Saturday, June 30, 2012

Umpan belum mengena??

Lepas satu, satu bantuan ala2 pancing undi telah diumumkan oleh PM Najib kepada rakyat. Terbaru, PM Najib meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta dana khas untuk membiayai kos kelas tuisyen bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum nanti. Kelas tuisyen tersebut akan di beri secara percuma kepada semua pelajar dan di beri nama i-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M).


Wa tak pertikaikan pun peruntukan yang dah dia bagi tu. Benda untuk pelajaran, dah tentu wa sokong demi kebaikan bersama tapi yang wa tak puashati ialah,kenapa baru sekarang pihak Umno/BN yang menerajui kerajaan baru nampak tentang isu pendidikan ni. Selama ini adakah mereka semua tidur tanpa memperdulikan nasib rakyatnya yang tercicir dalam aspek pendidikan.


Dan isu ni wa tak heran sikit pun kenapa pihak Umno/BN terpaksa copy paste kan dari Buku Jingga. Antara sebab utama ialah tawaran dalam Buku Jingga yang menarik kepada rakyat andainya PRU kali ini rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan pulak. Tawaran yang di buat bukan sahaja seperti menikam jantung Umno/BN malah mereka pulak yang terpaksa cilok apa yang di tawarkan oleh Pakatan kepada rakyat dan dijadikan modal untuk kempen pilihanraya mereka setiap hari di media arus perdana.


Program terbaru ciptaan terbaru PM Najib yang menggambarkan kearah pendidikan percuma yang di cadangkan oleh Pakatan andai berjaya menumbangkan Umno/BN dalam PRU akan datang telah bermula di negeri Selangor, yang paling berharga dalam Malaysia yang di impi2kan untuk di rampas kembali apabila selesai PRU nanti. 


Selangor menjadi bench mark kepada KPI pentadbiran PM Najib. Jika gagal merampas kembali Selangor, kredibiliti PM Najib akan tercalar dengan lebih teruk lagi. Sudah la sekarang ni ramai ahli2 Umno yang cukup2 meluat dengan tingkah laku bini kedua kesayangan PM Najib yang dilihat seperti queen control dan segala tindak tanduk yang dibuat oleh PM Najib mestilah mendapat perkenan dari bini kedua kesayangan dia dulu.


Wa rasa di sebabkan isu PTPTN yang hangat di perdebatkan beberapa minggu lepas hingga membabitkan pentadbiran negeri Selangor terpaksa campur tangan apabila UNISEL yang dibawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan di sekat pinjaman kepada pelajarnya kerana mencabar pentadbiran kerajaan negeri Selangor untuk merealisasikan pendidikan percuma yang di cadangkan oleh Pakatan dalam Buku Jingga. 


Apabila menyedari kesilapan yang dah dipertontonkan kepada rakyat, bahawa mereka ini mengamalkan politik dendam, berhati busuk, hasad dengki dan macam2 lagi niat buruk, ini mungkin cubaan untuk memenangi kembali hati rakyat Selangor yang sedikit terguris dengan cadangan dan tindakan oleh Ahli Parlimen yang mewakili Umno supaya pinjaman PTPTN kepada UNISEL di tarik balik atau di bekukan.


Kau bagi la apapun, kau janji la apapun, rakyat akan tetap menerima bantuan tersebut kerana itu adalah hak mereka. Hak mereka sebagai rakyat dengan melantik ahli2 Parlimen bagi membela nasib mereka semua, Bukan buat duit dengan mengaut semua kontrak kerajaan.


Hingga kini rasanya PM Najib masih belum sedar lagi. Rakyat penentu dan dia yang memegang jawatan PM adalah kuli kepada rakyat. Bukan tuan. Kuli yang sepatutnya berusaha supaya kebajikan rakyat semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan etnik dan kaum untuk sama2 terpelihara dan terbela. Sepatutnya dia tidak harus meminta supaya rakyat bersyukur kepada mereka, sebaliknya mereka yang patut bersyukur kerana dalam PRU12 yang lepas rakyat masih memberi mandat kepada mereka walaupun melalui cara yang tidak demokratik seperti yang terjadi di Perak yang telah mewujudkan konflik perlembagaan yang hingga kini masih belum selesai.


Pokok pangkal segala bantuan segera yang dibuat secara tergesa2 kebanyakkannya atau bagi ahli2 Umno totok, kebetulan tercilok dari isi yang terkandung dalam Buku Jingga hasil kesepakatan bersama parti2 pembangkang di dalam Malaysia. Jika semua yang terkandung dalam Buku Jingga ciptaan Pakatan Rakyat dilaksanakan oleh Umno/BN yang menerajui kerajaan pun sudah boleh dikatakan separuh dari perjuangan Pakatan telah dilaksana. Apa2 saja yang menguntungkan semua golongan rakyat biasa, wa akan senantiasa sokong.

2 comments:

  1. Cuba bezakan......
    TUISYEN PERCUMA......VS.....PENDIDIKAN PERCUMA
    Fikir-fikirkanlah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada MBAH SORE yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari MBAH SORE yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual MBAH SORE silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 085-256-133-981atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih. PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI DAN MBAH JUGA MEMBANTU ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS MULAI DARI ANGKA 2D,3D,4D,5D,6D,7D

      Delete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...