulak Pakatan yang follow dia. Manakala pengikut2 serta pengampu2 tegar pulak cuba untuk buat duit sebanyak mungkin, macam yang Naib Ketua Pemuda Umno Kampar buat tu. Dapat publisiti murahan ooo. Dalam sekelip mata saja boleh membuatkan Umno seluruh negeri Perak terpalit dengan pendedahan busuk yang dia dah buat.


Kali ni MP Bagan Datoh yang jugak Naib Presiden kanan Umno cuba nak masuk daun. DS Zahid Hamidi menyarankan kepada PAS supaya mengambil tindakan terhadap DS Nizar yang telah menegur perihal perbelanjaan Sultan Johor dalam isu pembidaan nombor pendaftaran kenderaan. 


Aku heran jugak, pemimpin Umno ni kebanyakkannya mengikuti perkembangan parti lawan dengan begitu fokus sekali. Kan lebih senang nak tegur kalau mereka semua ni tinggalkan Umno dan sertai PAS. Tetapi dengan syarat2 wajib yang mesti dipatuhi, iaitu tinggalkan amalan yang telah lama diamalkan semasa dalam Umno dan istiqamah dengan sepenuh hati terhadap wadah perjuangan baru. Tapi, mahu ke mereka meninggalkan kemewahan yang telah dikecapi sejak sekian lama semata2 untuk melihat negara lebih cemerlang dari sebelumnya.


Jawapannya pasti tidak. Jika ya, sudah tentu MP Bagan Datoh ni akan mengikut mentor yang mengangkat dia naik hingga menjadi Ketua Pemuda Umno satu ketika dahulu. Memandangkan dia tidak sanggup untuk hidup dalam kesusahan, dia tinggalkan rakan2 seperjuangan untuk kembali berpaut hidup dengan Umno. Dia tentu ingat 'kisah jentik telor'.


Dan yang paling kelakar tak ingat punya statement yang di keluarkan oleh MP Bagan Datoh ni ialah nak suruh PAS ambik tindakan terhadap DS Nizar dengan menggantung DS Nizar dari bertanding dalam PRU13 akan datang. Dia kata DS Nizar ni membawa imej yang buruk terhadap PAS. Aku pun lagi naik heran bila seseorang yang menegur perbelanjaan rakan muslim yang lain akan sikap mereka yang suka membazir itu dianggap merosakkan imej parti.


Kalau menegur untuk ke arah kebaikan dianggap memburukkan imej parti bermakna dalam Umno ni pembaziran digalakkan la. Patut la rumah2 Pak Menteri dalam Umno ni besar2 belaka hingga mengalahkan istana Sultan. Dan dalam Umno kalau tegur akan sikap yang suka membazir akan dianggap sebagai mencemarkan imej parti. Betul dan tepat sekali la kan.. Umno kan khas untuk orang2 kaya, elitis dan bangsawan sahaja. Kalau jadi ahli parti Umno, mereka semua mesti sudah cukup2 kaya.


Bagi aku la kan, apa yang DS Nizar buat tu sikit pun tak salah. Sultan Johor membida nombor plat dengan menggunakan wang peribadi tu pun tak salah tapi jika di fikirkan, apa la salahnya jika wang yang sebegitu banyak dibelanjakan pulak untuk membantu golongan yang memerlukan. Dan itu yang telah terbit dalam pemikiran DS Nizar, tak mustahil jugak ianya turut terbit dalam kepala hotak rakyat2 biasa yang lain.


Tapi dalam benak fikiran pemimpin Umno, teguran sebegitu dianggap sesuatu yang amat mencemarkan. Baik nama Sultan dan jugak nama parti. Kalau MP Bagan Datoh ni perihatin sangat dengan PAS, join la. Dia pun berlatarbelakang kan pendidikan Islam. Takkan masa belajar dulu tak pernah belajar apa akibatnya jika bersekongkol dengan orang yang zalim.


Ingatan buat MP Bagan Datoh ni, tak payah la nak runsingkan fikiran samada PAS nak ambik tindakan ke hapa ke terhadap DS Nizar. Lebih baik dia fikirkan survival parti dia yang dah nak karam tak lama lagi tu. Kalau pun takut untuk berpencak silat dengan DS Nizar dalam gelanggang di Perak ni, jangan la ditunjukkan sangat. Nanti malu kalau lepas PRU 13 ni dah tak tau mana pulak nak sorok rahsia yang ada kat dalam OSA tu. Semua tu akan bocor tak lama lagi, cuma masa dan ketika sahaja menentukan.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...