Friday, July 13, 2012

Pak lawak ni biol ke??

Dia ni nak kata cerdik, nampak sangat bangang nya tapi ni jer la tahap mentaliti yang di punyai oleh Umno/BN dalam kabinet. PM Najib sendiri sampai la ni pun kita semua tak tahu apa kelulusan yang dia ada. Cuma yang kita tahu, dulu dia belajar kat London. Sesiapa pun boleh pergi sana jika berduit dan mampu untuk sara kos pengajian kat sana. Anak PM takkan la tak mampu pulak kan..

Ni cerita pasal Noh Omar yang bangang lagi bingai. Dia kata jika Umno/BN berjaya merampas kembali Selangor, polisi pemberian air percuma masih mampu untuk dilaksanakan seperti apa yang telah diberi oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor kini.

Persoalan yang paling simple dan mudah, ketika Selangor di bawah Umno/BN, kenapa polisi pemberian air percuma kepada rakyat selangor tidak dilaksanakan? Kenapa kini baru terhegeh2 nak buat apa yang telah dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Nampak sangat pemimpin Umno/BN ni semua tak ada idea untuk meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.

Paling lawak lagi bila Noh Omar yang jugak Timbalan Pengerusi BN Selangor  ni kata pemberian air percuma ini akan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.

Kira dulu kerajaan negeri dibawah Umno/BN tak memperdulikan langsung nasib rakyatnya la kan? Kini bila dah terlepas baru nak berjanji untuk menjaga kesejahteraan rakyat Selangor? Kan ke bangang cadangan dari menteri bahalol ni.

Mereka ni semua cuma ingin mengambil kesempatan terhadap projek2 kerajaan negeri yang boleh membawa untung kepada kroni2 dan suku sakat mereka sahaja.

Kita semua tahu Projek Langat 2 ni ialah projek yang akan mengkayakan kroni Umno/BN yang telah di cantas oleh Pakatan bila berjaya menawan Selangor. Jadi mereka merasakan terlalu rugi kerana projek yang telah diluluskan semasa di bawah Umno/BN dulu tak dapat dilaksanakan bila mereka tewas dalam PRU12 dulu.

Kalau la Noh Omar ni ada cadangan dan pandangan yang bernas, kenapa cabaran debat yang dihulurkan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak disambut. Nak berdebat dengan orang yang gagap pun Umno tak berani? Memang mereka semua ni betul2 pengikut Najib yang setia. Disebabkan Najib ni spesis penakut, maka keseluruhan kabinet dan orang2 kepercayaan dia terdiri dari golongan orang2 yang penakut jugak.

Dengan kenyataan yang telah di keluarkan oleh Noh Omar yang tak berapa nak cerdik dan berani ni, maka terjawap sudah bahawa polisi yang di perkenalkan oleh Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat negeri tersebut. Jika tidak, masakan Umno/BN sanggup untuk copy paste kan apa yang telah kerajaan negeri Pakatan Rakyat laksanakan kini.

2 comments:

  1. TERBAEEEKKK....!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ellehhh....tu pancing undi jer tu....Masa berkuasa dulu tak buat, dah kalah baru tengadah merapak melutut kepada rakyat, janji macam2... Kalau dah memang spesis penipu tu, penipu jugaklaa... Confirm kalau menang, janji tinggal janji, silap2, bukan air free, tapi bil lebih tinggi, macam kat johor ni...hampehhhhh!!!!!

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...